•Photo•

111 19 0
                                    


>>•••<<

>Memory<
•Photo•

>>•••<<

Seorang lelaki tinggi, putih dan berkarisma berdiri di depan dengan wajahnya yang serious, peluh di seluruh badan cukup kita tahu bahawa dia sedang penat.

"ULANG !! ULANG !!" jerit lelaki tersebut menyuruh semua anak muridnya ulang daripada awal.

Jadi ceritanya lelaki yang bernama Lee Dongheon menjadi guru dancer di sebuah syarikat. Dia adalah orang yang sangat dipercayai dan disebabkan kegigihan dia lah ramai anak muridnya menjadi artis k-pop yang terkenal dan tak lekang menyebut nama guru dancer mereka iaitu Lee Dongheon sebagai tanda menghargai kerja keras lelaki tu.

"FIVE, SIX, SEVEN, EIGHT !!"

"ONE TWO THREE FOUR... ULANG !! ULANG !!"

Anak muridnya tak ada sorang pun yang berani melawan.. Diorang tau kalau diorang lawan cakap guru diorang, diorang mesti kena marah. Lagipun ini yang diorang nak.. Diorang nak jadi penari yang hebat.

"Q, masuk secret room sekarang !" tegas Dongheon menuju secret room tempat ia bertanya tentang masalah anak muridnya dalam menari.

"What's wrong? " tanya Dongheon dengan nada datar.

Q masih diam tak berani untuk menatap mata helang Dongheon. Lidahnya kelu selepas namanya naik untuk masuk ke secret room.

Secret room adalah sebuah bilik yang cukup menakutkan. Lebih menakutkan daripada penjara. Mana tak nya berhadapan dengan guru dancer yang cukup tegas, setiap kali salah mesti kena masuk bilik ni. Bilik ni dah macam bilik hukuman.

"Kenapa diam? Ada masalah apa? Hanya beberapa step yang senang awak tak boleh follow.. Dan saya perasan dari pagi tadi awak tak fokus dengan latihan.. Awak nak jadi apa sebenarnya.. Kalau datang hanya suka ii lebih baik awak balik jelah.. Sini hanya untuk orang yang betul ii fokus untuk jadi penari, artis yang terkenal" marah Dongheon yang masih Dongheon cuba kawal.

"Maafkan saya.. Saya janji akan fokus dan usaha lebih lagi" ujar Q dengan menundukkan kepalanya.

"Saya tak nak awak janji di mulut, tapi janji dari perbuatan.. Lepas ni awak ulang bahagian yang awak asyik gagal... Saya bagi tempoh seminggu.. Dah boleh keluar" ujar Dongheon tegas.

Sekurang-kurangnya dia masih ada perasaan berperikemanusiaan.

Q bangun dari duduknya dan membongkok sedikit badannya tanda terima kasih kepada Dongheon sebelum dia keluar dari bilik hukuman.

>>•••<<

Waktu menunjukkan pukul 8malam, anak muridnya dah balik dari pukul 6petang.

Sejak anak muridnya balik, Dongheon hanya rehat 15 minit dan sambung menari seorang diri dalam studio yang cukup luas.

Melepaskan segala tekanan dalam diri dengan menari mampu buatkan semuanya hilang.

30 minit Dongheon menari akhirnya dia berhenti dan baring di lantai studio. Badannya yang dah basah sebab mandi peluh dia abaikan. Lagipun studio tu ada aircond kan.

Dongheon melelapkan matanya sekejap untuk kurangkan rasa penat.

Entah kenapa baru je tutup mata tiba ii satu bayangan muncul.

Gambar.

Senyuman.

Adik-adiknya.

VeriVery.

Hoyoung, Minchan, Gyehyeon, Yeonho, Yongseung dan Kangmin.

Dongheon segera buka mata dan mencapai begnya yang berada di kerusi, tutup semua suis dan keluar dari sana.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now