Bab 33

8.2K 423 6
                                    

SENYUM lebar menguntum di bibir Lya dan Airil. Gembiranya mereka bila dapat khabar yang Lya mengandung sebulan 2 minggu.

Pintu rumah dibuka lepas Lya dan Airil beri salam.

"Kenapa tiba-tiba datang tak bagitahu?" Soal Puan Putri.

"Ala mama. Tak suka ke kami datang?" Lya buat muka sedih.

Puan Putri ketawa kecil. Tergeleng kepala dia. Tak puas betul kalau berborak dengan si menantu.

Lya dan Airil dah ambik tempat kat sofa. Airil duduk kat sofa single.

Lya pulak duduk kat sebelah Puan Putri.

"Kami ada benda nak bagitahu mama ni." Ujar Lya. Mata melirik pada Airil.

"Apa dia?"

"Lya mengandung!" Ceria Lya berkata dengan tangan didepakan.

Puan Putri ucap kata syukur dan senyum gembira. Ditepuk lengan Airil berkali-kali.

"Dah berapa bulan?"

"1 bulan 2 minggu." Ujar Airil pula.

"Bagus! Bagus! Mama nak kita celebrate. Jap mama ada buat kek tu, mama pergi ambik. Tunggu sini tau!"

Airil datang dan duduk dekat tempat yang Puan Putri duduk sebelum ni.

"Happy?" Soal Airil.

"Mestilah! Kita punya baby yang pertama. Lama kita tunggu. Almost a year." Ujar Lya.

Airil angguk setuju. Dia turut senyum bila nampak muka Lya yang berseri-seri.

Dicium dahi Lya sekilas buatkan Lya terkebil-kebil.

Lya pandang Airil yang dah pandang tempat lain. Nampak telinga Airil yang merah. Malu lah tu.

Bunyi salam buatkan Airil cepat-cepat bangun dan buka pintu. Tergelak Lya dengan sikap malu suaminya. Comel betul.

Airil kembali dengan Encik Aziz iaitu ayah Airil. Dia memang jarang nampak sebab Encik Aziz adalah tentera laut berpangkat Kapten. Jadi dia selalunya tak de kat rumah sebab sibuk.

Tapi, dia sibuk dua kali ganda sebab dia dalam proses untuk bersara.

"Papa!" Jerit Lya gembira dan salam tangan Encik Aziz.

Encik Aziz senyum dan tepuk kepala menantunya.

"Mana mama?" Soal lelaki berusia itu.

"Kat dapur. Nak siapkan kek!" Jawab Lya ceria.

"Gembiranya. Ada apa-apa ke?" Encik Aziz menyoal bila nampak senyum pada bibir Airil yang nampak lain daripada yang lain.

Lya sengih dan angguk.

"Ada. Tapi bagitahu nanti." Lya tarik tangan Encik Aziz dan bawa masuk ke dapur.

Airil masih senyum. Bila fikir balik, rasa macam Lya pulak anak kandung mereka. Bukan main rapat.


Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now