𝓫𝓪𝓫 22

4 0 0
                                    

Faris kelihatan begitu menikmati juadahnya manakala Haris hanya membiarkan saja makanan di depan mata . "kenapa kau tak makan ?makan lah "Aireen memberi sudu kepada Haris . "aku taklapar"Haris menolak pinggannya . "kau taklapar ke bang ?rasanya dah 2 hari kita tak makan"Faris kembali meneguk air dan menghiraukan jelingan abangnya . "kenapa tak makan sampai 2 hari ni , nenek korang makan ke tak ?"Hanum kelihatan risau . "Beras rumah kitaorang dah habis lagipun banyak barang basah dah takde , mestilah nenek kitaorang makan!takkan nak biar je nenek kitaorang lapar , biar kami je lapar .yang sibuk sangat nak tahu ni kenapa ?"Dingin saja suara Haris . "kalau kau taknak makan , kau ikut aku !"Aireen pantas bangun meninggalkan Haris , Haris pula terpaksa mengikut .

"Diorang nak pergi mana kak?"Soal Faris kepada Hanum . Hanum sekadar tersenyum manis dan membiarkan soalan itu . "kenyang tak ?nak tambah lagi ke ?"Hanum pula menyoal . Faris lantas menggeleng . "tapi kalau Faris nak tambah untuk nenek , boleh?"Faris memandang Hanum , menanti jawapan. "mestilah boleh ! sekarang Faris ambik duit ni , pergi order untuk nenek , order sekali untuk Abang dengan Faris okey "Hanum mengeluarkan wang kertas RM 100 lalu dihulurkan pada Faris .Faris menyambut huluran itu dan pergi ke kaunter ...

"kau ambik beras 3 kampit , bawang merah 2guni , bawang putih 2 guni , halia , serai aa semua lah kau ambik janji barang kering "Aireen berkata pada Haris lalu dia pergi ke bahagian frozen . Haris hanya mengikut , satu persatu barangan kering diambilnya . Hanum mengambil ayam dan daging frozen lalu diletakkan didalam trolinya . Dia juga berlalu mengambil sayur-sayuran serta buah-buahan . Aireen memberi amaran pada Haris iaitu "kalau kau tak penuh kan 2 troli ni dengan barangan basah dan barangan kering , jangan harap aku nak bagi adik kau balik , huh" . Hampir 1 jam , penuh lah 2 troli yang diminta oleh Aireen . Aireen dan Haris masing-masing menolak satu troli lalu diletakkan ke kaunter untuk membuat pembayaran . Selesai Aireen membayar , mereka meletakkan balik plastik yang penuh barangan ke dalam troli lalu bergerak ke kereta Hanum . Aireen dan Haris melihat Hanum dan Faris yang bergelak ketawa dari jauh . Mereka semua bekerjasama memasukkan hampir 20 plastik yang mengandungi pelbagai barangan kering dan basah kedalam bonet kereta , tiada lagi gaduh-gaduh hehe.

Mereka masuk ke dalam perut kereta dan balik kerumah Haris dan Faris . Hanum hanya mengikuti Haris yang berada di depan mereka , akhirnya mereka tiba di rumah . Seorang wanita tua membuka pintu apabila Haris menekan 'pin , pin , pin' . Wanita itu gembira melihat Haris dan Faris lalu dia memakai selipar usangnya dan berjalan ke arah mereka . "Asslamualaikum makcik , apa khabar?"Hanum bertanya khabar dengan sopan . "Walaikumsalam , panggil aje Nek Som . Nek Som sihat aje , ni kamu berdua ni siapa ?kawan Haris dengan Faris ya ?" Nek Som bertanya pada kedua-dua wanita didepannya . Tak pernah tengok pulak kawan Haris dengan Faris yang ni. "Macam ni Nek Som , sebenarnya ....Hanum membuka bicara namun bicaranya terhenti apabila Haris dan Faris sudah menundukkan kepalanya . Takut barangkali , ingat Hanum nak bagitahu yang kembar ni cuba nak 'meragut' la tu . Maaf , andaian yang salah . "sebenarnya apa , apa yang cucu Nek dah buat pada kamu berdua , cuba cakap"Nek Som kelihatan gelisah . "Tak ada apa lah Nek Som , sebenarnya Haris dengan Faris baik . Diorang la yang tolong kami daripada kena ragut tadi , kalau tak ada diorang . Taktahulah apa jadi dengan kami"Hanum berkata tenang , Aireen disebelah jugak mengangguk mengiakan kata-kata sahabatnya tadi . Haris dan Faris terpempan , tak sangka kedua-dua wanita itu membela diri mereka. Ingatkan nak kata yang kami berdua cuba meragut tadi . Nek Som mengangguk tenang . Ingatkan apalah tadi . "Jom lah naik dulu , boleh Nek buatkan kopi" pelawa Nek Som . Hanum dan Aireen pantas menggeleng . "Dah lewat ni Nek , esok kami datang ya , sebelum terlupa ni tadi Faris ada cakap Nek suka makan bihun goreng , tu yang singgah beli "Hanum menghulurkan plastik berisi bihun goreng dan dua bungkus mi goreng kepada Nek Som. "Ya Allah , buat susah-susah ajelah , alhamdulilah rezeki , terima kasih ya anak berdua , nenek masuk dulu ya , Faris dengan Haris . boraklah dulu"Nek Som berlalu meninggalkan mereka berempat .

"kalau tak ada apa-apa kami naik dulu lah"Haris baru mahu pergi meninggalkan mereka tapi tak jadi apabila Aireen memanggilnya untuk terus berada disitu . "sedap tekak kau je kan nak blah ?ni barang yang berlambak dalam bonet macam mana ?"Aireen memandang Haris bagai nak telan . Sabar Aireen sabar , ingat Zarith ! eh?
"barang tu kan korang punya , dah kenapa nak kami pulak angkat? pergilah balik "Haris menghalau . "masalahnya , aku beli semua barang ni untuk koranglahh !"Aireen mengetap bibirnya . Ya Allah , berdosa tak kalau aku cepuk budak ni ? Buat kesekian kalinya Haris dan Faris terkaku .Seriuslah ?pada lah suruh aku penuh kan 2 troli . "dah ambik cepat , kami nak balik ni!"Aireen membuka bonet , lalu Haris dan Faris mengangkat segala barangan yang ada . 3 kali jugak lah diorang patah balik dari kereta ke rumah . Selamat 2 troli je kalau 5 mau patah tangan !
Plastik terakhir diangkat oleh Haris , Haris berlalu untuk masuk tetapi dia dipanggil oleh Hanum . "Nah ambik duit ni buat belanja , esok kami datang balik , ada benda penting nak bincang , jangan keluar meragut pulak , faham?"Hanum masuk kedalam perut kereta lalu Aireen bercakap perlahan tetapi mampu didengari oleh Haris dan membuatkan lidahnya kelu.

"tak semua orang jahat macam yang kau fikir"

FIRST SIGHTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora