𝓫𝓪𝓫 29

3 0 0
                                    

Zarith : Andra , my baby boo . jom lepak mamak . kita tengok bola

Andra : Malas aku , kau pergilah ajak Dahlia kau tu

Zarith meraup rambutnya kasar . Aduh aku dah lah nak kena pujuk Aireen , sekarang  si Andra pulak gedik nak merajuk bagai . Lepas dari kejadian Andra memarahi Zarith kerana Zarith berkeras ingin berjumpa Dahlia .

Zarith : tak nak lepak dengan aku takpe lah , aku pergi sendiri .

Last seen at 8.30 pm

Andra tersenyum puas , dan dan kau lastseen kan !Andra sengaja biar dia macam tu . Sekali-sekala perdajal kawan . Tak salah kan ? Tapi tak sampai hati pulak biar Zarith sendirian menanggung rasa , akhirnya dia pun mengambil kunci kereta lalu berjalan keluar meninggalkan rumah .

Zarith mengambil tempat di meja makan lalu seorang lelaki datang mengambil pesanan . "bagi roti canai tiga dengan teh ais satu " ujar Zarith . tak sempat lelaki itu berlalu kerusi  disebelah  Zarith ditarik dan seorang lelaki duduk sambil memesan makanan " sama macam dia pesan" kata lelaki tadi . Pelayan itu mengangguk faham lalu beredar . Zarith yang kelihatan terpinga-pinga memandang gerangan yang duduk disebelahnya . "what up bro ?"Andra tersenyum . Zarith pun tersengih . yeah Andra in the house gais . "ingat tak nak datang tadi"Zarith memuncungkan mulutnya . Andra membuat muka meluat . datang dah perangai maknyah dia ni. "you will never happy if you continue to hold on to the thing that make you sad  "Andra menepuk-nepuk bahu Zarith . Zarith mengeluh hampa . "tak pe bro , kita stick to the plan je lah "Zarith tersenyum hambar . "aku tahu , tapi rancangan tu lambat that why aku buat plan B "Andra memandang Zarith yang mengangkat sebelah keningnya bermaksud 'rancangan apa ?' , dia hanya membalas dengan mengangkat kedua-dua belah keningnya .

Hanum memarahi Aireen yang lambat memakai kasut . "ish cepatlah Aireen , nak ambik Haris dengan Faris pulak ni"Hanum masuk kedalam perut kereta diikuti dengan Aireen . tak apahal yang gelabah biawak ni ?rilek-rilek sudah la , ni malam malam ajak keluar siap bawak Haris dengan Faris lagi . "nak pergi mana ni ?dah la suruh pakai jersi"Aireen membetulkan awning tudungnya . "diamlah kau , ikut je la banyak tanya pulak minah ni "Hanum membebel . Aireen mencapai handphonenya apabila nama Faris tertera ditalian .

hello akak dah nak sampai ke ?

haa kami ontheway , eh korang dah siap ke ?

mestilah , kami siap sejak kak Hanum call tau , cepatlah sampai .

ewah kau , ingat kereta aku ni kereta terbang ke nak sampai cepat ?

kan wawasan 2020 hahahaha (btw masa tu chapter ni 1january 2021 tau ! so tak terlambat to say Happy New Year semua ♡.)

banyak lah wawasan kau , ni nenek tak marah ke ? asyik keluar je korang ni , entah bila nak study . Kau cakap kat abang kau kalau dia tak straight A dalam exam siap dia ! aku lempar telephone korang dalam laut .

nenek tak marah , dia suka lagi adalah .eleh , diorang yang nak bawak kita keluar marah-marah pulak Faris jerit abang , kak Aireen kata kalau tak straight A dalam exam dia nak campak phone kita dalam laut . Haa akak , abang kata campak lah memang belakang rumah kami ada laut pun

diam lah kau , kalau dah siap duduk dekat luar okay , dah bye

Aireen membebel geram , kurang asam betul budak-budak tu. Ni japgi aku jumpa memang lembik aku cepuk . "diorang kata apa?"Hanum menyoal . " dah siap dah budak-budak tu , haih stress aku . Ni nak pergi mana sebenarnya ?"soal Aireen . Hanum senyap lalu tersenyum . Ha senyum senyum , senyum sampai tercabut rahang pun takpe .

FIRST SIGHTWhere stories live. Discover now