ten .

280 32 876
                                    

─────── ☘ ───────

still amethyst festival , 4 : 30 p.m .

masa sudah menunjukkan waktu petang telahpun bermula , namun petanda bahawa festival itu kurang meriah masih belum dilihat .

entah apa yang seronok , masih ramai lagi individu yang berada di festival itu . mereka sudah pasti menunggu pesta membaling belon air .

pesta membaling belon air boleh dikatakan " tradisi " sekolah itu sejak turun-temurun geetwoo . motif ? untuk mengelakkan pelajar dari terlalu stres belajar .

pesta ini diadakan di kawasan lapang sekolah , iaitu di padang . gila ke nak buat di kawasan gerai , tak pasal-pasal semua orang basah .

" pesta membaling belon air akan bermula dalam kiraan 3 , 2 , 1 ! " , sebaik sahaja seungkwan membuat pengumuman itu , sudah kedengaran pelajar menjerit kerana dibaling belon .

ryuhee yang sudah lama bangun itu baru sahaja berjalan ke kawasan padang sebelum seseorang cuba mengenakan dirinya dengan belon yang dipegang .

ryuhee sedikit tersentak namun seungmin segera menariknya kedalam dakapannya , dengan erat .

" yah , siapa cakap kau boleh keluar ? kau kena berehat " , kata seungmin sambil memandang ryuhee yang berada di dalam dakapan .

ryuhee hanya terdiam , dia tidak berani membuat lelaki ini badmood lagi . lalu , kepalanya perlahan mengangguk dan melangkah.

namun , dia terhenti apabila melihat seungmin membongkok di hadapannya .

" eo , wae ? " , tanya ryuhee hairan apabila melihat kelakuan seungmin .

" naik belakang aku cepat " , arah seungmin membuatkan ryuhee segera membuat demikian .

lalu , seungmin meng - piggyride(?) ryuhee yang masih terkejut dengan perangai seungmin ini .

namun , bibir ryuhee tersenyum sebelum tangannya mengeratkan lagi pelukannya di leher seungmin. kepalanya pula disandarkan pada belakang kepala seungmin .

bukan selalu kan huehue .

di fikiran seungmin , dia mula terfikir kata-kata minhee kepadanya tadi membuatkan hatinya membuak-buak , geram .

" kim seungmin , rendahkan ego kau . kalau kau tak nak kehilangan dia " , itu yang suara hati seungmin katakan .

dia sudah tidak peduli jika ryuhee hanya menyukai duitnya .

asalkan ryuhee akan sentiasa berada di sampingnya .

tidak sampai beberapa minit sebelum sampai di bilik kesihatan itu , ryuhee sudah pun terlelap di bahu seungmin .

lalu , seungmin membaringkan ryuhee pada katil di bilik itu sebelum memandang wajah ryuhee .

" yah , jangan buat aku risau " , ucap seungmin sambil memandang ryuhee yang menutup matanya , tertidur .

" dan .. jangan dekat dengan minhee "

seungmin tersenyum kecil sebelum bibirnya mendekati dahi ryuhee , dan mengucupnya sebelum kakinya meninggalkan bilik kesihatan itu .

 [C] 𖥻 𖧧 ℬ . 𝖺𝖽   ℬ . 𝗈𝗒Where stories live. Discover now