Bab 10

21.8K 2.8K 733
                                    

Aku duduk di atas kerusi itu, mata aku berkelip-kelip memandang Maya yang dah memeluk tubuh.

"Mujur tak terkoyak. Kalau koyak? Siapa susah? Aku jugak! Kau ni degil betullah,"

"Ish, aku selamatkan telefon kawan aku. Itu pun salah ke?"

Ahh selalu macam tu. Apa aku buat semua salah. Salah salah salah.

"Dah kenapa pula tu?"

Kami sama-sama menoleh ke arah pintu masuk. Kelihatan Kapten Lou dan Komander Damien datang menghampiri.

"Haa Komander. Your partner hampir koyakkan luka tikaman dia in order to save her friend's smartphone," Maya menjeling aku sekejap dan ya aku balas kembali jelingannya.

Komander Damien tayang muka 'ah aku dah tahu sangat Naina ni' haa macam tulah lebih kurang. Kapten Lou pula seperti biasa dah tergelak sakan.

"Any update about that hacker?" Soalku ingin tahu. Komander kemudiannya tersenyum nipis dan mula mengambil tempat di sebelah aku.

"Haqeem still working for that. Plus, we don't have any clu. It's hard this time,"

Aku memandang Komander Damien. Dari sepasang mata coklat cerahnya itu, aku dapat lihat betapa dia penat bekerja. Ah, sesiapa pun penat bekerja, kan?

"It's already five days but still, we can't catch him," kataku pula.

"Haqeem yakin yang ini kerja berkumpulan," Kapten Lou pula menyampuk.

"Oh ya, Haqeem ada sebut pasal Internet Death Angel," ujar Maya.

Zzaapp!

Aku pegang sisi kepala aku. Terasa berdenyut apabila tiba-tiba sahaja ada satu figura muncul dalam minda.

"Naina are you alright?"

Komander Damien cepat-cepat menyoal. Aku sedar tangannya spontan ingin memegang bahu aku tapi sempat dia tarik kembali.

"I'm good, pening sikit,"

Berkali-kali aku mengerdipkan mata. Aku terbayangkan satu figura berdiri di bandar dalam mimpi aku semalam. Tapi bukan figura arnab.

Aku tak nampak wajahnya.

"Kau cakap apa tadi, Maya? Internet what?" Aku menyoal Maya kembali. Ingin menyambung perbualan yang tergendala.

"Internet Death Angel,"

Huh? Tak pernah dengar pun?

"Yeah, another old mystery that remains mystery," sambung Komander Damien.

"Wh...what? I don't get it. Ini kes tahun bila?" aku keliru.

Seterusnya, Komander terus memberi isyarat mata, menyuruh kami beredar ke bilik utama, meja skrin.

Disitu, aku lihat Haqeem yang masih fokus menghadap skrin besar itu.

"Haqeem you look tired," tegurku apabila ternampak yang mata cantik Haqeem dah berubah jadi mata panda.

Haqeem hanya senyum nipis dan mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"What's the matter?" Haqeem menyoal.

"Naina nak tahu tentang IDA," Kata Maya.

"Internet Death Angel?"

"Yeah, the mystery hacker," sambung Komander Damien pula.

"Itu kes beberapa tahun lepas. Rasanya waktu tu kau baru direkrut, atau sedang direkrut,"

"No wonder i don't know about this?"

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now