•Miss & Missing•

122 16 9
                                    


>>•••<<

>Memory<
•Miss & Missing•

>>•••<<

Seorang wanita dalam lingkungan 60 lebih berjalan santai. Walaupun umur dah jejak 60 tapi muka masih nampak muda, putih, bersih dan cantik.

Santai dari segi pandangan orang lain, tapi dalam hati dia gugup untuk teruskan langkah sampailah langkah dia berhenti depan satu ruangan.

"Dato ada?" tanya wanita tadi.

"Maaf yea, puan siapa yea? Ada kepentingan apa nak jumpa Dato? Dan ada buat janji dengan Dato tak?" tanya PA Dato yang di cari oleh wanita tadi dengan nada sopan.

"Tak ada janji tapi ada benda penting yang perlu saya sampaikan segera" ujar wanita tadi lembut.

"Sekejap yea puan"
"Hello Dato, ada orang nak jumpa Dato... Baiklah"
"Puan, mari ikut saya" ujar PA tadi dengan ramah selepas matikan panggilannya dan bawa wanita tua tadi ke ruangan Dato.

Tok tok tok

"Masuk"

"Dato ini ada orang nak jumpa Dato" ujar PA tadi.

"Suruh dia masuk dan awak boleh keluar" ujar laki ii tu tanpa alihkan pandangan pada laptopnya.

Setelah pintu ruangan tertutup, wanita tadi maju dan berhenti tepat depan meja besar.

"Mana anak aku? Mana kau sorokkan Jo Gyehyeon? " ujar wanita tu yang sebenarnya adalah ibu kepada Gyehyeon penuh dengan nada datar dan dingin.

Laki tadi terus pandang arah lawan bicara dengan agak terkejut. Lalu dia berdecik pelan.

"Buat apa kau nak cari dia? Dia bukan anak kau.. Dia anak aku! " balas lelaki tadi yang sebenarnya ayah Gyehyeon.

"Dia anak aku.. Anak kandung aku.. Bukan kau ke yang tak ngaku dia anak kau walaupun dia darah daging kau juga.. Bagitau aku sekarang mana anak aku !" amarah wanita tadi masih diambang kesabaran.

"Kau fikir aku nak bagitau kau mana dia.. Dia hak aku.. Kau tak pernah jaga dia, jangan mimpi kau nak cakap dia anak kau !"

"Kau pernah ke jaga dia? Jawablah pernah ke? Kau yang pisahkan aku dengan dia.. Kau yang campak dia kat rumah mak kau.. Aku tanya kau, kau pernah ke jaga dia hermm.. JAWABLAH !!" amarah ibu Gyehyeon dah tak dapat di kawal.

Tanpa aba ii laki tadi terus tampar perempuan di depannya.

"AKU YANG JAGA DIA SEBELUM DIA JADI CEO SYARIKAT DIAMOND STAR DAN KAU SIKIT PUN TAK PERNAH JAGA DIA DAN KAU TAK ADA HAK NAK RAMPAS DIA DARI AKU !!" marah ayah Gyehyeon buat ibu Gyehyeon semakin membara marahnya.

"Kau jaga dia? Jadi kau yang colek dia 10 tahun yang lalu? Kau tak pernah jaga dia.. Mak kau yang call aku bagitau kau buang dia dekat rumah mak kau.. Aku yang setiap minggu jenguk, lawat, rawat, dan bagi kasih sayang dekat dia.. Aku yang selalu belikan barang keperluan untuk dia.. Dia selalu minta aku untuk bawak dia jumpa kau sebab dia rindu kau.. Masa mak kau sakit kat hospital ada kau melawat? Lepas mak kau meninggal, ada kau datang melawat arwah? Ada kau datang kubur arwah? ADA KE!?!? AKU YANG JAGA GYEHYEON LEPAS MAK KAU MENINGGAL !! AKU BAGI APA YANG DIA HILANG SELAMA NI WALAUPUN DIA MASIH TAK DAPAT KASIH SAYANG KAU SAMPAILAH DIA DAH BOSAN UNTUK ULANG BENDA YANG SAMA !! DIA BOSAN TENGOK GAMBAR KAU !! DIA BERUBAH SEBAB KAU !! DAN JANGAN TANYA KENAPA DIA KURANG AJAR DENGAN KAU !! AKU YANG HANTAR DIA MASUK UNIVERSITI !! DIA PILIH DUDUK RUMAH SEWA DAN 10 TAHUN YANG LALU AKU DATANG RUMAH SEWA DIA KOSONG !! JADI RUPANYA KAU YANG COLEK BAWAK LARI ANAK AKU DAN SEKARANG KAU PULANGKAN BALIK ANAK AKU !!" lepas semua amarah ibu Gyehyeon dengan air mata yang laju keluar dari tempat persembunyian.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now