Dipisahkan beribu batu nautika, pertemuan Fred dengan Nadine merubah hidupnya. Gadis yang tiba-tiba muncul di kondonya itu menagih sesuatu yang dia tidak mampu untuk tunaikan. "Excuse me, Mr Afwan Firdaus?" - Nadine "You've got a wrong person" - Fred Demi sebuah ikatan janji, Nadine sedaya upaya meyakinkan Fred bahawa ini yang terbaik untuk lelaki itu. Nadine tekad tidak akan berganjak selagi Fred tidak menunaikan janji itu. Pertemuan pertama membawa kepada yang kedua dan ketiga dan seterusnya. Fred lupa akan kekasih yang setia menanti. Nadine pula menuntut satu janji yang telah termeteri.