1 | Ezayrill Adrian's POV

999 113 59
                                    

"Jemput masuk Datuk." Abang Izwadi menyapa klien yang berdiri di muka pintu untuk masuk.

"Oh Datuk Sulaiman, silakan duduk Datuk." Aku menjemputnya dengan penuh mesra. Senyuman manis cuba ku ukir kepadanya. Akan tetapi, riak wajah Datuk Sulaiman hanya datar. Tentu saja aku sudah tahu apa penyebabnya.

"Tak sangka Datuk sendiri yang datang hari ni. Kalau saya tahu mungkin saya boleh sediakan cushion empuk sikit untuk kerusi tetamu kami." Aku masih lagi berusaha ramah.

"Kalau ikutkan hati, memang aku tak ingin nak datang kat tempat macam ni sendiri. Tapi aku rasa nak tengok dengan dua biji mata aku sendiri, budak mentah mana yang berani nak try against aku! Tengok tempat ni pun aku dah boleh tahu dah level kau ni macam mana!" Pandangan mata dan senyuman sinisnya jelas sekali menggambarkan dia sedang menghina dan memandang rendah terhadap aku!

"Huh." Aku tersenyum sinis.

"Apa bukti-bukti yang kau jumpa ha?" tanya Datuk Sulaiman kasar.

"Tak banyak. Tapi cukup untuk mendakwa pelaku sebenar," balasku sinis.

Datuk Sulaiman melemparkan renungan tajam kepadaku.

Aku membuka laci meja lalu mengeluarkan beberapa keping gambar dan meletakkannya di hadapan Datuk Sulaiman.

"Itu gambar bukti-bukti yang saya dapat daripada penyiasatan saya. Tompokan darah pada batu tu nampak sesuai dengan keadaan luka pada tangan kiri Datuk. Sample pun dah dihantar untuk DNA Test dan resultnya dah pun ada pada saya. Datuk nak tahu DNA siapa yang ditemui?"

Muka Datuk Sulaiman semakin merah padam. Aku nampak penumbuk yang sudah digenggam erat dengan tangan kanannya.

"Tak guna!" Datuk Sulaiman melayangkan penumbuknya ke mukaku. Aku berjaya mengelak namun sesaat kemudian,

PPANGGG!

Lilin aromaterapi tidak dinyalakan yang terletak elok di mejaku selama ini tiba-tiba melayang ke pipi kananku. Aku tak sempat mengelak kerana ia berlaku sangat pantas sejurus selepas tumbukan Datuk Sulaiman yang berjaya ku tepis sebelumnya.

Pipiku memerah dan bibirku mula terluka. Kuat juga lemparan yang mengenai tepat pada pipiku. Keras kot lilin aromaterapi tu. Boleh tahan besar pula. Aku memegang hujung bibirku lalu menggeliatkan rahangku yang kesakitan. Sakit siot!

Abang Izwadi datang untuk menghalang Si Datuk meroyan daripada terus bertindak agresif, namun dua orang bodyguard Datuk Sulaiman menghalangnya.

"Datuk ingat apa yang Datuk buat ni boleh halang kebenaran ke? Saya dah hantar semua bahan bukti kat balai polis. Datuk takkan boleh sembunyikan lagi fact yang Datuk dah bunuh budak kecik tu! Walaupun Datuk boleh tipu orang awam dengan faking bahan bukti dan situasi, tapi tak saya. Datuk dah salah pilih orang!"

"Kau ingat kau boleh humban aku dalam penjara ke? Kau tak tahu lagilah siapa aku! Aku ada pengaruh besar! Setakat penyiasat mentah macam kau bukan saingan aku, kau tahu!"

Datuk Sulaiman beredar dengan berang bersama dua bodyguardnya selepas meninggalkan aku dengan amaran.

"Abang, abang okey ke?" Ayra tiba-tiba masuk lalu datang menghampiri dan mengesat darah pada hujung bibirku dengan tangannya.

"Ayra? Bila Ayra datang?" Aku bertanya risau. Adakah Ayra sempat terserempak dengan Datuk tak guna dan konco-konconya?

Ayra tidak mengendahkan pertanyaanku lantas mencapai tisu lalu terus mengelap darah pada bibirku.

Aku menatap wajah risau Ayra. Ayra memang tak pernah complaint atau merungut, tapi aku tahu dia sebenarnya tak suka aku buat kerja ni.

Tiba-tiba telefon bimbit Ayra berdering. Ayra mengeluarkan handphone daripada poketnya.

Playboy Squad: The UndercoverWhere stories live. Discover now