SETIBANYA Natasha di mejanya, dia mengerutkan dahi apabila terdapat sebungkus plastik berisi bekas tupperware terletak elok di atas mejanya.
Natasha mencuit bahu Idayu yang sibuk menyusun bukunya. "Idayu, siapa yang letak benda ini?"
Idayu sekadar menjungkit bahu. "Wey, aku baru sampai kot. Takkanlah aku tahu benda ini siapa punya. Mungkin orang letak masa perhimpunan kot."
Adwa mencelah. Dia menunding jari ke arah bungkusan plastik itu. "Oh, tadi aku nampak Qayyum datang bawa letak bungkusan itu."
Idayu yang berasa sangsi bertanya. "Dari mana kau tahu?"
"Oh, aku pergi tandas tadi. Sempatlah bersiar - siar sekejap dekat sekitar sekolah." Adwa menjawab soalan sekaligus membongkarkan misi ponteng perhimpunannya tadi.
Idayu menjengil ke arah Adwa. "Oh, patutlah aku tak nampak kau tadi. Kau ponteng, en?"
"Hehehe..." Adwa tersengih. "Jangan marah..." Adwa terus berlalu ke tempatnya.
"Fuuh!" Jianying menepuk mejanya. "Penatnya."
"Kau baru lepas kena kejar dengan anjing ke?" Idayu menyoal, mengusik.
"Eh, bersuara pula si pelacur ni." Salah seorang pelajar perempuan di hadapan Idayu sengaja ketawa mengejek.
Idayu dan Natasha mengeluh. Haih... seorang lagi 'spesies' Raisha.
"Taklah." Jianying menggeleng. Dia menjatuhkan begnya ke bawah. Kerusinya diduduk. "Aku buang air tadi. Eh, bungkusan apa tu? Kau bawa bekal, en?"
"Kau nak ke?" Natasha menggeserkan bungkusan itu ke arah Jianying. "Aku tak nak... tu dari Qayyum. Adwa kata."
Jianying yang gembira pada mulanya berubah air mukanya setelah mendengar bungkusan ini daripada Qayyum. Terus dia bangun dan membuangnya ke dalam tong sampah sekali dengan bekas tupperware itu.
Natasha terhibur sekejap di dalam hati melihatnya. Pandangannya beralih kepada tempat duduk Raisha yang kosong. "Idayu, Raisha... tak datang, en?"
Idayu termenung sejenak sebelum membalas. "Entahlah. Tak nampak dia pun." Idayu menanyakan soalan cepumas. "Kau dengan Jianying tak kawan dengan Raisha dah ke?"
"Tak." Natasha dan Jianying yang baru tiba mengujarkan kata serentak.
"Oh..." Idayu mengiyakan sebelum menyambung kerjanya. Malas mahu ambil tahu.
"Lambat pula cikgu hari ini." Natasha yang bosan menjongket - jongketkan kerusinya. Jatuh ke belakang, baru tahu.
Mulut Jianying terkunci sebentar sebelum bergerak, meluahkan kata. "Hei, aku ada perasan sesuatu tentang Raisha."
Natasha yang berminat tentang topik itu terus berhenti menjongketkan kerusi. "Apa dia?"
"Hari itu aku tolong mama aku pergi ke kedai. Masa aku pergi kedai semalam, dia macam... tidak terurus. Macam serabut sangat." Jianying ketap bibir. "Macam ada sesuatu yang mengacau dirinya."
"Oh..." Hati Natasha menjadi risau mendengar. Walaupun dia tidak berkawan lagi dengan Raisha, Raisha masih lagi rakan sekelasnya. "Kau... tak tegur dia ke?"
Jianying menggerakkan kepalanya ke kanan dan ke kiri. "Tak. Dia nampak muka aku sahaja, terus lari. Pucat betul air muka dia. Pelik aku."
Natasha berpaling ke hadapan. "Memang pelik." Anak matanya teralih ke arah Afiq dan dua orang sahabatnya yang berdiri kaku di muka pintu kelas.
YOU ARE READING
Anxiety Love
Teen Fiction𝐀𝐧𝐱𝐢𝐞𝐭𝐲 𝐋𝐨𝐯𝐞 ❤︎❤︎❤︎ Pernah kalian mendengar apa itu Anxiety Social? Penderita Anxiety Social memiliki rasa cemas dan takut melampau apabila berada di lingkungan sosial atau situasi di mana mereka perlu berinteraksi bersama orang lain. M...