JohnTen

787 37 10
                                    

Ten baru sahaja selesai menyambut hari jadinya dengan fans di Bangkok. Semalam dia balik ke tanah airnya

Ten berasa letih. Dia mula tersenyum apabila dia teringat akan video ucapan selamat hari jadi dari member WayV.

Dia sangat terharu. Ten masuk ke dalam keretanya. Dia nenghidupkan enjin kereta dahulu sambil memakai tali pinggang kereta. Setelah itu, dia pun memandu balik ke rumahnya.

Tidak sampai beberapa minit, akhirnya dia sampai di perkarangan rumahnya. Ten keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.

Kelihatan ruang tamu gelap. Dia meraba dinding untuk mencari suis. Setelah dia menemui suis, dia pun menekan suis supaya lampu ruang tamu terpasang.

Ten tinggal seorang diri di rumah besar itu. Orang tuanya tinggal di rumah lain manakala Tern, iaitu adik perempuannya sedang belajar di America.

Ten membuka kasutnya lalu diletakkannya di atas rak. Sedang dia lalu depan sofa yang panjang di ruang tamu, langkah terhenti.

Matanya membulat, apabila dia ternampak Johnny sedang tertidur di sofa panjang itu.

'Apa Johnny buat kat rumah aku? 'Desis hati Ten.

Dia pun mendekati Johnny, dia menggoncang bahu Johnny dengan lembut agar lelaki itu bangun. Merasakan tidur diganggu, Johnny pun membuka mata.

Dia terus tersenyum apabila dia melihat wajah Ten. Lantas dia mendakap tubuh kecil Ten dan itu menbuatkan Ten terkejut. Tetapi Ten membalas pelukan Johnny. Dalam fikiran Ten, macam mana Johnny boleh masuk ke dalam rumahnya?

Setelah dakapan dilerai, Ten pun bertanya kepada Johnny. "Macam mana kau boleh masuk rumah aku? "Tanya Ten.

Johnny terkekeh, dia mengusap rambut Ten dengan lembut. "Aku tadi pergi rumah mama dan papa kau. Minta kunci pendua ni. "Ujar Johnny. Ten hanya mengangguk kepala.

Dia tersenyum memandang Johnny. "I miss you Johnny. Busy sangat kat China sampai tak ada masa nak balik Korea. "Ujar Ten sambil memanyunkan bibirnya. Johnny terkekeh.

"Aku faham.. I miss you too sayang. "Ujar Johnny, dia melingkarkan lengannya pada pinggang Ten dan menarik Ten agar Ten mendekat dengannya. Ten mendongak, dia tersenyum memandang Johnny.

"Btw, happy birthday sayang. "Ujar Johnny, dia mengucup hujung hidung Ten. Ten menutup matanya apabila Johnny mengucup hujung hidungnya sekilas.

"Thank you Johnny. "Ujar Ten, dia membenamkan wajahnya pada dada Johnny. Johnny tersenyum, dia mengucup rambut Ten sayang. Setelah itu, Johnny membawa Ten ke dapur.

Dia menyuruh Ten duduk di meja makan sementara dia memanaskan makanan yang dia buat tadi.

"Sebagai hadiah, aku masak spageti untuk sayang. "Ujar Johnny, dia membawa spageti yang baru sahaja dipanasnya ke meja makan. Mata Ten bersinar apabila dia nampak spageti yang terhidang di atas meja.

Hampir meleleh air liur.

Johnny mengambil garpu. Dia memberi Ten makan. "Buka mulut. "Arah Johnny. Ten tersenyum, dia membuka mulut dan Johnny menyuapkan makanan pada Ten.

"Sedap. "Ujar Ten. Johnny terkekeh apabila dia ternampak ada sauce spageti pada sudut bibir Ten. Johnny pun mengesat sauce tersebut, dia menghisap jarinya yang ada sauce spageti tadi.

Itu membuatkan Ten rasa sedikit jijjk. "Kotor la. "Ujar Ten. Johnny tertawa. "Dah makan cepat, tak sabar nak tidur dengan kau. "Ujar Johnny. Pipi Ten terus memerah apabila Johnny berkata begitu.

Johnny yang perasan pun tertawa kecil. "I mean tidur bukan yang buat tu. I know you are tired. "Ujar Johnny. Ten hanya mengangguk kepala dan sambung memakan spagetinya.

~

Ten membuka matanya kerana sinaran matahari yang masuk melalui celah celah langsir bilik. Ten menggosok matanya terlebih dahulu. Dia menoleh ke sisi.

Kosong.

Johnny dah balik ke?

Ten berasa sedih, dia masih belum puas melepaskan rindunya pada Johnny. Dia turun dari katil dan pergi ke tingkat bawah. Kakinya membawa dirinya melangkah ke dapur.

"Johnny? "

Si empunya nama menoleh, dia tersenyum memandang Ten. Johnny hanya memakai boxer dan apron. Dia sedang membuat sarapan di dapur.

"Morning sayang. "Ucap Johnny. Ten terus berlari ke arah Johnny dan memeluk Johnny. Johnny hampir hilang keseimbangan kerana pelukan mengejut. Nasib baik Johnny sempat menstabilkan dirinya.

"Aku ingat kau dah balik korea semalam. "Ujar Ten, dia membenamkan wajahnya pada dada Johnny. Johnny membalas pelulannya. "Aku disini seminggu la. Aku nak bersama dengan kau selama seminggu. "Ujar Johnny, dia mengucup rambut Ten lembut.

Setelah itu, Ten pun menolong Johnny membuat sarapan.

~

"Letih ker? "Tanya Johnny apabila Ten menyandarkan kepalanya pada bahu. Ten mendongak, dia mengangguk kepala. "Letih. Sangat letih. "Ujar Ten.

Masa tu mereka sedang duduk di atas sofa yang ada di ruang tamu. Tv sedang menayangkan filem Wakey wakey yang difilem oleh Na_jaewon.

"Hahah... Hari ni cutikan.. So relax. "Ujar Johnny, tangannya mengusap rambut Ten dengan lembut. "Anyway, tarian sayang dengan Winwin sangat hebat. Aku suka. "Ujar Johnny. Ten tersenyum memandang Johnny.

"Tambah lagi lagu Lovely Billie Eilish tu. Fuh.. Hebat habis. "Ujar Johnny.

"Actually, berterima kasih pada Winwin. Dia yang pandai buat choreography tu. "Ujar Ten, dia memain jari panjang Johnny.

"Well, untung Kun dapat boyfriend yang dapat menari. Dahlah tarian dia cool. "Ujar Johnny.

"Aku pula? Tarian aku tak cool ek. "Ujar Ten, Johnny memandangnya. Johnny mendekatkan wajahnya dengan wajah Ten. Dikecupnya sekils bibir merah Ten.

"Walaupun Winwin lebih hebat dari Ten, tapi Ten tetap pujaan hatiku. "Ujar Johnny. Pipi Ten terus memerah apabila Johnny berkata demikian.

Johnny terkekeh, dia mencium Ten pada pipi. "Kau ni chessy la. "Ujar Ten, pipinya masih memerah.

"Alolololo... Comelnya Ten ni. "Ujar Johnnu, dia mencubit pipi Ten dengan lembut. Bukan sahaja pipi memerah malah telinga Ten pun memerah.

Seminggu berlalu dengan cepat san Johnny pun akan kembali ke Korea. Kini mereka berada di airport.

"Janganlah nangis,  nct 2019 buat comeback, sayang pun balik korea. "Ujar Johnny, dia mengesat air mata Ten yang nak mengalir dari kelopak mata. Sebenarnya dia pun tak nak balik, dia masih nak bersama dengan Ten di Bangkok.

Tapi lusa pula Ten akan balik China sebab WayV masih belum selesai promote album mereka.

"Tapi nct2019 belum tahu lagi bila nak comeback. "Ujar Ten. Johnny memegang kedua dua bahu Ten. "Tak lama lagi kita akan comeback. Lagipun korang tak lama lagi akan balik korea. "Ujar Johnny. Ten memeluk Johnny, dia menangis pada dada Johnny.

Johnny hanya membiarkan Ten menangis, dia mengusap belakang Ten dengan lembut.

Pengumanan kapal terbang Johnny membuatkan mereka terpaksa melepaskan pelukan. Johnny tersenyum tawar pada Ten. "Di korea kita jumpa. "Ujar Johnny, dia mengucup bibir Ten sekilas.

"Bye. "Ujar Johnny, dia mula melangkah pergi. Meninggalkan Ten yang kesedihan. Ten melambaikan tangannya pada Johnny dan semestinya Johnny membalas lambaian Ten.

"Have a safe journey "ujar Ten. Dan Johnny pun hilang dari pandangan matanya. Ten pun melangkah pergi dari airport.

"Kita akan jumpa di Korea nanti"
Sayang Ten ❤️

Req by
KimJiHee10

Maaf sbb lambat pub, idea x de... Harap ni memuaskan ekkk

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now