5 | Casting Audition

338 66 84
                                    

Ramai yang sedang beratur menunggu giliran mereka. Kesemuanya kelihatan berdebar dan ada yang sedang berlatih bersama rakan atau ahli keluarga yang datang sekali menemani mereka. Akan tetapi, ada juga golongan yang sedikit berbeza; terlebih yakin atau tak kesah.

"Betul ke kau rasa aku boleh berlakon ni? Aku macam tak confident pulak ni..." Rayyan bersuara setelah memerhati sekelilingnya untuk beberapa ketika.

"Alah Yan, aku tahu kau boleh punya! Kan kita dah try practice sikit semalam? Okey punyalah, don't worry okay?" respon Aiman cuba meyakinkan rakannya yang masih ragu-ragu itu.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Ramainya orang. Boleh dapat ke ni? Huh, it's okay, don't try don't know." Ezayrill cuba mempositifkan dirinya sendiri.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"....."

Faezal hanya mengerling ke kiri dan kanan tanpa berkata apa-apa. Reaksi blur dan selamba daripada wajahnya gagal menggambarkan sebarang emosi yang dirasainya saat ini.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Okey kita dah sampai. Tahniah kau telah buat keputusan yang bijak dengan terima tawaran aku. Ha, kau ada practice berlakon sikit-sikit tak?" tanya Hor Lor pada Hyqal di sebelahnya.

"Hmm, tak ada." Selamba saja bibir Hyqal mengungkapkan jawapan sampai Hor Lor yang kehabisan kata-kata dibuatnya.

"Lah... Hmm, kau confident ya sebab aku recruit kau exclusively?" Hor Lor menyindir.

"Um, kind of..." Sekali lagi Hor Lor speechless dengan jawapan budak poyo ni. Mentang-mentang orang recruit dia personally, confident terlebihlah pula budak ni...

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Semua peserta ujibakat telah mengambil tempat duduk masing-masing di ruangan menunggu. Majoritinya kelihatan berdebar namun ada juga segelintir yang kelihatan yakin, malahan ada juga yang nampak tiada perasaan.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Nombor 67 boleh masuk," panggil salah seorang staf ujibakat.

"Yan, turn kau! Good luck bro!" Aiman menepuk lembut bahu Rayyan yang duduk di sebelahnya.

"Thanks bro." Rayyan Hafidz bangun daripada duduknya lantas berjalan masuk ke ruangan ujibakat.

Di dalam bilik tersebut, sudah sedia menunggu tiga orang juri yang akan mengadili ujibakat pada hari itu. Ketiga-tiga daripada mereka sememangnya orang-orang yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman tanah air. Juri pertama, pengarah filem terkenal, Syahrul Usop. Di sebelahnya pula, seorang pelakon dan pelawak legendary yang sangat terkenal sejak tahun 90-an lagi iaitu Sohibul Apek, manakala juri ketiga pula adalah pelakon bergelar hero malaya yang masih malar segar walaupun telah mencecah umur 40-an, iaitu Fahrid Ahmed.

"Okey, perkenalkan diri awak dulu." Syahrul Usop memulakan.

"Nama saya Rayyan Hafidz. Umur saya 25 tahun."

"Ada pengalaman berlakon sebelum ni? Waktu zaman belajar dulu ke?"

"Hmm, pengalaman yang saya boleh katakan ada, saya join English Drama Competition antara kelas waktu Tingkatan 4 dulu tapi sebagai ekstra je," jawab Rayyan sambil tersengih.

Playboy Squad: The UndercoverWhere stories live. Discover now