Bab 12

21.3K 3.1K 1K
                                    

"Keluar dari sini sekarang. Aku tak anggap kau keluarga aku lagi. Keluar!"

"Ini tanah aku, nama aku. Jadi kau kena tahu yang aku ada hak untuk halau kau,"

Dari tempat aku berdiri, aku dapat lihat Mama, Zuddin dan diri aku sendiri, mengangkat beg berisi pakaian berserta barangan lain.

Dum!

Pintu rumah tempat aku membesar itu ditutup kuat. Aku lihat air mata mama tumpah, tapi dia tetap cuba untuk kelihatan kuat. Mata Zuddin dan diri aku sendiri pun tak kurang merahnya.

Aku tahu ini mimpi.

Aku tahu.

"Kita balik rumah Cikde dan Paksu dulu. Nanti ma cari rumah lain," Mama tersenyum sambil menggosok kepala aku.

Di sini, dari tempat aku berdiri, aku perlahan-lahan berjalan, mengikut langkah mereka bertiga itu.

Ini bayangan yang lalu. Aku masih tak faham kenapa mimpi ini datang lagi. Cukup sakit untuk aku kenang kembali, kenapa muncul jua?

Aku berhenti di tengah jalan. Melihat ketiga-tiga figura untuk melangkah ke hadapan, ingin berteduh di bawah wakaf di seberang jalan. Menunggu Paksu aku datang untuk mengambil kami. Bapa saudara sebelah mama semestinya.

Aku lihat diri aku sendiri sedang menelefon seseorang. Ya, aku ingat lagi, aku menelefon Komander Damien waktu itu. Meminta Emergency Leave.

Kebenaran yang tak pernah pun aku cerita kepada orang lain. Dari zaman sekolah, semua orang ingat hidup aku bahagia, normal seperti orang lain.

Sayangnya tidak.

Mereka lihat aku bergelak ketawa bersama Kak Nur, tapi mereka tak nampak ada kebencian yang tersimpan.

Mereka lihat aku keluar bersama Abang Ridz, tapi mereka tak nampak dalam hatinya, dia langsung tidak ikhlas.

Kebanyakan memori kami cipta, hanyalah kepura-puraan sahaja. Dan kadangkala, mereka kerap mengambil kesempatan atas duit yang aku ada. Aku tahu mereka banyak menolong tapi dalam masa yang sama, mereka bencikan aku, mama dan Zuddin.

Berkali-kali aku menangis merintih selepas arwah papa pergi. Kerana semenjak kehilangan arwah, hidup kami tidak lagi sama.

Namun pada akhirnya, tanah dan harta yang direbutkan mereka. Tanah pusaka yang sepatutnya tidak ditukar nama, kini ditukar secara senyap, tanpa persetujuan aku, mama dan Zuddin.

Dan ya, itu yang mereka mahukan. Halau kami dan mereka dapat hidup aman.

Mengapa?

Kerana mama hanya ibu tiri mereka. Kak Nur dan Abang Ridz hanya adik-beradik sebapa, bukan seibu. Arwah ibu mereka sudah tiada, lama. Dan kerana bencinya mereka pada mama, maka anak-anak mama pun turut diberi benci yang sama.

Air mata aku menitik.

Di tengah jalan ini, berkali-kali ada kereta yang melanggar aku. Namun ini mimpi, kereta itu seolah-olah tembus dari daging aku.

Aku terduduk. Tak mampu memaksa diri untuk bangun dari mimpi. Aku benci mimpi ini, kenangan pahit yang takkan pernah aku lupa. Buatkan aku tidak mengerti apa sebenarnya erti kekeluargaan di mata mereka.

Sekolah? Selalu dikhianati. Tidak usah aku hurai panjang, rasa ditikam itu dalam dan aku tak mahu lagi merasainya kembali.

Pergelangan tanganku dipandang, terdapat kesan torehan yang dahpun pudar, hampir hilang. Torehan yang pernah aku buat tatkala tertekan dengan masa lalu. Berkali-kali aku ingin mati.

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now