Bab 23

8.1K 443 8
                                    

DIPANDANG Airil yang sedang berbual dengan Adam, Arif dan Syabil

Dah hampir setengah jam mereka berborak. Sampai naik cemburu Lya dibuatnya.

"Apasal aku pulak cemburu ni? Ini tak leh jadi."

Lya pandang Eza, Huda, Dania dan Sofia yang masih membawang. Malas pulak nak join sekali.

Dia mendekati kaum lelaki.

"Borak apa ha? Langsung tak tegur aku." Selamba Lya menegur.

"Sibuk lah kau ni. Ada lah aku nak bawang dengan laki kau. Pergi sana. Bawang dengan diorang." Balas Adam selamba.

"Tah kau. Sana. Kau ingat perempuan je pandai bawang? Lelaki pun reti lah." Balas Syabil pula.

Lya menyepak kaki Adam. Geram pulak dia dengan lelaki ni.

"Au! Sakitlah woi."

"Padan muka. Aku nak laki aku. Korang lah pergi sana." Dijeling mereka tajam.

"Gedik lah kau. Sana. Pinjam kejap je pun nak marah." Adam berkata tak puas hati.

"Memang lah! Dah dia laki aku!"

Adam dan Lya mula berbalas kata. Airil dan Arif terkebil-kebil pandang mereka.

"Abaikan diorang. Diorang memang selalu berperang." Ujar Syabil bila nampak Airil dan Arif yang masih bingung.

"Apa benda korang ni?" Tegur Iskandar yang baru tiba ke kawasan cafe bersama isterinya, Maya.

"Eh, Abang Dola lah." Tegur Lya dengan senyum.

"Abang Dola?" Soal Airil pada Lya.

Lya pandang suaminya. Lupa pulak suaminya dari tadi ada kat sini.

"Ouh. Saya dengan Dania dulu selalu panggil Abang Is ni Abang Idola. Sebab dia ni dulu segak lepastu matang orangnya. Lama-lama dah terbiasa pulak gelaran tu."

Airil angguk dengan penerangan Lya.

"Tadi apa benda yang kecoh?" Iskandar soal lagi.

"Takde papelah. Kenapa kau kat sini?" Soal Lya pulak.

"Mak Lang panggil. Game nak mula dah."

Semua yang ada kat situ angguk.

"Korang! Jom. Game nak start!" Jerit Lya pada Eza, Huda, Dania dan Sofia yang masih sibuk bergosip.

Semua mula bergerak ke tempat aktiviti Hari Keluarga bermula.

Bila Airil nak gerak. Lya pegang tangan Airil. Tersentak lelaki tu dengan perbuatan tiba-tiba Lya.

Lya senyum.

"Rindu awak. Tadi awak langsung tak layan saya."

Airil senyum dengan rengekan Lya.

Tudung si isteri dibetulkan kedutan dan dilabuhkan kucupan pada dahi. Sekilas je. Ringkas dan ringan tapi dah buatkan Lya senyum sampai telinga.

"Pengantin basi! Dah lah tu. Cepat."

Lya menggulingkan biji mata. Nak aja ditumbuk Adam sebiji. Tulah, orang suruh bawa tunang tak nak. Asyik nak kacau orang bahagia aje.


Family ni family saya. Most of them are my real family and perangai tu semua betul. Sepupu saya memang 38 orang.

Cuma saya ada tambah watak sebab kami semua sebenarnya belum kahwin lagi. Yang dah kahwin pun berapa kerat aje. Hehe.✌🏻

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now