𝓫𝓪𝓫 46

2 0 0
                                    

Aireen yang sedang rancak berbual dengan umi dan Hanum memandang kereta BMW yang memasuki perkarangan rumah mereka , dia mengecilkan matanya untuk melihat kereta itu , macam pernah tengok ...
Umi Kalsom di sebelah sudah pun tersenyun-senyum suka , Hanum ? dia blur ... Sukalah , siapa tak suka dapat jumpa besan , kan ? "Asslamualaikum " ucap Dato' Nik . " Walaikumsalam , jemput lah masuk Dato' , Datin " ujar Encik Adam gembira . wait , itu bukan ke parents Zarith ? omg ...what are they doing here ? ! bermacam soalan berada di benak fikiran Aireen ...tapi dia lebih memfokuskan tentang kereta BMW itu , entahlah ...

"fuyoooo , ada orang masuk meminang lah " jerit Faris . Hanum menjeling , haih apa cakap macam tu ... nasib baik parents Aireen dan Zarith sudah masuk ke dalam untuk berbincang , budak ni kan memang nak kena sembelih ke apa ? "Hanum , dia orang datang nak meminang aku ke ?" Aireen pelik , "ye lah , habistu takkan meminang kucing kau pulak ...kenapa ?" soal Hanum . " aku ...aku rasa berdebar , normal ke ?" tanya Aireen sambil memegang-megamg jantungnya yang berdetak laju , Hanum menggeleng-gelengkan kepalanya
dia mendekati Aireen lalu berbisik
"kau tanya aku macam la aku tahu , kau ingat aku pernah kena pinang ke sebelum ni ?" . Andra yang mendengar segera menoleh ke arah Hanum "  Sorry , nanti saya suruh mummy dengan Daddy hantar rombongan meminang tau , Zarith la ni ...buat kerja sorang-sorang bukan tahu nak bincang ke apa " Andra menjeling ke arah Zarith yang serius berbincang dengan keluarga Aireen . "Eh tak apa , saya tak salahkan awak pun ... saya tak berharap sangat " kata Hanum dingin.  "tapi saya tunggu" kata hatinya .Takkan aku nak bagi harapan kalau aku sudah tahu kesudahan ? Aireen yang tersedar sesuatu mula menutup matanya rapat , katakan ini semua tipu , katakan ini mimpi yang paling ngeri pernah aku alami  perlahan-lahan air matanya bergenang ... "tak...tak mungkin !"

Aireen berjalan ke arah mereka yang sedang sibuk berbual merancang tarikh perkahwinan Aireen dan Zarith , hatinya bagai tertusuk dengan kaca apabila melihat ketawa Zarith , aku cinta kan kau tapi ini semua mustahil untuk kita , "cantik kereta dekat luar tu Dato' , Datin tapi kenapa calar ?" soal Aireen sambil menahan air matanya yang mahu turun . Semua memandang Aireen pelik , yang diluarpun masuk apabila terdengar Aireen berkata begitu
"adik , kenapa tanya macam tu? ... pergi masuk dalam " tegas Umi Kalsom , "kejap ya umi , adik nak tanya tu je" jawab Aireen sambil matanya tak lepas memandang Dato' Nik dan Datin Anis , "adikkk , per..." belum sempat Encik Adam mahu bercakap Dato' mencelah ..." tak apa , calar yang dekat tepi tu ke ... calar tu dah lama tapi tak sangka Aireen perasaan , sebenarnya calar tu kesan daripada ter..."kata-kata Dato' Nik terhenti apabila Aireen menjerit
" Calar tu kesan langgar motor kan , betul tak ?" tanya Aireen dengan suara sebak , air matanya sudah turun membasahi pipi ... Semua terkejut apabila Aireen menjerit ... Hanum mendekati Aireen , " Aireen , jom kita masuk dalam dulu ...jangan marah-marah macam ni" Hanum menggosok-gosok belakang Aireen ... "Betul , macam mana Aireen tahu ?" soal Datin Anis .

" sebab yang anak Datin langgar tu abang saya ! Anak Datin dah mabuk-mabuk lepastu bawak kereta macam orang bodoh langgar abang saya sampai dia mati !?
lepastu dia blah macam tu je tinggalkan abang saya mati katak dekat depan sekolah! " tersedu-sedan Aireen menutur kata , semua di situ tergamam terutamanya Umi Kalsom , perlahan-lahan air matanya turun
"Umi , orang yang buat anak umi meninggal dan sorang lagi kena hadap kemurungan sampai SPM nak dekat ni lah dia , yang umi nak jodoh kan ni...hey ! dengar sini baik-baik terutamanya kau Nik Zarith Akhtar bin Dato' Nik ...aku dah bersumpah tak akan ada kena mengena dengan keluarga pembunuh abang aku ! Kau boleh keluar dari rumah aku sebab aku tak tahan tengok muka kau orang , keluarrrr ! dan jangan harap kau akan berkahwin dengan aku ... Aku sanggup bunuh diri la dari kahwin dengan keluarga pembunuh macam kau !" Tengking Aireen . Pang ! Pipi Aireen ditampar Encik Adam
"abi , kenapa abi tampar adik ?sebab keluarga pembunuh ni abi sanggup tampar adik ? sepatutnya abi tampar tu ! keluarga pembunuh tu ... dia orang dah bunuh abang tskk..tsk abi tak ingat ke apa yang dah jadi dengan keluarga kita lepas abang meninggal ? kenapa abi nak kena sebelahkan keluarga pembunuh ni ?! " Aireen memegang pipinya yang terasa pijar , "memang abi marah , tapi abi tak ajar anak abi jadi kurang ajar macam ni sampai maki-maki , bersumpah-sumpah , bunuh diri bagai ...kenapa jadi macam ni Aireen ?!" Encik Adam memegang dadanya ...rasa sakit apabila mengetahui kebenaran ...semua orang kelu seribu bahasa  , Datin Anis sudah pun mengalihkan air mata ...si kembar diam tidak berkata , terkejut dengan perubahan yang mendadak mungkin , Zarith ? dia masih lagi mentafsirkan apa yang terjadi , seakan tidak percaya semua ini . Hanum juga menahan air matanya yang bergenang ...mana tidak nya dia sendiri ada disaat kejatuhan seorang manusia bernama ' Aireen Zaleha' tentu dia juga merasa hal yang sama .
Dia mendekati Aireen memegang bahu Aireen dan menyuruhnya tenang , "semua tak sayang abang ! kenapa ? kenapa semua lupa apa yang dah jadi pada abang Aireen ? dia mati sebab kena langgar dengan pemandu yang mabuk ! Umi dengan abi memang tsk..tak memang tak sayang abang , Aireen benci semua terutamanya kau Zarith " dia lari keluar meninggalkan semua di situ . Semua orang seakan statik ditempat masing-masing sehingga Zarith berlari mengejar Aireen sebelum diikuti dengan Hanum dan Andra  .

Aireen berjalan lemah , dia jatuh terduduk di titi yang dihadapan ada saliran air yang jernih ... disini lah tempat dia selalu meluangkan masa dengan abangnya , satu-satu kenangan bersama abangnya menjengah di minda , aku ...aku tak kuat dengan semua ni

flashback

"abang , abang sayang adik tak ? " soal Aireen kepada abangnya Aizil Zafran .
"mestilah sayang , adik ni manja lah macam mana nak jaga diri kalau abang dah mati nanti ?" tanya Aizil . Riak wajah Aireen terus berubah , kenapa semua perlu bercakap tentang kematian ? aku ...b.e.n.c.i
"kenapa selalu cakap pasal mati ? pahala tu dah banyak sangat ke nak bawak masuk kubur ?" hambur Aireen
"abang cakap je , ajal maut kita taktahu dik " Azil memandang Aireen lalu Aireen memeluknya " Aireen sayang abang , jangan mati" . Aireen mengeratkan pelukkan sambil tersedu-sedan menahan tangis

end Flashback

Kini ditempat yang sama , tangisan yang sama tetapi situasi berbeza ...
Aku r.i.n.d.u , kenapa semua orang takfaham ? kenapa perlu berpura-pura tak bersalah sedangkan jawapan terhidang didepan mata ?seakan kematian abangnya bukan sesuatu untuk ditangisi tetapi dirai

"Aireen" . suara seseorang membuatkan Aireen bangun , matanya tidak melihat empunya suara . "Aireen , ak..." Zarith terdiam apabila Aireen meletakkan tangan nya di dada .

"kau pernah rasa sakit menahan rindu dengan orang yang dah tak mungkin hidup balik di bumi ni ?" Zarith menggeleng

"Kau pernah rasa peritnya kemurungan sebab tak takboleh terima kenyataan orang yang paling kau sayang dah pergi tinggalkan kau dengan cara paling keji ? Zarith menggeleng sambil menahan air mata .

"kau pernah rasa nak bunuh diri bila kau duduk sorang-sorang ? pernah cuba overdose ? pernah tak ? Aku tanya ni jawab la ! " Zarith menggeleng sambil menjawab " tak ".

" Kau tak pernah rasa semua tu Zarith Akhtar , jadi kau jangan nak tunjuk kebaikan kau dekat sini ...kalau aku tahu semua ni akan terjadi , aku takpatut pergi pavilion dan berlanggar dengan kau , aku takpatut buka hati aku dekat orang macam kau ! sebab ahli keluarga kau dah bunuh abang aku , orang paling aku sayang! atau pun perjumpaan kita telah dirancang oleh kau ? Kau rancang ke semua benda ni ? Kau nak apa lagi dari hidup aku ? tak puas ke keluarga kau dah bunuh abang aku , sekarang kau pulak nak bunuh aku ...jawab Zarith , kau rancang ke pertemuan kita ?!" Aireen mengesat air matanya kasar, "Aireen , aku minta maaf ... aku cinta kan kau sangat-sangat ...boleh tak kita lupakan semua ni ? soal Zarith walaupun dia tahu jawapaannya . "aku pun cinta kau , sangat-sangat . kau orang pertama yang buka hati aku yang lama sangat berkunci ni ...tapi dengan cinta kau tu boleh buat abang aku hidup balik ke ?" Aireen menengking Zarith sebelum dia rasa dia rebah dah ada orang memegang belakangnya , dia berkata sesuatu sebelum pandangan nya bertukar...

"ada tak orang cakap dekat kau yang pertemuan kita ni satu kesilapan ?"

Gelap .

FIRST SIGHTWhere stories live. Discover now