NATASHA masuk ke dalam kelas dengan membawa sebungkus plastik di tangannya. Raisha yang perasan akan kelibat Natasha terus melambai Natasha untuk menghampirinya. Natasha sedar akan isyarat itu, terus berjalan laju menuju ke tempat duduknya.
"Sorry, dear. Yalah, sebab kita orang tak tunggu kau hari ini," pinta Raisha. Entah ikhlas ke tidak. Cakap itu sambil main telefon bawah meja lagi.
"It's okay." Natasha menguntum senyuman. Tetapi dalam hati, dia mengeluh, sedikit. Penat dia sahaja menunggu di kantin tadi. Ingatkan Raisha datang. "By the way. Kenapa kau tak bagitahu kau tak boleh tunggu aku semalam?"
Raisha menjawab sambil matanya masih menghadap telefon. "Oh, lupa. Lupa. Semalam aku buat banyak kerja sekolah. Lupa nak mesej kau kata aku pergi sekolah awal sikit." Kepalanya tertolehkan ke arah Natasha. Matanya menangkap bekas plastik di tangan Natasha.
"Uuu..." Bekas itu diambil tanpa izin. Diselak plastik merah yang membalutinya. "Wah, sandwich! Kuzaimie bagi, ya? Boleh aku rasa sedikit?"
"Erm." Natasha terdiam sendiri. Kalau larang, Raisha tetap mahukan juga. Haih, bagi sahajalah. "Hmm, ambillah."
Sebaik sahaja Natasha berkata, Raisha terus mengambil tisu basah untuk mengelap tangannya sebelum dicapai satu sandwich. Sandwich yang ada dua bilangannya kini menjadi satu setelah dimakan Raisha.
"Hello, guys!" Jianying menyapa mereka. Dia mengambil tepat di hadapan mereka iaitu tempat Qaisara yang tidak hadir hari ini. "Kau orang bualkan apa ini?"
Sementara cikgu belum masuk ini, baik berbual - bual terlebih dahulu.
Raisha menyoal, ingin tahu. "Ha, hari ini hari Rabu. Kau masuk apa sahaja kokurikulum, Natasha?"
Natasha melabel mengikut susunan jarinya. "Kelab.... Kelab Seni dan Kebudayaan. Persatuan kekal. Dulu aku persatuan Pandu Puteri dan permainan pula, bola jaring."
"Wah, kita bertiga samalah." Jianying bertepuk gembira. "Oh, kelab kau samalah dengan boyfriend kau. Dia pun Kelab Seni dan Kebudayaan."
"Heh, sama macam budak bisu itu." Sinis Raisha berkata.
Terdiam mereka berdua. Bukan sahaja Natasha, Jianying sendiri turut tertanya sendiri. Mengapa Raisha terlalu benci akan Afiq. Tidak mungkin 'kisah silam' itu benar.
Berhati - hati Natasha menyoal. "Eh, kenapa ramai orang benci akan Afiq? Aku tengok dia bai..."
"Kau suka dia ke, Natasha? Wah, kau curang dekat Kuzaimie, en? Tiba - tiba back up dia," tuduh Raisha. Tegang benar nada suaranya.
Natasha memandang tepat anak mata Raisha. "Aku tanya saja. Yang kau tiba - tiba nak menggelabah ini kenapa?"
"Hey, hey, hey." Jianying resah melihat mereka berdua seakan ingin bercakaran.
"Selamat sejahtera, semua!" ucap Rizal sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar 5 Cendekia yang datang awal ke sekolah menjawab ucapan itu (kecuali Raisha). Bagus dia orang ini. Langkah Rizal dituruti Afiq dan Gopal di sisinya menuju ke tempat duduk mereka bertiga.
Melihat muka tegang Raisha, Jianying segera menukar topik. "Hey, kau orang dengar tak lagu terbaru kumpulan Blackpink? Sedap, bukan?"
"Oh, lagu itu! Aku ada tengok di Youtube semalam. Suara Lisa makin bertambah merdu siot!" ujar Natasha dalam nada teruja. Terlupa sebentar akan pergaduhan dia dengan Raisha tadi.
YOU ARE READING
Anxiety Love
Teen Fiction𝐀𝐧𝐱𝐢𝐞𝐭𝐲 𝐋𝐨𝐯𝐞 ❤︎❤︎❤︎ Pernah kalian mendengar apa itu Anxiety Social? Penderita Anxiety Social memiliki rasa cemas dan takut melampau apabila berada di lingkungan sosial atau situasi di mana mereka perlu berinteraksi bersama orang lain. M...