PROLOG

1.2K 169 217
                                    

🌺 🍁🍃🍂🍁 🌹 🍁🍂🍃🍁 🌺

WISMA BIZZ

"Ni ke tempatnya? Tak macam syarikat penerbitan pun?" Seorang lelaki muda berkemeja dituck-in dengan seluar slack hitam yang lengannya disingsing kemas hingga paras siku, meninjau sekeliling bangunan di hadapannya sebelum berjalan masuk.

"Tuan, satu dah sampai." Seorang wanita yang sedang meneropong ke luar dengan binokular menyampaikan informasi melalui earpiece yang dipakainya.

"Rate?" balas lelaki yang sedang duduk di sebuah bilik yang pencahayaannya agak malap melalui earpiece sambil memegang sebuah fail yang tertulis 'FINAL CHOICE' pada kulit depannya.

"7/10," jawab wanita itu lagi.

Beberapa saat kemudian, seorang lagi lelaki muda muncul dengan reaksi yang lebih kurang sama dengan lelaki pertama tadi. Lelaki ini pula mengenakan kemeja berlengan pendek yang dibiarkan tanpa dituck-in dengan jeans biru gelap.

"Tuan, yang kedua dah sampai."

"Rate?"

"6/10."

"Wisma Bizz. Betul dah tempat ni. Tapi kecik je eh rupanya. Ingatkan besar macam Angkasapuri ke tadi. Hmm..." Seorang lagi lelaki muda tiba di muka pintu utama Wisma Bizz. Lelaki ini juga mengenakan kemeja tetapi disarungkan bersama trucker jacket khaki berkolar dengan fesyen yang stylo di luarnya.

"Ketiga pun dah sampai tuan," kata perempuan itu masih menjenguk dengan binokular bersama earpiecenya.

"Rate?"

"8/10."

Hanya dengan mengenakan gaya pemakaian yang sungguh sempoi macam nak pergi lepak-lepak dengan member, lelaki terakhir memunculkan dirinya dengan memakai sweatshirt berhoodie dan jeans lusuh. Dia merapikan kaca mata bersaiz makro yang dipakai menggunakan tangan kanannya sambil membaca tulisan besar yang terpampang pada bahagian atas bangunan tersebut. Dia menghela nafas panjang lalu berjalan masuk.

"Final arrival tuan. All arrived. Yang ni 3/10."

"Okay, good."

Lelaki tersebut membuka fail yang dipegangnya lalu mula membelek-belek beberapa muka surat di situ.

IDLAN HYQAL BIN IZZUDDIN

FAEZAL QADRY BIN GHAZALI

RAYYAN HAFIDZ BIN UTHMAN AFFAN

EZAYRILL ADRIAN BIN AHMAD NOR

Resume beserta gambar berukuran pasport isi daripada fail 'Final Choice' itu masih dibelek sambil bibirnya mengukir senyuman yang penuh dengan makna tersirat.

🌺 🍁🍂🍁 🌹 🍁🍂🍁 🌺

"Kamu semua boleh masuk." Seorang wanita yang bersut hitam dengan kemeja putih di dalamnya menjemput empat orang jejaka yang sedang duduk di bangku ruang menunggu untuk masuk.

Mereka berjalan masuk ke ruangan yang bertemakan hitam dengan pencahayaan yang malap itu. Riak wajah mereka jelas tertanya-tanya dan musykil, namun tiada pertanyaan terzahir pada bibir masing-masing. Mungkin semuanya masih berdebar?

Kaki mereka terus melangkah mengikuti wanita bersut yang menjemput mereka masuk tadi sehinggalah mereka tiba di sebuah meja panjang seperti conference table.

Playboy Squad: The UndercoverWhere stories live. Discover now