"JADI, kau suka Afiq, bukan?" tanya Jianying. Dia menoleh ke arah wajah Natasha yang merona merah.
Natasha menarik mukanya. "Kau ini... dari masa cikgu Roziah lagi, kau tanya benda ini. Ya, a... aku suka dekat dia. Kenapa?"
Jianying menguntum senyuman mengusik. Sementara berjalan ke pintu pagar sekolah, bolehlah dia korek rahsia Natasha. "Uuu, kau suka Afiq... sebab apa, en?"
Natasha ketap bibirnya. Perlahan - lahan, dia mengatakan sebabnya. "Dia... baik."
Jianying menjongketkan keningnya. "Baik? Itu saja? Hensem?"
"Ya, memang dia hensem. Itu sebabnya juga, hehehe." Natasha tersengih sendiri. Dia meneruskan ayatnya. "Tapi dia tak fake. Lepas dia keluar dari kebimbangan sosial dia itu, aku boleh nampak diri sebenar dia. Dan ianya mendorong aku untuk jadi diri sendiri juga. Senang cerita, aku suka dia sebab Afiq ialah Afiq."
Natasha berpaling ke arah Jianying selesai sahaja berbicara. Hampir terhambur tawa Natasha melihat kelakuan Jianying. Yalah, mata Jianying berkaca dan mulutnya ditutup oleh tangan sendiri. Haih, terharu sangat ini!
Jianying mengelap air matanya yang sedikit tumpah. "Sweetnya kau, Natasha! Sama macam Afiq. Aku memang ship kau dengan Afiq. Apa nama gabungan kau orang, en? Afsha? Nafiq?"
Natasha mengusap dagunya yang licin itu. "Nafiq pun sedap juga. Eee, rasa malu pula!" Bahu Jianying tiba - tiba ditepuk olehnya. Haih, redha sahajalah Jianying dengan perangai kawan kau ini.
"Sekejap, en. Aku nak pergi tandas. Teman aku," ajak Jianying. Masuk sahaja ke dalam tandas, Jianying menyambung ayat yang tergelanda tadi. "Apa kata... kau luah dekat dia?"
Natasha yang membetulkan tudungnya, memandang Jianying, hairan. "Luah? Luah apa?"
"Ala, luah perasaan kau pada dialah," kata Jianying sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
Wajah Natasha terasa berbahang. Dia membuat tanda pangkah berkali - kali. "Tak... tak naklah! Kalau dia 'friendzoned'kan aku, macam - mana?"
"Yakinlah cakap aku, tak punya." Jianying membasuh tangannya. Hendak keluar tandas, kena basuh tangan, tau! "Aku akan pastikan kau akan luah yang kau suka dia dekat Afiq, esok."
"Jianying..." Natasha sudah mula merengek. Dia mengejar jejak langkah Jianying yang sudah meninggalkan tandas.
"Ala, Natasha. Yakinlah. Aku teman." Jianying memberi jaminan dengan mengangkat tangan laksana murid berikrar.
Natasha mengeluh. "Haih... yalah."
"Ala, aku yakin Afiq suka dekat kau. Selalu pandang - pandang kau, mestilah..." Sedang larit bercakap, Jianying tidak perasan dia terlanggar seseorang. Cepat - cepat Jianying memohon maaf. "Maaf, maaf terlanggar awak. Awak okey... Idayu?"
Wajah Idayu menjadi pucat. Dia menoleh ke arah dua rakan karib itu. "Aku takutlah..."
"Takut? Kenapa? Ada hantu kak Limah kejar kau ke?" seloroh Natasha.
Idayu bangun dengan bantuan Jianying. Idayu menggeleng. "Tadi, aku nampak Raisha. Ada benda yang menakutkan yang aku nampak dekat dia."
Natasha dan Jianying setia menanti bicara Idayu. Lama Idayu tidak membalas, barulah Natasha bersuara. "Menakutkan? Janganlah cerita separuh - separuh, wey. Cerita semua."
"Sabarlah. Aku penat ini. Baru lepas lari. Fuuh, kus semangat." Idayu menstabilkan pernafasannya sebelum memulakan kembali bicaranya. "Aku baru pulang dari bilik guru. Masa aku nak pergi dekat kau orang, aku nampak Raisha tanam sesuatu di belakang blok bilik guru."
YOU ARE READING
Anxiety Love
Teen Fiction𝐀𝐧𝐱𝐢𝐞𝐭𝐲 𝐋𝐨𝐯𝐞 ❤︎❤︎❤︎ Pernah kalian mendengar apa itu Anxiety Social? Penderita Anxiety Social memiliki rasa cemas dan takut melampau apabila berada di lingkungan sosial atau situasi di mana mereka perlu berinteraksi bersama orang lain. M...