seven .

228 32 650
                                    

───────  ☘ ───────

twoteen mall .

" kim daeun , kita kat mana ni ? " , mia sedikit geram dengan daeun yang menipu dirinya . namun , dia pun agak bodoh juga sebab percaya perempuan ni bulat-bulat .

" hehe mianhae ! kalau aku tak tipu kau , kau mana nak ikut aku pergi mall ! kajja , nanti aku belanja mcd eh " , daeun hanya tersenyum kecil dan menarik mia yang tidak rela .

mia hanya mampu memandang pelbagai pakaian , perhiasan , makeup serta skin care di sekelilingnya memandangkan mereka berada di tingkat khas untuk wanita .

rasa pening pun ada .

" mia sini ! " , daeun menarik mia berjalan ke sebuah butik kegemaran daeun itu .

meskipun mereka sangat rapat , daeun dan mia mempunyai selera yang sangat berbeza . bak kata pepatah , bagai langit dan bumi .

daeun menyukai kesemua yang wanita akan suka , fesyen , makeup dan skincare . dia amat mengambil peduli dengan gaya fesyennya dan sentiasa up-to-date .

mia pula menyukai muzik dan kurang mengambil peduli dengan penampilannya . yang penting dia berbaju sudah cukup untuk dirinya .

" lagi ? bukan kau dah beli ke dua hari lalu ? " , tanya mia sambil memandang daeun , hairan .

" aniy , ni bukan untuk aku ! ni untuk kau , dah pergi try ! " , daeun memberikan beberapa helai baju membuatkan mata mia terbulat .

" aku ? pakai benda ni ? aku nampak macam badut tau tak ! " , mia menggeleng laju dan cuba memberikan semula baju itu kepada daeun .

" aku usaha tau kumpul duit untuk beli ni , sanggup kau tolak permintaan bestfriend kau " , seloroh daeun , cuba mendapatkan belas kasihan dari seketul mia .

mia menggigit bibirnya sebelum dia menghentakkan kakinya . nasib baik bukan high heels , kalau tak conform berbunyi kuat .

" arasseo arasseo ! tapi 50/50 , separuh lagi biar aku bayar " , mia mengambil semua pakaian itu dan berjalan ke arah fitting room .

daeun tersenyum lebar . bukannya dia tidak suka dengan fesyen mia yang sekarang , tapi dia ingin melihat mia menjadi seorang yang lebih yakin dengan penampilan dirinya .

setelah beberapa puluh minit berperang mulut untuk membeli baju , akhirnya daeun berjaya membuat mia membeli baju yang dipilihnya .

" daeun , aku dah penat sia ! mari rehat kejap ! " , omel mia sambil acah berjalan lemah dan duduk di sebuah bangku .

" uh-uh ! aniyo ! kita masih perlu pergi beli skincare jap ! serum aku dah nak habis hehe " , daeun tersenyum manis membuatkan mia menjelingnya tajam .

" gwenchanha ! aku janji akan bantu apa yang patut untuk competition tu nanti ! " , ujar daeun , cuba memujuk mia yang sedang menahan kegeraman .

" kau rasa aku boleh buat tak ? omo ! macam menyesal pula aku join , argh pabo ! " , mia mengetuk kepala dirinya sambil merungut .

" mestilah ! competition tu masa festival kan ? kau mesti boleh buat punya ! " , daeun memberikan semangat kepada mia sambil memegang tangan mia .

 [C] 𖥻 𖧧 ℬ . 𝖺𝖽   ℬ . 𝗈𝗒Where stories live. Discover now