Bab 16

20.1K 2.8K 512
                                    

Kami berkumpul di bilik bedah siasat itu. Menunggu laporan daripada Maya, ketua ahli forensik kami.

Masih sedih? Ya. Malah aku masih tak berkesempatan untuk menangis. Akhirnya, mood untuk menangis tiada dan begitulah aku, pendam rasa tanpa sengaja. Aku sedar perkara ini pun bila dah berkali-kali terjadi, dan Doktor Najwaa yang beritahu.

Aku pandang dua mayat yang terbaring kaku itu. Dua? Kenapa dua?

Kerana satu lagi milik Nur Sofea, jurusolek yang bertanggungjawab untuk menyolek Yunie pada hari pernikahannya, atau lebih tepat, diupah seseorang untuk membunuh Yunie. Faiz temui kereta milik Nur Sofea yang dah terjatuh di dalam gaung. Nur Sofea mati di tempat kejadian.

Bila siasatan lanjut dilakukan, tali brek keretanya putus. Ah, sebenarnya dipotong.

"Aku yakin mangsa Nur Sofea berhenti di lorong kira-kira dua kilometer dari rumah Naina. Ada kesan tayar, mungkin masa tu dia berjumpa dengan suspek dan ganjaran bertukar tangan, dalam masa yang sama, tali brek keretanya dipotong secara senyap, untuk elak syak wasangka," terang Faiz panjang lebar.

"Mereka tahu dekat tempat diorang berjumpa, tak ada CCTV, mereka seolah-olah dah kenal setiap jalan di situ," sambungnya lagi.

"Great, we got two dead bodies today," Komander Damien menggelengkan kepala, sebelum kami semua mula fokus kepada Maya.

"Botol itu memang berisi racun sianida. Dan, perut mangsa mengalami pendarahan akibat zat korosif yang berasal dari racun sianida tu," lapor Maya selepas dia mula membuang pelitup muka yang dipakainya.

"Jadi, mangsa memang minum racun tu?" Soal Faiz.

"Dipaksa minum? Tapi, dah tentu ada pergelutan dekat tempat kejadian. Kalau tiba-tiba jurusolek tu bagi dia sesuatu, takkan mangsa tak rasa sangsi?" Aku pula menyoal hairan.

Nak kata memang betul Yunie minum racun, tak logik. Yunie takkan bunuh diri macam aku, bak kata Hazrael setan tu.

Terus, Maya menggeleng dan laju tangannya yang dilindungi sarung tangan itu mencapai satu beg plastik lut sinar. Di dalamnya terdapat botol putih tanpa label, botol berisi Sianida yang dijumpai di tempat kejadian.

"Racun ni tak ditelan sepenuhnya. Masih ada lagi baki dengan kadar yang banyak," terus, kami semua mengerutkan dahi.

"Kalau mangsa memang niat untuk bunuh diri, racun akan ditelan sampai habis," kataku pula.

Macam mana aku tahu? Duh, aku yang selalu inginkan mati dulu. Kebiasaanya, orang-orang seperti kami inginkan kematian yang cepat, bukan yang terseksa.

"Jadi, kalau nak kata suspek paksa mangsa telan, mesti ada kesan tumpahan dekat mana-mana, contoh, baju mangsa. Tapi macam yang aku cakap, kerja ni clean, dah dirancang dengan baik," Komander Damien menyampuk.

"Looks like our Commander already have the answer?" Kapten Lou pula berkata. Komander pandang Maya.

"Alat solek?"

"Exactly, Commander," balas Maya dan dia ambil sesuatu di atas meja, juga di dalam plastik lut sinar.

Lipstick.

"Gincu ni mengandungi peratusan Sianida yang sama dengan peratusan Sianida yang hilang dalam botol tu,"

Aku tersentak. Aku memejam mata seketika. Tak kiralah siapa dalangnya, dia orang yang genius dan profesional. Letak racun dalam gincu? Tempat yang paling dekat dengan bibir dan kemungkinan akan masuk ke dalam mulut itu sangat besar. Buat macam Yunie bunuh diri untuk tutup salah suspek. Tak lama, jurusolek itu pula yang dibunuh dan dibuat seolah-olah kes langgar lari, bimbang jika rahsia bocor. Bijak, aku tak nafikan itu.

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now