•1 Year Later•

65 16 1
                                    


>>•••<<

>Memory<
•1 Year Later•

>>•••<<

1 tahun dah berlalu dari pelbagai kejadian dan pertemuan. Kafe ♢VeriVery's Cafe♢ makin maju dan makin ramai pelanggan. Tak lupa juga ♢VeriVery's Cafe♢ jadi tempat kunjungan pelancong dan pernah masuk dalam tv.

Bukan sekadar dapat meningkatkan carta keuntungan tapi menu dan kunjungan pun dah makin meningkat.

Hari yang diorang jalankan sangat lancar dan ceria. Tapi tak untuk hari ni.

2 orang lelaki berbadan besar dan berpakaian kemas dengan spek hitam layaknya bodyguard masuk ke kafe dan duduk dekat satu meja yang agak hujung.

"Yea encik nak pesan apa?" tanya Hui yang memang tugas dia amik order.

"Bagi saya hot chocolate satu dan hot coffee satu.. Dan satu lagi kami nak jumpa dengan bos anda.. Boleh bawa dia datang ke sini sekarang? Kami ada benda penting nak berbincang dengannya" ujar salah sorang bodyguard dengan... Ramah? Agak sedikit ramah dan sopan.

Hui cuma angguk kecik dengan takut. Hui lari masuk pejabat Minchan tapi sebelum tu ketuk pintu dululah.

"Ada apa Hui?" tanya Minchan mesra.

"Bos.. Ada orang nak jumpa bos.. Saya tak kenal siapa sebab dia tak pernah datang sini.. Nampak macam orang luar" ujar Hui dengan muka yang cuba dia control relax.

"Ermm ok tak pe, awak gi sambung buat kerja, nanti saya datang" balas Minchan.

Dia rapikan meja sebelum keluar dari pejabat dia dan susul siapa yang nak jumpa dia. Tapi sebelum tu Hui ada bagitau orang tu duduk dekat meja paling hujung dan berpakaian bodyguard.

Minchan datang ke meja orang yang nak jumpa dia. Bongkok kan badan tanda hormat.

"Encik nak jumpa saya? Saya Hong Minchan bos kafe ni.. Ada apa encik berdua nak jumpa saya?" tanya Minchan ramah.

Salah sorang bodyguard tadi keluarkan fon dan tengok silir berganti gambar dalam fon dan Minchan lepastu dia senyum.

Creepy. Jangan senyum macam tu seram orang lain.

"Silalah duduk dulu" ujar bodyguard tadi ramah. Selang daripada tu air yang diorang order sampai dengan air Minchan yang sengaja Hui order sekali untuk bosnya tanda hormat.

Minchan patuh, dia duduk di tengah ii dua orang bodyguard tadi. Actually meja tu bulat.

"Jadi ada apa yea encik berdua datang nak jumpa saya?" tanya Minchan lagi sekali.

Salah sorang bodyguard tadi serahkan satu fail pada Minchan untuk Minchan baca.

Minchan bukak dengan ragu ii dan baca setiap perkataan dekat situ.

"Tak.. Saya tak setuju.. Apa ii ni nak robohkan kafe orang.. Siapa punya angkara ni?" marah Minchan.

Isi fail tu terdapat surat pemberitahuan bahawa kafe ♢VeriVery's Cafe♢ akan dirobohkan untuk buat hotel.

"Ini arahan.. Esok anda dah tak boleh buka kedai ni lagi" ujar bodyguard tadi masih sopan.

"Tak.. Saya tak terima benda ni berlaku.. Kenapa perlu iri hati dengan kerjaya saya? Lagipun ni tanah saya yang punya.. Aku beli tanah ni dan bangunkan kafe ni pakai duit aku sendiri bukan pakai daun!!" Minchan masih marah dan terus tinggalkan 2 orang bodyguard tadi.

Dia masuk ke pejabat dengan emosi. Tak lama dari tu dia nangis.

"Perlu ke ada yang iri hati dengan aku? Ni tahun baru aku nak hidup baru tolonglah~" lirih tangis Minchan.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now