6 | New Beginning

357 66 50
                                    

Tuan Kelapa Muda, ini dia resume empat orang yang tuan nak tu." Cempaka Berduri, setiausaha Tuan Kelapa Muda menghulurkan sebuah fail kepadanya.

"Okey, bagus. Siapa nama budak-budak tu tadi?" Tanya Tuan Kelapa Muda.

"Ezayrill Adrian, Idlan Hyqal, Rayyan Hafidz, Faezal Qadry."

"Apa-apa jelah nama budak-budak zaman sekarang ni. Susah betul nak disebutnya! Terbelit lidah. Kau dah call diorang suruh datang?"

"Dah tuan."

"Okay good." Tuan Kelapa Muda mengambil fail yang dihulurkan dengan senyuman yang tersungging di bibir.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

9.45 pagi, Wisma BIZZ

"Ni ke tempatnya? Tak macam syarikat penerbitan pun?" Ezayrill Adrian yang segak berkemeja dituck-in dengan seluar slack hitam yang lengannya disingsing kemas hingga paras siku, meninjau sekeliling bangunan di hadapannya sebelum berjalan masuk.

"Tuan, satu dah sampai." Seorang wanita dengan binokular menyampaikan informasi melalui earpiece yang dipakainya.

"Rate?" Balas Tuan Kelapa Muda yang sedang duduk di bilik dengan pencahayaan yang agak malap sambil memegang sebuah fail tertulis 'Final Choice'.

"7/10," jawab wanita itu lagi.

Beberapa saat kemudian, Idlan Hyqal pula muncul dengan reaksi yang lebih kurang sama. Dia mengenakan kemeja berlengan pendek yang dibiarkan tanpa dituck-in dengan jeans biru gelap.

"Tuan, yang kedua dah sampai."

"Rate?"

"6/10."

"Wisma Bizz. Betul dah tempat ni. Tapi kecik je eh rupanya. Ingatkan besar macam Angkasapuri ke tadi. Hmm..." Rayyan Hafidz tiba di muka pintu Wisma Bizz. Dia pula mengenakan kemeja yang disarungkan bersama trucker jacket khaki berkolar dengan fesyen stylo di luarnya.

"Tiga pun dah sampai tuan," kata perempuan itu masih dengan binokular dan earpiecenya.

"Rate?"

"8/10."

Hanya dengan mengenakan gaya pemakaian yang sungguh sempoi macam nak pergi lepak-lepak dengan member, Faezal Qadry memunculkan dirinya dengan memakai sweatshirt berhoodie dan jeans lusuh. Dia merapikan kaca mata bersaiz makro yang dipakai menggunakan tangan kanannya sambil membaca tulisan besar yang terpampang pada bagi bahagian atas bangunan tersebut. Dia menghela nafas lalu berjalan masuk.

"Final arrival tuan. All arrived. Yang ni 3/10."

"Okay, good."

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Siapa nama awak?" Tanya seorang wanita bersut yang berada di meja receptionist.

"Ezayrill Adrian," balas Ezayrill.

"Okey, awak boleh tunggu dulu di kerusi menunggu kat sana tu ya. Nanti saya akan maklumkan bila dah boleh masuk."

Ezayrill melabuhkan punggungnya ke bangku yang disediakan.

Seorang lagi calon yang terpilih memasuki ruangan menunggu iaitu Rayyan Hafidz.

Melihat seorang lelaki telah sedia duduk di bangku, Rayyan menyapa terlebih dahulu. "Hai bro, kau pun terpilih untuk berlakon filem ni ke?"

Playboy Squad: The UndercoverWhere stories live. Discover now