episode 17

392 15 0
                                    

3 years ago

Jue duduk bersilang di bangku menunggu giliran. Tangan kanannya berada di atas lutut kanannya,dan tangan kirinya bertopang di penyangdar kerusi serta menopak kepalanya. Tangan kanannya sibuk menggentel kain seluar yang dipakai. Kata kata abangnya ligat bermain dalam fikirannya. "Hang jangan buat kerja gila la Jue,aku baling hang dengan cerek ni sat gi baru hang tau!" Kata Jebat sambil memegang cerek panas untuk membuat air kopi. Jebat ialah satu satunya abang dan adik beradik yang Jue miliki. "Bang, hang support la sikit adik kesayangan hang ni bang" pujuk Jue. "Hang jangan mengada! Aku suruh hang kahwin hang tak mau! La ni hang merengek nak buat anak tabung uji! Ee geram aku,yang haram jugak yang hang nak ni pasai pa?!" Marah Jebat. "Dah dah, kalau hang balik sini semata mata nak aku support cadangan gila hang,lebih baik hang balik, hang nak dengar,dengar. Hang tak mau dengar,hang punya pasai! Tapi kalau jadi apa-apa,hang jangan mintak tolong kami kat sini pulak! Kami dah habak, hang yang tak mau dengar! Jadi tu bukan masalah kami lagi!" Kata Jebat wakil ibu dan bapa mereka. Kisah ini belum di ketahui oleh ibu bapa mereka,tidak boleh bayangkan kalau mereka dapat tahu. "Bang,aku sunyi kat sana" kata Jue lemah, seperti ingin menangis. "Dah tu kahwin la" kata Jebat,suaranya mula kendur untuk memujuk adik kesayangan nya itu. "bang, aku muda lagi la bang,aku baru 20,hang yang dah 25 tahun pun mau kahwin lagi" kata Jue. "Ehh aku bukan tak mau kahwin,jodoh aku belum mai lagi,hang tu,bukan nya tak dak org nak kat hang,berlambak tapi hang yang memilih" kata Jebat pula. Jue mengeluh berat. "Kalau hang betoi betoi nak anak,aku saran kan hang ambik anak angkat ja lah, tak payah nak buat anak tabung uji bagai. Aku bukan tak nak support hang Jue tapi benda tu haram,kalau tak haram dah lama aku support" kata Jebat lagi untuk memujuk Jue. "Aku nak darah daging aku sendiri bang" kata Jue lalu mengangkat muka memandang Jebat. Jebat yang sedang memegang parang untuk memotong kelapa memandangnya tidak puas hati. Jue memandang parang di tangan abangnya,lalu memandang abangnya. 😅 "Hehe aku.. ak.. akuu gurau ja,aku balik dulu na, hehe kirim salam mak ayah na,lusa aku balik lagi aku janji,hehe😅 jangan marah aku gurau ja" kata Jue. Jebat masih memandangnya dengan pandangan tidak berpuas hati lalu mengagah Jue dengan menunjuk kan parang di tangannya. Terus litang pukang Jue berlari sambil berkata "BANG JANGAN MARAH BANG AKU GURAU JAAA!!" Jue berlari terus masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan sebelum meninggalkan kawasan perumahannya.

Lamunan Jue terganggu apabila dia mendengar suara esakkan seseorang. Esakan itu semakin lama semakin kuat. "You.. you kat mana? I takut" kata seorang perempuan bertubuh kurus kering dengan panggilan di telefon bimbitnya yang duduk selang satu kerusi dengannya. "You jangan la tinggalkan I, I takut, I perlukan you, you je satu satunya orang yang I ada sekarang, jangan la tinggalkan I, I merayu sangat.." kata perempuan itu lagi sambil menangis teresak esak. "Youu.... jangan tinggalkan I,kenapa semua orang nak tinggalkan I, I tau I salah, i'm sorry" kata perempuan itu. "You? You??" Kata perempuan itu lalu memandang ke arah telefon nya menandankan panggilan telah tamat kemudian menangis teresak esak.

Jue hanya membuat tidak tahu. Tetapi semakin lama tangisan itu semakin kuat sehingga dia berasa tidak selesa. Dahinya mula berkerut. Perempuan di sebelahnya di pandang. Lalu mencebik. "Tsk..bisingnya..annoying betul la" kata Jue dalam hati. Jue memandang gadis itu lagi lalu berdehem perlahan. Mengharap perempuan itu sedar dimana dia berada. Tetapi perempuan itu seolah-olah tidak mendengarnya. Jue berdehem lagi tetapi kasar. Masih tiada perubahan. Jue membuat muka😑. Sejujurnya dia tidak suka keadaan bising. "Heyy budak ni aku baling kau kang" kata Jue di dalam hati lagi . Dia merenung kearah gadis itu. Merenung tidak berpuas hati. Tiba tiba dia perasan sesuati di atas kening kiri gadis itu.

3 years ago

"Tak guna hang Halis,hang mai sini!! Berani hang baling batu kat aku,siap hang aku pecah kan kepala hang!!" Jerit Jue. Geram apabila Halis membaling batu seberas penumbuknya di belakangnya. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. "Werkkk kejar la kalau hang dapat!! Kaki hang tu dah la kemetot ada hati nak kejar aku!" Jerit Halis mengejek Jue. "Woii kalau hang berani,mai la pasai pa lari!!" Jerit Jue pula. Setelah mendengar kata kata Jue,terus Halis berhenti lalu menari mengejek Jue. Jue geram terus memandang ke bawah mencari batu yang besar. Hanya ada batu sebesar 20 sen. Satu satunya batu yang paling besar yang ada di tempat dia berdiri sekarang. "Tak kiralah 20 sen ke 50 sen yang penting kena!" Kata Jue sendiri lalu mengambil batu tersedut dan di lemparkan sekuat hati ke arah Halis yang berada dalam 2 meter daripadanya. Melihat batu semakin dengan cepat cepat Halis mengelak. "Auch!!" Bunyi suara sesorang dari belakang membuatkan Halis terkejut lantas berpusing ke belakang. Terlihat seorang perempuan sudah terduduk dalam 4 langkah darinya sambil memegang kepala. Halis terkaku seperti patung manakala Jue sudah berlari menerpa ke arah gadis itu. " Awakk.. awak ok tak? Sorry sorry sorry!!" Kata Jue. Tiada jawapan dari gadis itu. "woi Halis! Hang tercegat kat situ pasai pa,mai sini tolong aku! Hang jangan nak lari eh!!" Jerit Jue memanggil Halis. Tetapi Halis tidak berganjak memandangkan dia popular sebagai penakut. Dia hanya berdiri di situ memerhatikan mereka dari jauh. "Awak okay tak.. Cakap la.." kata Jue lagi. Masih tiada jawapan dari gadis itu. Jue menunduk untuk melihat siapa gerangan gadis itu. "Ehh Mayyy!! Kau.. kau kau ok tak ni wehh ya Allah.. weh sorry weh sorry Halis cari pasal!" Kata Jue setelah mengenal pasti gerangan orang yang berada dihadapannya itu. Maya menurunkan tangan yang memegang kepalanya yang terasa perit. "Da.da..dawahh!" Terus Jue tergagap dan pelat selepas melihat darah dikepala Maya. Lalu memegang kepalanya. "Ada tisu?" Tanya Maya. Mendengar suara Maya terus Jue fokus pada Maya semula. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Tisu tak ada towel adalah" kata Jue lalu mengeluarkan sapu tangannya. Lalu dihulurkan kepada Maya. Maya memandang ke arah sapu tangan tersebut, kemudian memandang ke arah kedua belah tangannya "boleh tolong lapkan tak tangan aku ada darah" kata Maya. "Huh? Aku lap? Aku mana reti" kata Jue cemas. "Apa yang tak reti nya lap je lah macam biasa" kata Maya pula. Jue menelan liur." Cepatlah,sebelum darah ni kering, nanti lagi susah nak lap"
Kata Maya lagi. Tangan Jue didekatkan dengan dahi Maya yang berdarah, tangannya menggigil. Sesungguhnya dia sangat takut dengan darah. Halis pula sudah hilang entah ke mana. Jue menggigihkan dirinya untuk mengelap darah di dahi Maya,kepalanya terasa sangat berat,tangannya menggigil kuat. Perlahan-lahan Ju mengelap luka di dahi Maya. Setelah itu Jue berkata "dah siap,ambik ni, sorry tau,by the way aku kene balik dulu byee!" Sebelum mencampakkan sapu tangan miliknya ke arah Maya dan berlari ditemukan meninggalkan Maya. Dia berlari bukan kerana takut Maya akan marah, tetapi kerana dia tidak boleh tahan dengan apa yang dilihatnya. Perutnya rasa sangat tidak selesa dan mula rasa hendak muntah melihat darah pekat milik Maya.

U Can Love MeWhere stories live. Discover now