Bab 15

18.9K 2.8K 685
                                    

Yunie....bunuh diri?

Tak tunggu lama, aku terus berlari sepantas mungkin ke tingkat atas. Langsung tak menghiraukan pandangan orang lain. Akibat aku pakai kain baju kurung, agak sukar untuk aku naik tangga dengan pantas. Huh, mujur tak terselak kain aku.

Sampai di kamar itu, aku terdiam.

Tubuh Yunie yang kaku itu aku pandang dengan rasa sayu. Dia terbaring dan di sebelah tangannya, terdapat satu botol berwarna putih tanpa label. Seolah-olah label itu sudah dibuang terlebih dahulu. Tangan aku bawa untuk mencari nadinya.

Ya, Yunie meninggal.

"Yunie, Ya Allah..." Che Siti dah menangis di sudut bilik. Dia duduk dan tak mampu berbuat apa-apa. Aku faham, perasaan Che Siti hancur. Dan sejujurnya, aku pun sama. Mata aku mulai berair.

Semua ini seolah-olah, tak logik. Mengapa Yunie ingin membunuh diri pada hari pernikahannya?

Aku pandang Yunie lagi. Jelas kedudukannya, dia membunuh diri seperti yang didakwa Yuyu. Tapi, tiada sebab kukuh mengapa dia berbuat demikian.

"Yunie..." Suara Hairi lemah kedengaran. Tangannya terketar-ketar ingin menyentuh wajah Yunie yang masih segar dengan make up.

Aku duduk mencangkung di sebelah mayat Yunie. Ada satu kawasan yang kemerahan pada lehernya itu. Seolah-olah dia atau seseorang mencekiknya dengan kuat.

Aku pandang pula selendang putih yang sepatutnya Yunie pakai hari ini. Selendang itu hanya ada di atas lantai bersama pin tudung yang dah dibuka jarumnya.

Tiba-tiba aku teringatkan senyuman Yunie sewaktu kali pertama aku mengenalinya. Dia bahagia. Aku tahu dia inginkan pernikahan ini. Dan aku juga tahu, dia bukan bunuh diri.

"Yunie, kenapa kau bunuh diri....kau tahu tak ramai orang sayang kau,"

Aku menoleh, kelihatan Yuyu yang dahpun teresak-esak menangis. Tidak menyangka apa yang berlaku pada hari ini. Tetamu yang menyibuk pun dah mula berbisik-bisik.

"Beri laluan!"

Akhirnya, pasukan aku telah sampai. Aku menghubungi mereka terlebih dahulu kerana aku tahu, ini bukannya kes bunuh diri.

"Siapa call polis?" Yuyu menyoal hairan.

"Aku," aku kemudiannya berdiri, menunggu Komander Damien datang menghampiri.

"Kenapa?! Kau nak malukan keluarga aku sebab adik aku bunuh diri? Kau nak sebarkan dekat media?" Yuyu tiba-tiba saja naik angin. Dia mendekati aku dengan pandangan marah. Bagaimanapun, matanya masih bergenang.

"Dia bukan bunuh diri," kataku perlahan. Terus mereka memandang aku.

"What do you mean? Jelas nampak dia bunuh diri...." Yuyu diam apabila aku memandangnya dan memberi pandangan tersirat. Seketika, Yuyu jatuh ke lantai, tak mampu berdiri. Bibirnya terketar-ketar.

"Ada orang bunuh dia..." Perlahan, Yuyu bersuara dan orang ramai pula lagilah berbisik-bisik. Aku faham, bagaimana rasa kehilangan orang tersayang. Aku faham.

"What happened?" Soal Komander Damien.

"They claim Yunie suicided, but I don't think so," balasku cuba mengawal emosi.

"That bastard," gumam Komander Damien. Jelas menunjukkan kepada suspek yang serang aku dahulu. Dia sudah dapat melunaskan kerjanya. Dia dah berjaya.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Siapa yang masuk bilik ni?" Kapten Lou menyoal. Pantas aku teringatkan sesuatu.

"Jurusolek tu. Faiz, kereta Alza putih tanpa plat, dia bergerak ke arah timur, faster!" Aku memberi arahan kepada Faiz. Tanpa berkata apa-apa, Faiz terus saja beredar dengan pantas.

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now