•Thunder•

158 20 2
                                    

>>•••<<

>Memory<
•Thunder•

>>•••<<

Seorang lelaki berambut merah sedang berdiri di hadapan tingkap yang besar yang berada di dalam ruang pejabatnya.

Ia hanya melihat hujan yang turun sangat lebat di atas muka bumi ini. Seketika sedang ia terhanyut dalam pandangan pada air hujan tiba-tiba sesuatu bunyi yang membuatnya agak terkejut sedikit.

"Guruh~"
"Kilat~"

"Adakah kau baik-baik saja?"

Lelaki tersebut memegang tingkap kacanya yang terasa sejuk akibat aircond dan air hujan yang jatuh di tingkapnya.

Tangannya bergigil untuk menyentuh tingkap ruangannya. Bukan kerana sejuk tetapi risau.

>>Flashback on<<

Bunyi petir dan guruh membuat suasana di dalam rumah agak sunyi.

"HYUNG !!"

Sebuah jeritan dari dalam bilik mengejutkan semua orang yang berada di dalam rumah.

Semua hanya berpandangan antara satu sama lain dan lantas berlari masuk ke bilik yang menjadi sumber suara yang kuat.

"Kangmin.. Gwaenchanh-a? " tanya Hoyoung dalam keadaan risau dan cemas.

"Kangmin-a are you ok?"

"Heyy jawablah"

"Kan.. Hiks.. Min.. Takot hiks.. "

Gyehyeon yang berada di bawah menarik tangan Kangmin untuk turun dari katil dan membawanya ke dalam pelukannya.

DURR !!

"AHHHHHH !!"

Jerit Kangmin sekaligus bunyi guruh membuat tangisannya semakin pecah dan pelukannya semakin erat.

"Kita duduk luar jom" ajak Minchan mengelus lembut kepala Kangmin dari belakang.

Di ruang tamu, Dongheon mengambil alih Kangmin daripada pelukan Gyehyeon.

Gyehyeon tidak bermasalah akan hal itu. Baginya pelukan Dongheon yang lebih selamat untuk situasi seperti ini.

"Heyy.. Janganlah nangis lagi, ada hyung-hyung semua kat sini" pujuk Dongheon membelai rambot coklat milik Kangmin dengan sayang.

"Kangmin takut guruh? " tanya Yongseung yang berlutut di hadapan Kangmin meskipun Kangmin sedang berada dalam dekapan hangat milik Dongheon.

Jawapannya hanya sebuah anggukan tapi cukup terlihat oleh semua orang.

Keadaan seketika menjadi sunyi kembali dan hanya tersisa suara tangisan Kangmin dan hujan di luar sana.

"Kangmin nak tidur dengan hyung" ujar Kangmin setelah tangisannya mula berkurang.

"Kita tidur dekat sini ramai-ramai jelah biar semua orang dapat dekat dengan Kangmin and jaga dia" ujar Minchan dan disetujui oleh semuanya.

Minchan dan Yongseung mengambil beberapa toto, bantal dan selimut untuk mereka bertujuh.

"Kangmin nak dengan Gyehyeon hyung dan Yongseung hyung" ujar Kangmin yang sudah dulu baring di tengah ii.

Gyehyeon dan Yongseung hanya menurut kemahuan adik bongsu mereka.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now