31 | AL

191 31 73
                                    

PUAN Rabbiya berpeluk tubuh. Muka yang masam ditayangkan. "Apa keluarga syaitan ini mahu?"

Mati rasa terujanya untuk bertemu dengan rakan - rakannya tatkala wajah - wajah pembunuh anaknya terpapar di hadapan mata. Melihat Raisha berdiri di sebelah mereka, menambahkan lagi sakit hati di jiwanya.

"Raisha, masuk!" Puan Rabbiya menarik tangan cucunya masuk ke dalam. Namun, Raisha menronta - ronta tidak mahu.

Puan Rabbiya mula naik bengang. "Raisha? Sejak bila jadi macam ini? Perangai sudah menjadi iblis sama macam perangai keluarga terlebih iblis ini. Masuk!"

Raisha tetap dengan pendiriannya. "Tak nak!"

"Kau dengan bapa kau..." Belum sempat Puan Rabbiya ingin meneruskan katanya, Puan Saffiyah mencelah. "Puan Sri."

Puan Rabbiya merenung tajam satu - satu wajah di hadapan matanya. "Apa kau mahu, perempuan? Kau dengan suami 'mati' kau itu boleh pergi mampus! Kau mahu duit ke?"

Dengan kasar, Puan Rabbiya menyeluk beg tangannya. Duit - duit dilayangkan ke luar pagar rumah agamnya. Puan Saffiyah menggigit lembut bawah bibirnya apabila dihina sebegitu rupa.

"Kami tak hadap pun duit Puan Sri. Bukan boleh bawa masuk alam barzakh pun." Afiq mengambil surat dari dalam poketnya dan dihulurkan kepada Puan Rabbiya. "Ini surat dari Tan Sri Aryan."

Puan Rabbiya hanya memandang surat itu dengan sebelah mata. "Kau ingat aku mahu hadap surat palsu kau itu? Raisha, masuk!" Puan Rabbiya mencengkam tangan cucunya lalu diheret masuk ke dalam.

"Sakit, tok mummy," rintih Raisha.

"Tahu pun sakit. Yang kau berbaik dengan dia orang kenapa? Dulu elok sahaja kau fitnah dia. Sekarang, nak sarung sayap jadi malaikat ke?" Bertalu - talu Puan Rabbiya berkata kepada cucunya.

Raisha melawan kata - kata neneknya. "Tok mummy selalu macam ini. Apa yang Raisha buat, semua tok mummy tak pandang. Bila Raisha dapat nombor satu dalam kelas pun, tok mummy langsung hina Raisha sebab markah Afiq lagi tinggi dari markah Raisha."

Nada suara Raisha mula mengendur. "Tetapi bila Raisha mula mengfitnah, tok mummy jadi bangga. Jadi masa itu, Raisha ingat. Dengan terus membuatkan Afiq sengsara, akan membuatkan tok mummy akan gembira."

Afiq menjadi semakin geram mendengar penjelasan Raisha. Kurang asam punya nenek. Kubur kata mari, tetapi Puan Sri Rabbiya terbongkok kata nanti. Bangga ya fitnah dia?

Afiq mengawal nada suaranya supaya tidak kedengaran seperti marah sangat. "Puan Sri, saya minta sangat Puan Sri buka surat ini. Tak susah pun. Ambil, buka dan baca."

Jari Puan Rabbiya ditunding ke arah Afiq. "Kau jangan mahu mengajar aku, sya..."

"Tok mummy..." Raisha merayu kepada Puan Rabbiya. "Kalau tok mummy betul - betul sayangkan Raisha, tok mummy baca surat itu."

Puan Rabbiya mengeluh, berat. Dia merampas surat di tangan Afiq, kasar. Dia membaca bait pertama di permukaan surat itu. Daripada, Aryan. Heh, mesti anak dia hendak nasihatkan dia untuk minta maaf kepada keluarga itu.

Surat itu dibuka kasar. Nasib tidak terkoyak.

Kepada ibuku yang dicintai,

Aryan sayangkan mummy.

Puan Rabbiya terkedu membaca ayat pertama surat itu. Tidak semena - mena, egonya yang diagungkan runtuh ke bawah dengan mendadak. Menggeletar tangannya ketika menyambung membacanya.

Anxiety LoveWhere stories live. Discover now