Bab 22

8.2K 454 10
                                    

"ASSALAMUALAIKUM!" jeritan Lya bergema di kawasan luas itu.

"Wah! Lya dah balik!" Sambut Dania dengan jeritan.

"Maaf lambat. Tadi ada accident." Kata Lya merasa bersalah.

"Accident kat mana?" Soal ibu saudaranya, Mak Uda.

"Kat depan sana. Waktu nak maauk simpang ni, ada nampak betul-betul tepi Farmasi."

"Teruk ke?" Kali ni Mak Lang pula menyoal.

"Tak delah. Tadi nampak bahagian depan kereta je remuk sikit."

Lya menyalam pak cik dan mak cik. Dia tarik Airil rapat dengannya sebab dia tahu Airil masih lagi tak biasa dengan suasana yang sesak macam ni.

"Airil makin segak Mak Usu tengok." Puji Mak Usu iaitu ibu kepada Dania.

Airil senyum dan angguk je.

"Mana kunci bilik Lya?"

"Nah. Nombor bilik kau 143. Sebelah dengan bilik aku. Nanti boleh lah bawang." Dania berkata teruja sambil menyerahkan kunci pada Lya.

"Tingkat berapa?"

"Empat. Nanti turun jumpa sini balik."

"Okey. Jumpa jap gi."

Lya pegang beg pakaiannya.

"Jom check in. Kita Zohor dulu." Bisik Lya dan Airil angguk lagi.

••••

"KELUARGA kau memang besar macam ni ke?"

Airil menyoal setelah selesai mereka solat. Lya pandang Airil di sofa tersedia. Dia duduk di atas katil bertentangan dengan sofa.

"Yup. Ini semuanya belah ayah. Adik-beradik ayah ada 8 orang termasuk ayah.

Jadi sepupu yang saya ada lebih kurang 38 orang tak termasuk dengan anak-anak buah saya dan tak termasuk dengan suami atau isteri diorang yang dah kahwin. So, yah. Memang ramai."

Airil angguk. Mesti seronok ramai-ramai.

"Korang memang rapat ke?"

Lya angguk teruja.

"Rapat sangat! Dari kecik lagi kami memang selalu jumpa. Jadi saya nak bagi amaran kat awak."

Berkerut dahi Airil.

"Amaran apa?"

"Awak jangan terlalu cemburu tau. Sebab saya memang rapat dengan sepupu lelaki yang lain. Dah macam adik-beradik."

"Bila masa aku cemburu. Mana ada."

Lya mencebik. Dijeling Airil selamba. Dalam hati dah dikutuk Airil sesuka hati.

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now