Bab 9

22.9K 2.9K 480
                                    

Suram.

Dan aku kini, di tempat yang sama. Masih tercari-cari lokasi, tapi apa yang ada, hanyalah kabus tebal. Entah malam atau siang, tapi yang pasti, aku tak suka suasana ni.

"Naina..." Entah kali ke berapa, suara itu kedengaran lagi. Suara itu merintih berkali-kali. Tapi aku tidak tahu siapa gerangannya. Suara itu terlalu berat...hampir tak bernafas.

Aku berjalan ke hadapan. Mata melilau ke sekeliling, bimbang jika figura yang aku takutkan muncul. Lama, aku akhirnya sampai di satu bandar.

Kabus tebal tadi sudah beransur hilang. Cuma, aku tak tahu kenapa bandar ini begitu suram. Warna sekelilingnya kusam. Tak berpenduduk.

Sunyi.

Aku menelan liur. Kesat.

Aku teruskan berjalan di jalan kosong itu. Pokok yang ada di tepi jalan hanya tinggal ranting. Buatkan aku tahu, ini musim luruh meskipun segala warna disini hampir hitam putih sahaja.

Berjalan.

Aku pandang lagi bangunan yang ada. Pintu tingkap tertutup rapat. Namun, di dinding bangunan-bangunan ini penuh dengan coretan dan contengan.

'who do you think you are?'

Aku pandang kiri.

'destroy the society'

Pandang kanan.

'Mati'

Kiri.

'RƎVOUTION'

Kaki aku terhenti tatkala memandang coretan itu. RƎVOUTION? rEVOLution.

r LOVE ution.

Maksudnya?

"Naina..."

Rintihan itu!

Dari memandang ke arah coretan bangunan, aku beralih memandang ke hadapan. Dan ya...disitu dia berdiri.

Figura manusia bertopengkan arnab.

Kali ini, sebelah matanya buta. Tapi dia masih tersengih. Di tangannya terdapat sebilah pisau yang berkilat. Masih belum dikotori darah.

Atau mungkin...darah aku akan mengotorkan pisau itu?

"Naina..."

Dia menapak. Dengan kekuatan yang ada, aku terus berpatah semula, berlari. Atau lebih tepat, larikan diri.

"Huh....huh..."

Jelas kedengaran nafas aku berat untuk dilepaskan.

Aku menoleh ke belakang, figura itu sudah semakin jauh dari aku. Sehinggalah saat aku toleh ke hadapan, aku berhenti mendadak apabila figura itu sudah ada di hadapan aku.

Terus aku jatuh terduduk. Jantung aku berdebar. Seolah-olah ingin keluar dari sangkarnya.

Arnab itu tersengih, sebelah matanya yang buta itu, buatkan aku makin ketakutan. Terdapat tanda pangkah pada mata itu.

"Naina..."

Dia mengangkat pisau berkilat itu tinggi, bersedia untuk membunuh aku.

"Jangan..." Aku merayu, hampir tidak kedengaran suara aku itu. Aku menggigit bibir. Kuat!

Mata aku dipejam, takut!

Aku dapat rasakan yang bibir aku luka akibat gigitan aku itu. Dia menghayunkan pisau, beberapa inci sebelum terkena leher aku, aku menggigit bibir dengan lebih kuat.

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now