Bab 7

8.4K 489 5
                                    

LYA menggigit jarinya. Sekarang dah pukul 12 tengah malam tapi dia masih tak boleh tidur. Sedangkan, Airil dah lama lena.

Mesej dari mama yang dia dapat pukul 10 tadi dipandang lagi. Otak dah melilau memikir.

Jangan lupa janji Lya nak bagi mama cucu. Mama tunggu tau!

Lya mengeluh. Dia duduk dan bersandar pada kepala katil. Mata memandang pada pendingin hawa yang terpasang.

"Macam mana ni. Mama mintak pulak dah. Aduh!"

Berkerut-kerut dahi Lya berfikir. Macam masalah dunia gayanya. 

"Aku pun satu hal. Yang pergi janji macam tu dah kenapa. Nak bagi cucu konon. Laki ni dah lah beku semacam. Tidur pun mana pernah peluk-peluk." Mendengus Lya lagi.

Airil di sebelahnya dijeling. Perkara baru apabila Airil sedang tidur mengahadap dia. Lya tersengih.

Kesempatan ni. Selalunya bukan main susah nak tengok dekat-dekat. Dah rezeki namanya ni.

Tangan ditongkat pada katil. Badan didekatkan betul-betul dengan Airil sampaikan dia boleh rasa nafas Airil yang sangat tenang.

"Awak ni kenapa beku sangat. Sombong je. Bukannya handsome mana pun." Kata Lya selamba.

Tapi memang betul pun, Airil taklah handsome macam hero dalam drama melayu. Tapi sedap untuk mata memandang.

Tangan terasa gatal. Rambut Airil dipegang dan diramas perlahan. Kemudian, dia pegang kening dan kemudian pipi Airil diusap lembut. Tak nak bagi si beku terjaga.

"Saya sayang awak tau. Walaupun awak tak kacak mana, tapi bagi saya yang awak ni kacak sangat."

Kemudian bibir Airil diusap. Tersengih Lya mengingatkan tindakan berani matinya pagi tadi.

Dia memegang belakang kepala Airil lalu bibir Lya terus dilekapkan ke bibir Airil. Nafas Airil tiba-tiba dirasakan laju semacam.

Setelah itu, Lya meletakkan tangannya di dada Airil dan meletakkan kepala di lengan Airil. Dia kemudian tertidur.

Airil buka matanya. Nafas yang terasa laju tadi cuba ditenangkan. Jantungnya bagai hampir meletup dengan tindakan Lya.

Dia dah sedar dari tadi, dia dengar je apa yang dibebelkan oleh Lya.

'Perempuan ni kenapa suka sangat buat aku macam ni.'

Dia betulkan baring menghadap siling. Pelukan Lya tidak dilepaskan. Tangan kiri yang bebas diletakkan di atas dahi. Mata dipejam cuba untuk kembali tidur walaupun dia dah rasa hangat semacam.

••••

LYA mencebik tak puas hati. Tangan disilangkan di dada. Mata tak habis-habis menjeling orang di sebelah.

"Awak. Bolehlah. Saya nak tengok cerita lain." Ujar Lya merayu-rayu.

Airil langsung tak kisah. Tak pandang pun Lya. Matanya fokus pada rancangan di televisyen. Dah nama pun Putra Airil, memang bekulah.

Mata Lya menyepet memandang suami. Otaknya muka bertindak nakal. Senyum terukir di bibir Lya.

Airil yang sedang fokus membulatkan matanya apabila TV ditutup oleh Lya.

"Buka balik Lya." Ujarnya dengan suara keras.

Lya menatapnya dengan wajah berharap. Tangan memegang kedua tangan Airil.

"Saya nak pergi tengok wayang. Nak tengok cerita tu. Orang kata sweet. Bolehlah awak." Lya merayu lagi.

Airil mengeluh perlahan. Dia bangun dari sofa tanpa dan ingin berlalu pergi. Lya memandang kecewa kerana permintaannya ditolak.

"Kata nak keluar. Cepatlah siap."

Lya tersenyum lebar. Bibir digigit bagi menahan darinya untuk menjerit kegembiraan.











Simple.

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now