episode 11

404 18 3
                                    

Jue bangun dari kerusi lalu mengeliat,memusing musing kan badan nya,lenguh kerana duduk terlalu lama,jam ditangan di jeling,sudah 6:37 PM
Maya yang tertidur dihadapan di pandang,kakinya melangkah menuju ke arah Maya yang sedang tidur,badannya ditundukkan,wajah lena Maya di pandang dengan senyuman. Tangannya diletakkan diatas bahu Maya perlahan,kemudian ditepuk perlahan untuk mengejutkan gadis itu, "May..." "May...". Masih tiada response dari Maya selepas beberapa kali dikejut. "MAAAAAAAAAAAAYAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!" Jerit Jue,terus lintang pukang Maya bangun. Terkebil kebil matanya memandang Jue. "Emm kau..kau dah habis kerja ke?" Tanya Maya. "Dahh" balas Jue sepatah sambil mengemas barang barangnya. "Jom lah balik,penat ni" ajak Jue,beg kerjanya di sandangkan kebahu kiri. Maya hanya menurut sambil mengosok gosok matanya yang masih mengantuk. "Dah pukul berapa ni?" Tanya Maya. Jue menjeling jam di tangannya "6:48" jawab Juu,pintu butik dibuka untuk Maya sebelom menutup semula dan mengunci pintu Butik QueJuena itu. Kunci kereta dihulurkan kepada Maya. Maya menyambut lalu menuju ke kereta. Tahu lah dia bahawa dia perlu drive kali ini.

Masuk sahaja kedalam kereta, Jue terus merengek "aku lapaar" 🥺sambil menarik hujung baju Maya. Maya memandang sekilas, "kau nak makan apa?" Tanya Maya lalu menekan minyak meninggalkan kawasan butik QueJuena. "Emmm nak MCD please🥺" jawab Jue,tangannya masih memegang hujung baju Maya. "MCD lagi? Tdkan dah makan MCD,kita singgah makan dengan warung yg kau suka tu je la,kenyang sikit,makan MCD x kenyang la" bebel Maya. Jue memandang Maya dengan muka 🥺 lalu bersandar dengan mulut muncung. Maya yang sedang memandu memandang Jue sekilas, "dah mula dah muncung die tu" keluh Maya. "Makan MCD banyak sangat tak elok la Jue sayang oii,cubalah jaga pemakanan kau tu,asyik makan junk food je" bebel Maya lagi. Jue hanya mendiamkan diri. Maya memberhentikan kereta di hadapan warung 'Sodap'. Tidak dinafikan kenapa Jue suka makan di warung ini berbanding dengan restaurant restaurant yang mewah di KL ini kerana makanannya sedap dah ala ala kampung sedikit. Memandangkan Jue datangnya dari kampung dia lebih suka makanan makanan kampung tidak seperti Maya yang gemar makan makanan orang bandar seperti spaghetti, macaroni dan lain lain. "Dah turun,jom makan,tadi kata lapar" suruh Maya. Jue hanya menurut tanpa bunyi,masih kemurungan tidak dapat makan MCD,tapi apa boleh buat perutnya sangat lapar. Jue jalan perlahan sambil menunduk, Maya hanya mampu menggelengkan kepalenye. Lengan jue ditarik,lalu dibawa ke meja yang kosong,kerusi ditarik untuk Jue lalu memandang Jue yang seperti patung, 'haish' Maya melepaskan keluhan "dahh duduk" suruh Maya, Jue hanya menurut. Tidak lama selepas Maya melabuhkan punggungnya pelayan pun datang "kau nak makan apa?" Tanya Maya. Tiada jawapan dari Jue. Sekali lagi Maya melepaskan keluhan lalu menggelengkan kepale. "Bagi I nasi ayam, dengan juice apple,and...." Maya memandang Jue. Maya menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan. 'heyyyy sabar je lah dengan budak ni' kata Maya dalam hati. "Bagi dia mee bandung johor,dengan holick ice" kata Maya pada pelayan itu. Itu sahaja yang terlintas difikirannya, memandangkan itu yang selalu Jue order setiap kali bertandang di warung 'Sodap'. Tidak lama kemudian makanan yang dipesan pon sampai. Maya meletakkan Mee bandung dan air holick ice dihadapan Jue "Juena sayangg makan la dulu,lepastu baru la sambung merajuk tu,tadi kata lapar,nanti perut masuk angin" kata Maya untuk memujuk Jue hanya menurut tanpa bunyi.

Selesai makan Jue terus bangun meninggalkan Maya menuju ke kereta, Maya yang sedang menyedut juice apple hanya memandang Jue yang berlalu pergi meninggalkannya dengan kening yang terangkat,lalu memandang pinggan pinggan kosong dihadapannya. "Aku ke yang kene bayar?" Maya berkata sendirian. Lalu mengeluh,nasib duit belanjanya yang Jue beri awal bulan haritu masih ada,kalau harapkan duitnya sendiri,memang kene basuh pinggan la jawabnya. Bila difikirkan balik,hidupnya tersangatlah beruntung,setiap bulan Jue pasti akan memberinya duit belanja sebanyak Rm1000, dimana Rm500 untuk beli barang keperluannya,dan Rm500 untuk barang kehendaknya,walau demikian,setiap kali dia keluar shopping dengan Jue pasti saja Jue menjadi orang yang membayar, puas Maya menegah agar tidak membayar untuk barang miliknya,tetapi Jue tetap berdegil, akhirnya Maya hanya menggunakan Rm700 untuk membeli barang keperluan dan kehendaknya, memandangkan kehendaknya tidak banyak,kerana segala apa yang dikehendakinya telah pun ditunaikan oleh Jue,dan selebihnya sebanyak Rm300 disimpan. Setiap bulan dapat Rm1000,tidak termasuk lagi wang yang Jue berikan untuk makan setiap kali Maya keluar sendirian. Maya hanya mampu menggelengkan kepala,banyak betul dia memakan wang dan budi Jue.

"Bang! Kira" panggil Maya, wallet dikeluarkan dari dalam beg sandangnya. "Total semue sekali Rm48" kata pekerja warung itu. Maya mengeluarkan wang not 50 dari wallet nya dan dihulurkan kepada lelaki 30an itu. Tidak lama kemudian lelaki itu memulangkan dua keping wang rm1. Maya menyambut lalu meninggalkan warung 'Sodap' itu menuju kearah kereta. Dari jauh Maya sudah nampak Jue yang sedang menyandar di tiang lampu di handapan kereta Mercedes-Benz berwarna navy miliknya. Langkah demi langkah akhirnya Maya berada di hadapan Jue. Maya memandang gadis bertubuh kecil itu sambil bercekak pinggang, Maya mengangkat wajah Jue yang menunduk, "tak nangis,bagus!" Kata Maya lalu menaikkan ibu carinya kanannya,dalam masa yang sama mengenyitkan mata kanannya dengan senyuman dibibir. Jue hanya memandang tanpa riaksi, "dah jom balik" ajak Maya lalu menekan punat 'unlock' di remote kereta,lalu membuka pintu untuk Jue "princess?" Panggil Maya, Jue hanya masuk kedalam kereta tanpa bunyi sambil menunduk seolah merajuk,tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa bahagianya dia apabila Maya melayannya sebegitu, pada awalnya dia memang hendak merajuk,seperti selalu rajuknya tidak sampai 5 minit,tetapi segaja dia berpura pura merajuk,ingin melihat bagaimana Maya memujuknya. Dia menundukkan wajahnya untuk menyembunyikan wajahnya yang merah membahangi pipinya dari Maya.

Maya membuat pusingan U, dia terpaksa berpatah balik mengenangkan gadis disebelahnya yang sedang merajuk sehingga mukanya menjadi merah padam, tidak lama kemudian Maya memasuki kawasan McD, Maya menoleh Jue di sebelah,masih menunduk,kemungkinan gadis itu tidak tahu sekarang mereka berada di dalam barisan untuk membuat pesanan Mcd, nasib barisan tidak panjang, tidak lama kemudian kereta dihadapannya beredar,tiba masanya untuk membuat pesanan, Maya menurunkan tingkap lalu membuat pesanan favourite Jue,pesanan yang sama dia order untuk Jue petang tadi sebelum pergi ke Butik, "bagi McChicken Deluxe 1set,bagi air milo"

Mendengar kata kata Maya terus besar mata Jue lalu menangkat kepala, "wahhhhhh McD 🤩😍😍😍" kata Jue teruja, Maya memandang Jue "happy now?" Tanya Maya . "HAPPYY!" jawab Jue lalu memeluk Maya. Maya hanya senyum dan menggelengkan kepale,kakinya menekan minyak untuk ke counter bayar dengan keadaan Jue yang masih memeluk pinggangnya. "Dah dah lepas la,aku nak bayar ni" kata Maya. Jue hanya menurut, matanya memandang counter dengan mata yang bersinar sinar. Untuk kesekian kalinya Maya hanya mampu senyum dan menggelengkan kepale. 1set McChicken Deluxe disambut, kemudian menghulurkan kan wang bernot Rm20 kepala pekerje McD itu. Selepas menerima balance, barulah Maya menutup tingkap. Jue memandang Maya tidak sabar, boleh nampak sinar kebahagian dimatanya menanti burger McChicken Deluxe untuk masuk kedalam mulutnya. "Ehhhhhh muka dia ni aku cabut kejap lagi kang" kata Maya dalam hati,tiba tiba saja jantung nya berdegup kencang dengan kecomelan Jue yang seperti budak kecil itu. "Nakkk!" Minta Jue tidak sabar. Maya menarik tangannya,menjauhkan bungkusan itu dari Jue "ehh cakap apa dulu?" Kata Maya seolah olah bercakap dengan anak kecil "heeeeee Thank you Honeyy! I love you!!" Kata Jue dengan mata yang bersinar. Merah wajah Maya apabila Jue membuat muka comel dan memanggilnya 'honey'. Maya memandang tempat lain,bungkusan ditangan dihulurkan kepada Jue. Maya berdehem perlahan sebelum kakinya menekan minyak meninggalkan kawasan McD.

Melihat wajah Maya yang sedikit merah membuatkan Jue tersenyum lebar, "hey crush, awak ni comel sangat la" kata Jue dalam hati.

U Can Love MeΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα