Bab 7

21.4K 2.8K 663
                                    

Sudah dua hari berlalu, masih tiada apa-apa perubahan. Berita baik, Yunie masih selamat, tidak dicederakan atau diancam apa-apa bahaya. Berita buruknya, identiti sebenar lelaki itu masih kekal misteri.

Bak kata Haqeem, seolah-olah dia tak pernah wujud.

Aku kagum dengan tahap genius dia menyorokkan identiti dan menyekat segala sumber lain. Dan ini buatkan kami yakin bahawa dia atau mereka mempunyai rekod jenayah.

Oh satu lagi berita buruk, Komander Damien masih lagi tak benarkan aku untuk siasat sekali kes ni. Tambah pula keadaan aku yang cedera, lagilah dia menghalang.

"Hoi perempuan, termenung apa?" Aku tersentak.

Aku baru tersedar yang aku sedang termenung ke luar tingkap kereta. Aku menoleh ke sisi, Kapten Lou dengan muka tak bersalah, menegur aku tanpa menoleh.

"Ish, takda apalah botak," balasku malas. Aku sempat dengar dia ketawa kuat.

"Siapa kau nak lawat dekat hospital ni?" Kapten Lou menyoal lagi.

Ya, aku tak larat nak drive jadi aku minta tolong Kapten Lou. Aku tengok Yunie masih rasa takut nak keluar rumah, jadi malaslah aku nak ajak.

"Bala," jawab aku selamba. Terus Kapten Lou membulatkan mata.

"Ini nak melawat ke nak buka gelanggang?"

Aku sengih.

"Takdalah, lelaki ni masuk hospital sebab aku, itu yang aku rasa aku kena jaga dia. Lagipun aku tak pernah nampak keluarga dia datang," ceritaku pendek.

Memang dari dua hari lepas, aku langsung tak ke hospital menjenguk Hazrael. Ini mesti dia berleter kalah makcik makcik nanti.

"Kau pukul dia ke?"

"Ish mana adalah,"

Kapten Lou menggaru sebelah keningnya.

"Malaslah aku nak ambil tahu. Kira baguslah kau ada sesuatu nak buat selain jaga Yunie je. Mesti kau rasa terkurung kan tak boleh buat kerja macam biasa?"

Aku senyum nipis.

"Ya," malas cakap banyak, aku iyakan sahaja. Takpa, aku ikut cakap Komander Damien.

"Kau serius tak jumpa apa-apa masa pergi klinik dan tandas awam haritu?" Aku menyoal. Kapten Lou pantas menggeleng.

"Tak, dia tak pergi klinik. Cuma salah satu tandas awam ada kesan darah dia, dia mungkin menyorok dekat itu beberapa minit sebelum pergi. Mungkin rakan subahat dia yang bantu,"

Aku mengerutkan dahi.

"Takkanlah tak ada cctv?"

Tak mungkin tak ada kamera litar tertutup dekat sana. Paling tidakpun, mesti dah boleh tahu siapa rakan subahat dia.

"Come on man, dia boleh sembunyikan identiti dia, takkan dia tak boleh godam cctv?"

Apa?

Melihat muka aku yang tak percaya itu, Kapten Lou mengangguk kepalanya tanda serius.

"Kamera tu padam lebih kurang 15 minit. Takda seorang pun yang nampak memandangkan tempat itu memang jarang orang lepak. Ah, rasa macam tengah jejak hantu pula,"

Aku mengeluh sendiri.

Dia hacker. Jelas sekali, dia juga ada rakan subahat. Apa kena mengena dengan Yunie? Kenapa dia mahu bunuh Yunie?

Beberapa ketika kemudian, kami mula sampai di destinasi.

"Kau taknak ikut?" Soalku. Kapten Lou menggeleng kemudian mula mengeluarkan sebatang rokok. Aku buat muka menyampah bila dia dah mula menyalakan hujung rokok tersebut.

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now