LuWoo

385 23 1
                                    

18+ ⚠️

Lucas sedang menatap fansite nct, salah satu gambar dalam fansite itu menarik perhatiannya iaitu gambar Jungwoo dan Yuta. Dia tidak suka dengan gambar itu. Lagi lagi video Jungwoo memanggil nama Yuta dengan suara manjannya.

Lucas sama sekali tidak suka dengan itu even dia tahu itu hanyalah permintaan director.

"Lama betul manager datang. "Ujar Yangyang, dia sedang main telefon sambil duduk di sebelah Hendery. Hendery pula sedang chat dengan kakaknya.

Mereka baru sahaja selesai promote album terbaru mereka di music bank. Sekarang mereka sedang menunggu manager mereka datang untuk jemput mereka balik.

"Guys. "Semua pasangan mata memandang ke arah Ten. "Ya Ten."tanya Kun.

"Erm.. Johnny ajak aku keluar so aku tak balik dorm malam ni. "Ujar Ten, Kun mengangguk kepala. Ten juga memberitahu mereka bahawa Johnny akan jemput dia.

"Wei, aku baru teringat. "Ujar Hendery, Xiaojun dan Yangyang mengangkat bulu kening.

"Apa yang kau baru ingat? "Tanya Xiaojun.

"Renjun ajak kita karaoke malam ni. Dia kan kalah taruhan masa tu. "Ujar Hendery.

"Haah la.."ujar Xiaojun.

"Oi, korang tak ajak aku ke? "Tanya Lucas, Hendery memandang Lucas. Dia menggeleng kepala. "Asal lak? "

"Kau tak ikut main hari tu. "Ujar Hendery. Lucas memutar bola matanya. Dahlah dia badmood sebab gambar Yuwoo, sekarang dia bertambah badmood sebab Hendery tak ajak dia.

"Korang pula tak pergi mana mana ke? "Tanya Lucas pada Winwin dan Kun. Mereka saling berpandangan, Kun beralih memandang Lucas. "Doyoung dan Jaehyun ajak double date so yeah. "Ujar Kun.

"Korang balik tak nanti? "Tanya Lucas. Kun tersenyum sambil menggeleng kepala. "Kitorang bermalam kat dorm 127. Berseronok la malam ni. "Ujar Kun, Lucas mendengus perlahan.

Malam ini dia seorang sahaja di dorm WayV. Member lain masing masing keluar. Lucas malas nak keluar sebab dah badmood sangat.

Lucas menekan nombor pass pada pintu dorm. Setelah itu, dia pun masuk ke dalam. Dia membuka kasut dan meletakkan kasut pada rak kasut.

Lucas berasa hairan kerana lampu ruang tamu dan dapur terbuka. Siapa yang datang? Takkan manager datang hari ni.

Lucas ternampak seorang lelaki yang tinggi melangkah keluar dari dapur. Dia memandang Lucas, senyuman mula menghiasi wajahnya. Lantas dia berlari ke arah Lucas dan memeluk Lucas.

"Lucas~"

Dia ialah Kim Jungwoo.

Lelaki yang dia tengok dalam fansite tadi bersama Yuta, sekaligus merupakan boyfriend nya.

Lucas hanya membiarkan Jungwoo memeluknya, dia tidak ada niat nak balas dakapan Jungwoo. "I miss you, Lucas. "Ujarnya, Lucas dengan perlahan menjauhkan Jungwoo dari dirinya.

"Macam mana hyung boleh tahu nombor password dorm wayv? "Tanya Lucas dingin. Jungwoo dapat detect yang Lucas berkelakuan dingin dengannya. "Kun hyung yang bagitau. "Lucas hanya mengangguk kepala.

"Lucas lapar tak? Aku ada masak makanan kesukaan Lucas. "Ujar Jungwoo, Lucas hanya menatap wajah Jungwoo. "Aku dah kenyang, makan dengan manager tadi sebelum balik. "Ujar Lucas. Dia tidak mahu tatap wajah Jungwoo sekarang, dia perlukan masa sendirian.

Setiap kali dia melihat wajah Jungwoo, mesti dia teringat akan video tadi dan gambar gambar YuWoo.

"Lucas. "Lucas tersentak, dia menatap wajah Jungwoo. Sejujurnya dia rindu dengan Jungwoo. Kali terakhir mereka jumpa masa xmas tahun lepas, lepas tu mereka buat persediaan untuk comeback. Dan jarang berjumpa.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now