𝓫𝓪𝓫 2

33 2 0
                                    

Mereka masuk ke dalam rumah dengan penatnya . "Huargh,aku ngantuklah Hanum " .Aireen sudah menggosok matanya . "Solat dulu" . kata Hanum lalu dia naik ke atas untuk mengambil wudhuk . " Woi , aku cuti la sengal" . Jerit Aireen sambil menahan marah . "Hish , apa punya kawan , semalam rasanya aku dah bagitahu" ,monolog Aireen di dalam hati . Selepas habis solat dia turun untuk makan , tetapi dia melihat Aireen yang sudah terbongkang tidur "Ewah minah ni , suka hati dia je tidur kat sini , dengan pintu tak berkunci buatnya ada perompak masuk macam mana" .Bebel Hanum dan disambungkan lagi tazkirahnya dengan menarik telinga Aireen . Aireen yang sudah dibuai mimpi terus terbangun . "Dasar sengal , sakit lah gila " . Aireen sudah pun bangun sambil memegang telinganya yang merah . " Sakit tak ? Itulah balik kerja asyik nak membongkang je , dengan pintu kau tak tutup , kalau perompak masuk macam mana , kau tu dah la anak dara lagi , lepastu kau boleh pulak buat sleeping beauty atas sofa ek ? dengan tak mandi , tak tukar baju apa punya perangai ni " . Hanum membebel sambil melihat riak sahabatnya yang normal . dah biasa mungkin . " Haa sudah " . Dengan sepantas kilat dia lari laju menaiki tangga , dia sempat menoleh dan menjeqit pada Hanum . "Kau tutupkan la eh , membebel macam makcik-makcik , aku nak naik mandi " .Lalu Aireen tergelak , mampus la aku kena dengar dia membebel kuasa dua lepas ni , lantas menuju ke bilik air . Aireen turun ke bawah dengan bangganya " Heh , aku dah mandi , mana si sengal ni dah la tadi suka hati dia je tarik telinga aku " gumam Aireen sambil matanya melilau mencari Hanum . " Haa mandi pun kau , kalau tadi erghhh bau macam kambing " bidas Hanum sambil matanya melihat Aireen , tetapi riak Aireen masih tiada perasaan . "Diam lah kau , weh aku lapar la , tadi kita makan masa rehat je lepastu tak makan sampai sekarang .Aireen melihat jam dinding rumah mereka . Lewat sangat tu terlepas waktu makan mereka . "Aku pun lapar jugak . Jom lah masak " ajak Hanum . Aireen hanya mengangguk . Ingat duduk bandar tak reti masak ke?
heh flip rambut sekali . Walaupun mereka letih mereka akan tetap masak kerana malas keluar apatah lagi pergi ke kedai makan , baik masak sendiri lagi sedap . " Nak masak apa ?" Aireen juga buntu sebab kalau boleh nak la masak yang simple je , malas nak kupas-kupas bawang . " Kau tengok jap dalam laci ada apa" pinta Hanum yang masih memikirkan apa yang hendak dimasak , sejujurnya dia juga nak masak benda yang senang je bukan sebab dia malas tapi sebab dia penat . " Tadaaaa , ada maggie tom yam la " Aireen sudah tersenyum bahagia , tak payah masak benda susah-sudah . Makan maggie je senang . "Buatkan untuk aku sekali, boleh?". Hanum sudah membuat muka manjanya . "yela-yela". Balas Aireen . Sudahnya maggie menjadi santapan mereka malam ini , tadi sembang macam reti masak ala ala 5 star punya hotel . Sudah makan Hanum mengambil wudhuk dan solat , sudah melakukan hal akhirat dia pun menutup lampu bilik untuk tidur " selamat malam dunia " bisik Hanum lalu tertidur .

FIRST SIGHTWhere stories live. Discover now