WinKun pt2(birthday edition)

305 25 9
                                    

18+

Seperti yang dikatakan oleh Kun, dia nak 'somewhere privacy'. Jadi Winwin membawa dia ke hotel.

Mereka juga sudah memberitahu Taeyong pasal itu. Mulanya Taeyong tidak setuju sebab mereka ada aktiviti keesokkan harinya tetapi dia membiarkan mereka kerana WayV tidak ada aktiviti. Hanya 127 sahaja yang ada aktiviti.

Sebenarnya Taeyong lupa yang Winwin tidak join aktiviti 127. Maklum members terlalu banyak sampai lupa.

Setelah menguruskan semua check in di kaunter. Mereka pun menuju bilik yang ditempah. Winwin menscan kadnya untuk masuk ke dalam bilik.

Mulut Kun ternganga sedikit apabila dia ternampak bilik yang mereka akan diami untuk semalam. Kun tidak hairan, Winwin memang anak orang kaya.

Keluarga dia mempunyai business, kakak dia juga business woman. Jadi, Kun tidak hairan yang keluarga Winwin tidak kisah kalau Winwin nak jadi penyanyi. Sebab keluarga dia dah kaya.

Hotel yang mereka diami pun mahal.

"Kenapa tercegat kat situ, masuklah. " ujar Winwin, Kun tersentak. Winwin sudah berada di tengah bilik. Kenapa Kun merasakan dia menjadi sugar baby kepada Winwin sekarang? Sedangkan mereka ialah pasangan kekasih.

Kun masuk ke dalam, sebaik sahaja dia mendekati Winwin, dia terus menarik pinggang Kun. Kun mendongak, tatapan mata mereka bertemu.

"You look so beautiful. " ucap Winwin, dia mencium dahi Kun lama. Kun menutup matanya tanda dia menikmati ciuman yang Winwin beri. Winwin meleraikan ciuman tersebut, senyuman muncul pada wajah masing masing.

"Aku pergi mandi dulu, lepas tu sayang mandi. " bisik Winwin, dia mengucup hidung Kun terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik air. Kun tersenyum, dia duduk di atas katil.

Matanya menatap sebentuk cincin yang melingkar kemas pada jari manisnya. Dia perasan ada namanya terpahat pada cincin itu.

Dong Kun

Akhirnya dia menjadi milik Dong Sicheng yang sah. Mereka tidak akan kahwin di China, mereka tahu China sangat membendung gejala LGBT. Jadi mereka mengambil keputusan untuk kahwin di Taiwan kerana negara tersebut menyokong LGBT.

Dia tidak menyangka yang mereka sampai ke tahap ini. Dia selalu terfikir yang mereka tidak mungkin sampai ke tahap ini kerana dulu En. Qian tidak menerima kenyataan yang Kun ialah gay.

Tetapi apa yang boleh buat, anak tetap anak. Dia tidak boleh membuang anaknya begitu sahaja hanya disebabkan dia gay. Lagipun Kun satu satunya anak mereka, dia tidak patut membuang anak dia begitu sahaja.

Jadi dia belajar menerima anaknya. Dia sedar, dalam dunia ini semua orang tidak sempurna. Manusia dilahirkan memang akan berdosa, jadi mereka tidak boleh menghakimi mereka dan menghukum mereka hanya disebabkan kita tidak sama dengan mereka.

Kun sangat bersyukur kerana bapanya tidak menganggap dirinya jijik lagi.

Pintu bilik air terbuka, muncul Winwin yang hanya memakai bathrobe. Dadanya terexpose sedikit, rambutnya basah. Pipi Kun merona merah apabila dia melihat Winwin begitu.

Kenapa dia hot sangat?!? Desis hati Kun

"Sekarang sayang pergi mandi. "Ujar Winwin, Kun bangkit dari tempat duduknya dan masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air dikunci, takut takut Winwin meluru masuk semasa dia mandi.

Macamlah dia tidak kenal Winwin. Winwin suka meluru masuk kalau dia tidak kunci pintu bilik mandi. Kalau mandi, dia perlukan privacy tetapi Winwin degil.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now