twelve .

293 33 718
                                    

─────── ☘ ───────

disebabkan festival itu berlangsung pada hari jumaat , pelajar-pelajar chuwol highschool dapatlah berehat sebentar sebelum memulakan sekolah seperti biasa .

" haraa ! dah bangun ke ? " , jerit puan kim dari bahagian dapur , memanggil anak daranya ingin meminta bantuan .

" nae , eomma ! chakkaman , haraa kemas katil " , balas haraa dan melipat selimut yang dia gunakan setiap hari .

begitulah kehidupan hariannya , bangun awal , mandi dan mengemas tempat tidurnya . kalau hari cuti , dia akan membantu ibunya membuat kerja di rumah .

" eomma , wae ? nak sidai kain eh ? appa mana ? jeongwoo mane ?" , tanya haraa sambil menuruni tangga rumahnya .

rumahnya ialah rumah teres dua tingkat memandangkan dia tinggal di kawasan perumahan . biasa , tetapi selesa .

" appa tengah mandi kot , tu jeongwoo , kat sofa " , balas puan kim sambil menunjuk ke arah anak jantannya itu menggunakan sudipnya .

haraa hanya mengangguk sebelum kakinya melangkah ke dapur dan memotong sayur-sayur serta daging sebelum memasukkannya ke dalam sebuah mangkuk berasingan .

" dah , biar eomma buat . kamu pergi tolong sidai baju kat luar eh ? lepas tu tolong siramkan bunga eomma " , kata puan kim membuatkan haraa mengangguk .

" arasseo eomma . kalau breakfast ready panggil tau ! " , ucap haraa sebelum dia membawa bakul yang berisi pakaian yang perlu disidai keluar .

lalu , haraa segera menyidai pakaian-pakaian keluarganya pada ampaian di sekitar kawasan itu selama beberapa belas minit .

" kkeut ! aigoo , kalau aku tak siram bunga ni mati pula " , desis hati haraa dan menyiram kesemua bunga yang berada di laman rumah mereka .

" tumbuh cantik tau " , haraa tersenyum sebelum kakinya melangkah memasuki rumahnya .

kehidupan yang biasa , namun memberi kegembiraan kepada haraa dan menjadikan salah satu faktor dirinya sentiasa menjadi pelajar terbaik di batchnya .

*.☽ .* :☆ .・ 。゚☆: *.☽ .*

" eomma ! hyorin pergi jogging dulu ! " , hyorin menjerit dari pintu rumahnya sambil mengikat kasutnya .

lalu , dia membawa botol air berwarna soft pink nya itu dan menghirup udara segar pada awal pagi sebaik sahaja dia keluar .

" wah ! segar betul angin hari ni ! arasseo , hyorin ! lupakan apa yang berlaku semalam ! " , hyorin tersenyum sebelum kakinya melangkah dan berjoging di sekitar taman berdekatan rumahnya .

hyorin mengenakan sport shirt dan seluar lagging serta rambut ikalnya yang diikat . tidak dilupa , sport watch dan kasut sukan melengkapkan pakaiannya .

setelah 30 minit berjoging , akhirnya hyorin mula berjalan di sekitar pejalan kaki yang berdekatan dengan sungai itu sambil meminum airnya .

" dah cukup dah ni " , monolog hyorin apabila melihat nombor pada sport watch  nya itu mencapai sasaran yang dia tetapkan untuk meningkatkan staminanya .

 [C] 𖥻 𖧧 ℬ . 𝖺𝖽   ℬ . 𝗈𝗒Where stories live. Discover now