Bab 4

654 45 14
                                    

FAIZ mendekati Erika dan mengajaknya masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FAIZ mendekati Erika dan mengajaknya masuk ke dalam rumah. Erika mengekori Faiz dari belakang.

"Iz bagitau, Erika ni anak Dato' Iskandar betul ka?" Tanya Makcik Fizah.

Erika hanya mengangguk kecil.

"Amboi... Lawa sungguh noh!" Puji Emak Faiz kepada Erika. Makcik Fizah tersenyum lebar apabila melihat Erika di depan mata.

Kembang hati Erika apabila dipuji emak Faiz itu. Dia tersengih.

Faiz mengerling melihat Erika di sebelahnya. Bukan main lagi tersengih lagi Erika apabila emaknya memuji dirinya.

"Mak... Iz, nak pi ambik barang dalam kereta sat. Mak sembang la dulu dengan Erika nah..." Kata Faiz lalu meminta diri.

"Halah..." Balas Makcik Fizah. Lantas menoleh melihat Erika kembali dan menghulurkan tangannya untuk bersalam apabila melihat Erika yang masih tercegat macam batu di depannya.

"Err... Aunty." Erika memanggil emak Faiz dengan sedikit janggal. Dia tunduk bersalam apabila Makcik Fizah menghulurkan tangan.

Makcik Fizah ketawa sedikit apabila Erika memanggilnya panggilan begitu.

"Allah... Erika, tak payahlah nak  panggil aunty, panggil makcik Fizah ja. Makcik ni orang kampung, tak sesuailah nak panggil aunty tu." Balas Makcik Fizah.

Erika tersengih malu. Dia pun berasa sedikit canggung dengan keadaan itu apabila baru mengenali seseroang yang tidak pernah dia kenal sebelum ini.

"Mai kita duduk... Dari tadi dok berdiri. Lenguh lutut dah ni..." Omel Makcik Fizah lalu mrmbawa Erika duduk di ruang tamu.

Erika mengikut saja Makcik Fizah. Setelah duduk, kemudian dia ternampak kelibat seorang perempuan keluar dari dalam bilik menuju ke ruang tamu.

"Sapa ni mak?" Tanya perempuan itu.

"Haa, Iman... Ni anak Dato' Iskandar. Erika nama dia. Abang hang bagitau, dia nak duduk sini seminggu." Kata Makcik Fizah kepada anak bongsunya, Iman iaitu adik kepada Faiz.

"Ish Faiz ni, dia boleh pulak cakap dekat mak dia aku nak duduk sini... Kalau bukan sebab papa aku yang paksa aku tinggal dekat kampung ni, memang aku tak sudi nak jejak kaki pun dekat rumah dia ni la..." Kata Erika di dalam hati.

"Oh... Hai kak Erika." Sapa Iman lalu tersenyum manis.

"Hai..." Erika hanya membalas dengan senyuman ala kadar.

"Iman ni adik Faiz... Baru ja habis SPM, lani dok tunggu keputusan la tu..." Kepoh mulut Makcik Fizah bercerita.

Erika hanya mendengar tanpa banyak soal. Dia sebenarnya kurang selesa bercerita memandangkan pertaman kali dia datang ke sini. Namun, dia tidak mahu berkata apa-apa. Bimbang juga dia, jika dia memberontak di sini nanti, Faiz akan memberitahu papanya.

Cik Diva dan Driver KampungWhere stories live. Discover now