RenLe

615 35 9
                                    

Inspire song
Sorry by Hasley
Recommend song when you read this,
*Sorry by Hasley
*Let me down slowly by Alec Benjamin
*6.18.18 by Billie Eilish
Comment and vote ^_^












Chenle duduk di tepi tingkap sambil menatap titisan hujan yang membasahi bumi. Musim hujan bermula di negara China.

"Chenle, mari turun makan sarapan. "Ujar seseorang dari belakang. Lelaki itu memakai apron, dia menatap belakang Chenle.

Dengan perlahan Chenle menoleh, dia tersenyum tawar memandang lelaki itu. Chenle bangkit dari tempatnya ,dia berlalu depan lelaki itu.

Chenle menuruni tangga dengan berhati hati, kakinya membawa dirinya ke dapur. Kelihatan tiada apa apa di atas meja dapur.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang menghadap meja makan. Chenle hanya menatap meja kosong.

"Chenle. "Dia mendongak apabila namanya dipanggil. Lelaki itu tersenyum memandangnya. Dia meletakkan semangkuk bijirin bersama segelas susu di atas meja.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi dan duduk berhadapan dengan Chenle. "Makanlah. "Ujar lelaki itu. Chenle tersenyum memandangnya, dia mula memakan sarapan yang disediakan oleh lelaki itu.

Sedang dia syok makan, dia mendongak. Kelihatan lelaki itu hilang. Senyuman yang manis menghiasi wajahnya tadi terus pudar apabila lelaki itu hilang. Dengan perlahan dia meletakkan sudu di atas meja.

Dia mengambil mangkuk bijiran dan gelasnya lalu dibasuh. Setelah selesai, dia menuju ruang tamu. Chenle ternampak lelaki itu lagi, dia sedang membaca buku sambil duduk bersantai di ruang tamu.

Merasa diperhatikan, lelaki itu mendongak. Senyuman manis mula menghiasi wajahnya. Dia menepuk tempat kosong yang berada di sisinya.

Entah apa yang merasuk Chenle hingga dia mendekati lelaki itu lalu duduk disebelah lelaki itu. Lelaki itu merangkul bahunya agar dia mendekat dengan lelaki itu.

"Buku apa yang kau baca, Renjun? "Tanya Chenle, lelaki yang dipanggilnya Renjun hanya tersenyum memandangnya. Dia menayangkan cover buku kepada Chenle.

'Tanjung Rhu'

Chenle tahu plot cerita itu. Dia merasakan matanya mula memberat apabila tangan Renjun mengusap rambutnya dengan lembut. Tidak mengambil beberapa saat, matanya sudah terpejam. Dia sudah terbuai di dunia mimpi.

Dia berasa sungguh selesa berada di sisi Renjun, lagi lagi tangan Renjun yang memeluk pinggangnya dengan erat. Menyalurkan kehangatan kepadanya. Dia berasa selamat dalam dakapan Renjun.

Namun tidurnya terganggu apabila dia mendengar bunyi ketukan pintu utama.

Chenle mengesat matanya, dia melihat ke sisinya.

Renjun hilang lagi.

Dia tidak mahu tahu kemana Renjun pergi, dia bangkit dari tempat duduknya dan menuju pintu utama.

Tombol pintu utama dipulas dan pintu pun terbuka. Kelihatan seorang lelaki yang berambut warna merah. "Hi"sapa lelaki itu.

Chenle kenal dia.

Ya, dia ialah Huang Yangyang. Kembar tak seiras Renjun.

"Hi. Masuklah. "Ujar Chenle tetapi Yangyang hanya menggeleng kepala. "Tak apa. Aku cuma nak bagitau kau sesuatu. "Ujar Yangyang. Chenle seperti dapat menangkap apa yang hendak Yangyang sampaikan.

Chenle mengangguk kepala. Yangyang mendengus perlahan, sebenarnya dia tidak sampai hati nak bagitau Chenle. Disebabkan ia penting bagi Chenle, jadi dia memberitahu Chenle.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now