Paan si mekanik kampung, sukakan si Syarifah Eliana cucu perempuan Syed Alwi. Tapi si Syarifah ini anti betul dengan Paan. Dia, si cantik jelita nak dipasangkan dengan si Paan yang kerjanya cuma membaiki kereta, memang tidaklah dia mahu! Dalam Paan mengintai si Syarifah, dia tak tahu dia diintai Nur Iffah yang setia menunggunya sejak dulu. Tapi Paan tak sukakan Iffah yang dia rasakan penyibuk dalam hubungannya dengan Syarifah. Bila Mak Munah suruh Paan bertunang dengan Iffah, Paan menurut saja kerana sayangkan wanita gempal yang melahirkanya itu! Baru Paan nak redha dengan kisah cinta tak kesampaiannya, Syarifah tiba-tiba mengaku cinta! Habis macam mana dengan Iffah? Kalau dia putuskan pertunangan, agak-agak Mak Munah masih mengaku dia anak tak? Dan bila Iffah sudah menjauh, kenapa dia mula merindu...? ❤️❤️❤️❤️❤️ Ini kisah cinta Paan. Kisah cinta Paan dalam mencari Pah kesayangannya. Pergi ke pasar beli ikan selayang Ikan dibeli dua guni Kalau sayang, katalah sayang Jangan dibiar tergantung begini