three .

271 34 497
                                    

- badboy -

dua hari telahpun berlalu dan kumpulan stray kids itu telahpun masuk ke kelas memandangkan sesi pembelajaran telahpun bermula .

daeun pula baru sahaja tiba di kelasnya , sunyi . awal sangat ke dia datang ?

daeun hanya mengangkat bahunya sebelum seseorang mengejutkan dirinya dari belakang .

" daeun-ah annyeong ! " , sergah mia membuatkan daeun sedikit terkejut . lantas , daeun menjelingnya tajam .

" kau kalau tak buat aku terkejut tak sah kan ? " , kata daeun sambil tersenyum dan memeluk lengan mia erat .

" mia , boleh tolong aku ? " , tanya daeun dengan suara yang paling lembut yang mampu dia buat .

" belikan kerepek kegemaran kau dengan hot choco ? " , tanya mia membuatkan daeun mengangguk setuju sambil tersenyum .

mia menghulurkan tangannya meminta duit namun daeun meletakkan pula tangannya sambil tersenyum kerek .

" woi ! kaki nak kaki ? " , tanya mia sambil menunjukkan kakinya . daeun hanya tertawa kecil dan memberikan sejumlah wang .

maka , hilang seketul mia di hadapan mata daeun .

" annyeong kim daeun ! " , tegur hyunjin tiba-tiba sambil duduk di sebelah daeun membuatkan daeun sedikit terkejut .

classmate tu memanglah classmate , tapi jantan ni mana pernah bertegur sapa dengannya .

" dari hari tu lagi kau kacau aku , apa kau nak ? " , tanya daeun sambil melepaskan earpodnya . matanya tajam memandang hyunjin .

hyunjin sedikit tersentak dengan pandangan daeun itu . seram , tapi masih cantik .

" salah ke aku nak kacau kau , daeun ? " , tanya hyunjin semula dengan berani , cuba mencabar kesabaran daeun .

daeun menjeling hyunjin sebelum dia menyambung menulis di buku notanya dengan tenang .

hyunjin yang sedikit geram itu laju mengambil buku nota itu dan melarikan diri di sekitar kelas itu .

kesemua pelajar memandang ke arah mereka , yelah prince dan princess sekolah kelihatan rapat antara satu sama lain .

" yah , hwang hyunjin ! kau gila ke ? " , jerit daeun sambil melompat-lompat cuba mendapat buku notanya yang sengaja ditinggikan oleh hyunjin .

sehinggalah matanya bertemu dengan mata indah hyunjin . sama-sama jantung berdebar saat mata mereka bertemu , terasa sesak nafas .

sepatutnya daeun yang berasa nervous , tapi hyunjin rasa lebih gemuruh apabila melihat wajah cantik daeun .

seperti sudah kembali ke dunia realiti , daeun hanya menjeling dan berjalan kembali ke tempat .

hyunjin yang berasa bersalah itu membuntuti daeun dan segera menyerahkan buku itu kepada daeun .

sebenarnya dia gembira kerana plannya berjalan dengan lancar .

" mianhae " , ucap hyunjin namun tiada balasan dari daeun . hyunjin mula berasa resah , dia kehilangan kata-kata .

" aku tau aku salah " , kata hyunjin sambil menunduk dan duduk di sebelah daeun . acah nak minta simpati .

 [C] 𖥻 𖧧 ℬ . 𝖺𝖽   ℬ . 𝗈𝗒Where stories live. Discover now