2 | Idlan Hyqal's POV

548 110 13
                                    

Dear customer,

We regret to inform you that your account has been restricted.
To continue using our services please download the file attached to this e-mail and update your login information.

[attachment file icon]
update2915.html (8 KB)

Aku tekan button 'SEND' dan email tersebut telah berjaya dihantar.

Prakkk!

Kedengaran bunyi pintu apartmen aku dibuka. Aku menjenguk ke belakang dari tempat duduk aku di meja. Tak lain, Thakif, housemate merangkap working partner aku sudah balik.

"Wuu, berapa dah email kau send hari ni Qal?" Thakif menjenguk ke laptop aku sebelum berseloroh.

"Hari ni aku send 7 je. Sebab pagi tadi dah masuk 10k kat Bitcoin, so aku malas dah nak email banyak hari ni," balasku bangga.

"Wah, 10k? Mantap! So nak pergi enjoy tak malam ni?"

Aku tersenyum menjongket sebelah bibir, "Kau ingat aku macam kau ke? Kau nak, kau pergilah sorang."

"Alah Qal, duit kepuk-kepuk nak buat apa? Kau bukan ada anak bini nak tanggung pun? Pergi joli lah bro! Ikut aku jom malam ni? Alah, bukan selalu pun."

Memandangkan mood aku baik hari ni, tak salah kot rasanya kalau aku layankan saja si Thakif ni sekali-sekala kan? Berbuih dah mulut dia ajak aku, tapi aku tak pernah layan.

"Okeylah, malam ni aku join."

"Yeah, macam nilah! That's my bro!" Thakif tersengih gembira macam kerang busuk kerana aku tak tolak ajakannya kali ni.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku memerhati sekeliling dengan tatapan agak janggal. Kelipan lampu dan rentak muzik yang berdentum kuat terasa bagaikan menganggu aturan degupan jantung aku untuk turut mengikuti kecelaruannya. Dah agak dah, aku dan nightclub doesn't go well together!

"Qal, sini ikut aku. Aku kenalkan kau dengan sorang awek hot." Thakif mengajak aku mengikutinya.

"Emily, nilah kawan I yang I selalu cerita tu, Hyqal. Hyqal, ni Emily. Dia dah lama tau teringin sangat nak jumpa and kenal dengan kau. Tapi aku tak pernah berjaya ajak kau datang, hari ni baru first time kau agree."

"Hai Hyqal. Betullah apa yang I expect. You are so gorgeous!" Emily menghulurkan tangannya sambil menghadiahkan aku senyuman manis yang menggoda. Ya, senyuman itu memang agak mengganggu dan dia pun memang sangat cantik.

Aku menyambut huluran tangannya dan membalas senyuman Emily lalu dengan pantas dia menarik tangan aku, membawa aku ke arah keramaian manusia yang sedang terkinja-kinja mengikuti rentak muzik rancak yang diputarkan DJ.

Emily mula menari di hadapanku mengajak aku mengikuti rentaknya. Aku berdiri beberapa ketika dalam kerumunan manusia itu kemudian aku menghampiri Emily untuk bercakap dengannya, "Sorry Emily, saya tak pandai menari," lalu aku berjalan pergi ke tempat duduk berhampiran bartender.

"Kenapa Hyqal? Kalau you tak pandai menari, takpe you boleh try slow slow. Nanti mesti you akan rasa seronok tau."

"Takpelah, saya tak minat. Saya duduk sini je."

"Okey, kalau macam tu I teman you minum kat sini okey?"

"Abang, bagi dua beer ya." Emily meminta kepada bartender di situ.

Playboy Squad: The UndercoverWhere stories live. Discover now