finale pt 2 .

118 15 375
                                    

─────── ☘ ───────

" han jisung ! "

jerit haraa di dalam sebuah kelab malam , apabila melihat han yang sibuk menikmati minuman keras itu , membuatkan haraa menarik nafas berat .

maklumlah , baru menjadi seseorang yang digelar ' dewasa ' . semua benda yang dulunya tidak dibenarkan , kini boleh .

lalu , kaki haraa segera melangkah ke arah han yang kelihatan pipinya sudah memerah dek penangan minuman keras yang amat kuat itu .

" han jisung , mari pulang " , haraa melepaskan botol itu dari tangan han manakala tangannya yang sebelah mengeluarkan beberapa keping wang lalu meletakkannya di atas meja .

namun han yang mabuk itu segera menolak haraa dan mengambil semula botol yang dilepaskan oleh haraa itu .

" yah han jisung ! " , haraa memandang han dengan geram sebelum tangannya menampar pipi han sambil menarik tangan han sekuat hatinya untuk keluar dari kelab malam itu .

" ugh the things i did " , rungut haraa sambil tangannya memeluk lengan han yang tergapai-gapai itu sebelum dirinya memukul belakang han .

" neo jjinja ! mentang-mentang dah dewasa semua nak buat " , kata haraa geram manakala han memegang wajah haraa menggunakan kedua-dua tangannya .

" aigoo siapa ni ? lawanya , single eh ? " , tanya han sambil memuncungkan bibirnya membuatkan haraa menampar bibir han dengan geram .

" patutlah eomma tak suruh aku minum alkohol " , bisik haraa sebelum sebuah teksi yang dipanggil haraa menggunakan aplikasi grab .

lantas , haraa menolak badan han ke dalam teksi itu dan dirinya juga turut masuk ke dalam teksi itu .

" namchin kamu ke tu ? " , tanya pemandu grab itu yang kelihatan sedikit berusia itu manakala haraa meletakkan kepala han yang terbaring itu di atas pahanya .

" eo ? nae , dia mabuk . maklumlah , baru boleh minum " , ujar haraa sambil tersenyum kekok .

" bagus kamu ni , suruh dia bersyukur sebab ada teman wanita macam kamu . biasanya , yeoja biarkan je namchin dia kat nightclub tu " , kata pemandu itu membuatkan haraa hanya mengangguk kecil sebelum suasana di teksi itu menjadi senyap .

mata haraa memandang ke arah han yang sudah lena dibuai mimpi indah membuatkan haraa tertawa kecil sambil mengusap rambut han .

" pabo "

selepas bergraduasi dari highschool tahun lalu , sudah pasti haraa mendapat banyak tawaran biasiswa dari pelbagai syarikat dan kini dia sedang bersiap sedia untuk masuk ke universiti pilihannya .

manakala , han masih memilih universiti mana yang perlu dia pilih sambil menikmati saat-saat dirinya menjadi 'dewsa' .

" dah sampai " , ujar pemandu grab itu sambil menghentikan keretanya , lalu haraa mengeluarkan sejumlah wang dan memberikannya kepada ahjussi pemandu grab itu .

" gomawo ahjussi ! "

haraa segera membangungkan han sebelum dia meletakkan sebelah tangan han di lehernya lalu membuka pagar rumah han itu .

 [C] 𖥻 𖧧 ℬ . 𝖺𝖽   ℬ . 𝗈𝗒Where stories live. Discover now