LuWoo

904 44 24
                                    

"Lucas Wong Yukhei, kau telah melanggar peraturan sekolah iaitu membuang sampah merata rata tempat. "Ujar Jungwoo selaku pengawas sekolah. Mendengar ayatnya membuatkan si empunya nama menghentikan langkahnya.

Dia memusingkan badannya dan berdiri menghadap Jungwoo. Muka tiada perasaan ditayangkan. Ketinggian mereka hampir sama, cuma Lucas lebih tinggi dari Jungwoo. "Sampah je kot. Kau boleh tolong kutip. "Ujar Lucas selamba.

"Eh, sampah kau je kot. Kau pun boleh kutip. "Ujar Jungwoo, dia tersenyum sinis kepada Lucas. Lucas tertawa sinis. "Nampak aku kisah. "Ujar Lucas lalu pergi. Dia sengaja melanggar bahu Jungwoo dan itu membuatkan Jungwoo terhuyung ke belakang. "Aw.. "Jungwoo memegang bahunya.

Dengan pasrahnya dia mengutip sampah Lucas dan membuangnya ke dalam tong sampah. "Ok, sekali ni kau lepas. Lain kali aku takkan biarkan kau pijak kepala aku. "Ujar Jungwoo.

~
Lucas mendekati Kun yang sedang membaca buku di kantin. Dia terus duduk di sebelah Kun dan itu membuatkan Kun terkejut. "Oh, hi Lucas. "Sapa Kun.

"Kau pergi mana semalam? "Tanya Lucas, sengaja dia bertanya padahal dia tahu yang Kun keluar dengan Winwin. Dia cuma nak kepastian.

"Aku keluar tengok wayang dengan Winwin semalam. Kenapa? "Ujar Kun, Lucas tertawa sinis. Dia dah agak yang Kun memang tidak akan menipunya. "Dengan budak middle class yang jelas tidak setanding dengan kita berdua. "Ujar Lucas sombong. Kun mengerut dahi, dia tidak faham dengan perangai Lucas yang tiba tiba tukar. Selama ni Lucas tidak pernah begitu.


"Kenapa kau cakap macam tu?  Apa salah Winwin hingga kau menghina dia begini? "Tanya Kun, Lucas tertawa sinis. Dia menatap anak mata Kun. "Sebab dia middle class la aku hina dia. Kau tahukan, budak middle class seperti dia akan menghabiskan harta kekayaan kita. Takkan kau tak menyesal dengan ex boyfriend kau dulu? Yang hanya nak harta kekayaan kau. "Ujar Lucas.

"Lucas! "Kun menatapnya tajam, Lucas hanya tersenyum sinis memandangnya. "Winwin bukan seperti itu dan dia... "Kun menggantung kata katanya. Lucas mengangkat alisnya. "Dia apa? "

"Dia bukan boyfriend aku, kitorang cuma kawan je. Tak lebih. "Ujar Kun, tapi pipi dia jelas kelihatan merona merah tetapi Lucas tidak perasan. Lucas tertawa sinis, dia bangkit dari tempat duduknya dan pergi meninggalkan Kun.

Kun mendengus kecil melihat kepergian Lucas. Walaupun Lucas biadap, tetapi dia masih berkawan dengan Lucas.

~
"Oppa! "Jungwoo menoleh ke belakang, senyuman manis mula menghiasi wajahnya apabila dia melihat adik perempuan mendekatinya. "Junghee. "

Kelihatan Junghee mendekatinya dan memeluk lengannya. "Oppa, Junghee dapat 100% dalam quiz matematik tadi. "Ujar Junghee. Jungwoo tersenyum sambil mengusap rambut Junghee.

"Baguslah..Oppa akan beli apa saja kerana Junghee dapat 100% dalam quiz Matematik"Kini mereka berdua berjalan keluar dari kawasan sekolah. Junghee mengetuk dagunya. "Nak ice cream? "

"Baiklah.. "Mereka berdua pun berjalan ke arah kedai ais krim. Mereka membuat pesanan dan duduk di tempat yang berdekatan dengan cermin.

"Oppa. "Panggil Junghee. Jungwoo hanya berdehem. "Oppa kenal Lucas Wong YukHei tak? "

"Er.. Kenal, kenapa? "Tanya Jungwoo. Mana dia tak kenal, budak tu selalu je buat masalah dan semestinya kesalahan Lucas selalu ditangkap oleh Kim Jungwoo. "Tadi dia... "Junghee menggantung ayatnya. Dia mengigit bawah bibirnya. "Dia langgar bahu Junghee dan Junghee terjatuh. "Ujar Junghee. Jungwoo mengerut dahinya.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now