𝓫𝓪𝓫 14

3 0 0
                                    

"cepatlah Hanum! Kau nak pergi ke taknak ni ?aku tinggal kau kang , nak gi picnic je pun takyah la bersiap bagai nak pergi galla night dinner" . Aireen membebel sambil memasukkan satu bakul makanan ke dalam bonet keretanya.Hanum pun keluar sambil membawa segulung tikar "kau ni tak reti sabar ke ? Kejaplah" Hanum merungut . Selalu kau lambat aku buat rilek je , ni kalau aku lambat kau punya membebel macam itik .NON STOP .

"Nanti jalan jam la lepastu kalau parking takde macam mana ? Takde-takde sekarang ni kau lambat , kau drive" Aireen mengarah . "Cakap je lah kau nak aku drive kan senang , ni pulun nak membebel bagi alasan jalan jam la apa la" Hanum masuk ke dalam perut kereta diikuti dengan Aireen yang tersengih , seronok lew tuw takyah bawak kereta . Hanum memandu kereta keluar dari perkarangan rumah mereka . Dia menoleh ke arah Aireen yang sedang hm faham-faham lah , Aireen tengah selfie . Ikut sedap tekak dia je tengah gedik selfie . Aku ni bawak kereta sorang-sorang . Hanum membuka radio apabila terasa sepi . Terdengar seseorang juga menyanyi mengikut rentak . Haih menyesal aku bukak benda ni .

Usai meletakkan kereta , mereka mencari port paling strategik . Puas mencari mereka akhirnya memutuskan untuk berpicnic di tepi tasik dengan cuaca yang amat baik ,burung-burung di langit juga bersiul kencang ,angin sepoi-sepoi bahasa , sangat memberi impak positif ya dalam hidup mereka . Hanum menghamparkan tikar dan Aireen meletakkan bakul berreben pink yang didalamnya ada makanan yang sihat sehinggalah makanan yang tidak menyihatkan antaranya sandwich tuna , mi goreng , karipap dan jajan . Aireen dan Hanum melihat sekeliling mereka ramai jugak ek datang picnic , mentang-mentang la cuti , ada yang datang berpasangan , ada jugak yang bawak keluarga kecil mereka . Sangat bahagia .Hanum terfikir sejenak , "nanti aku boleh tengok suasana macam ni lagi ke ?" Hanum tersenyum kelat. Haish spoil mood la dia ni (author stress). Aireen menyiku lengan Hanum . "Hanum , makanan ni memang untuk ditenung ke ? Aku dah lapar ni?" Aireen tersengih hingga nampak gigi bila Hanum mengacah hendak menyekeh kepalanya . "Makan lah , memang kita masak penat-penat nak tenung je" Hanum geram . Aireen menyedok ni goreng ke dalam pinggannya dan meletakkan sandwich tuna di dalam pinggang Hanum manakala Hanum menuang air untuk mereka berdua . Baru sahaja mereka berdua minum , ada dua orang manusia mengambil tempat didepan mereka . Hanum dan Aireen tersedak . Tak mungkin!

"Korang buat apa kat sini ? Menggangu betul la dan macam mana korang tahu kitorang kat sini ?korang stalk kita orang ke " Aireen merungut
, Hanum pula cepat-cepat menyiku tangan Aireen , siap buat isyarat mata lagi 'jangan cakap macamtu' tapi Aireen peduli apa ? Dah la dia geram lagi dengan Zarith semalam , ada dua sebab . Pertama sebab Zarith gelak dengan Fatimah mesra-mesra . Kedua sebab dia jerit kata Aireen ni future wife dia . Walaupun Aireen suka dengar tapi dia tetap nak marah . Well woman complicated , right ? "Dear future wife , awak lupa ke semalam awak yang cakap "Zarith mengambil air yang berada ditangan Aireen. Hanum sudah menjeling geram . Apa pulak minah ni cakap dekat si Zarith . Dah la dia tengah tahan mata dia dari tengok Andra ni . Segakkkkkk bethul Andra pakai baju jersi . Heh . Semua kat situ pakai baju jersi .Aireen terus memainkan paparan semalam di kepalanya

*FLASHBACK*
"Awak ni makan la cepat sikit , saya nak balik tahu tak ?"

"Kejaplah ,kalau awak taknak teman saya makan , esok awak kena keluar dengan saya .

"Tak nak lah , saya nak keluar pergi picnic dengan Hanum esok dekat tasik"

*END OF FLASHBACK*

FIRST SIGHTWhere stories live. Discover now