(çhàptèr)kāpītēl 2

72 7 8
                                    

Daehwi mengeluh apabila melihat yuuri yang sedang tertidur diatas katil wad. Keadaan gadis itu agak teruk kerana kesan tumbukan encik Kwon sebelum ini belum sembuh sepenuhnya di tubuh yuuri.

"Aku rasa nak je report polis taw!"marah Na Bi. Jisung juga kesiankan Yuuri. Banyak kali Yuuri terbaring diatas wad kecemasan kerana ditumbuk oleh bapanya sendiri.

Daehwi tersenyum tipis. "Kau tahukan yuuri sayangkan ibu bapa dia.. jadi dia tak nak report kes ni!"balas daehwi. Na Bi mula memeluk tubuh. "Aku harap yuuri jumpa jodoh dia secepat mungkin dan bawa dia pergi jauh dari keluarga neraka tu!"ujar Na Bi.

Daehwi tersenyum dalam diam. Dia akan pastikan yang dialah lelaki yang bakal membawa yuuri keluar dari keluarga tu. "Aku tak faham betul dengan pemikiran keluarga tu... Nak cakap yuuri bukan anak mereka.. tapi sijil lahir yuuri memang keluarga Kwon. Pelik-pelik!"ujar jisung.

"Entah-entah yuuri ni anak angkat tapi dorang daftar yuuri dalam keluarga Kwon!"ujar Na Bi. Jisung terus ketuk kepala adiknya. "Kau tak payah mengarut. Kita tak ada bukti yang yuuri bukan anak dorang!"balas jisung.

Na Bi mencebik. "Kita tak tahu oppa... Selagi ujian DNA tak dilaksanakan selagi tu dongsaeng rasa yang dorang ambil yuuri secara haram!"ujar Na Bi. Jisung mengeluh. "Kau ni banyak tengok drama lah, dongsaeng! Mengarut tahu tak!"bidas jisung.

Na Bi mencebik. "Kalau apa yang dongsaeng cakap betul... Oppa kena belikan kereta untuk dongsaeng!"ugut Na Bi. Jisung buat muka tak peduli. "Nae! Nae!"jawab jisung acuh tak acuh.

Na Bi sebenarnya dapat rasakan yang Yuuri bukan anak kandung Encik Kwon dan Puan Kwon. Lihat sahaja layanan mereka terhadap Yuuri. Malah jenis darah mereka juga berbeza.

Tapi Na Bi malas nak cakap dengan Yuuri sebab dia tahu yang kawannya itu akan sentiasa melindungi keluarganya itu. Daehwi pula keluar dari wad kecemasan dan pergi menyambung kerjanya.

Keluarga Choi mengangguk apabila mendengar cerita Beomgyu tentang gadis yang dia temui itu. "Kamu ingat wajah dia tak?"tanya Puan Choi. Beomgyu mengangguk mengiyakan. "Nae, eomma!"balasnya.

"Kalau macam tu... Arahkan orang-orang kita untuk cari tahu tentang gadis itu.. kamu berehat dirumah! Biar Bitna uruskan dengan Encik Park."arah Puan Choi. Jeongin yang mendengar arahan itu mengangguk.

"Baik, puan!"jawab jeongin lalu pergi. Beomgyu yang baru mahu pergi ke biliknya terkejut apabila ada dua orang lelaki sedang berlari mendapatkan dirinya. "BG!!" "Beomgyu!!" Jerit Yeonjun dan Soobin.

 "BG!!" "Beomgyu!!" Jerit Yeonjun dan Soobin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beomgyu gulingkan matanya tanda menyampah. Kenapalah dia ditakdirkan berkawan dengan dua orang sengal ni!bisik beomgyu dalam hatinya. Yeonjun dan Soobin memeluk Beomgyu dengan erat.

"Yah! Yah! Aku tak boleh bernafas?!"ujar Beomgyu lalu menolak Soobin dan Yeonjun. Soobin muncung kan bibirnya. "Aku risau tahu tak bila Bitna noona kata kau sakit balik!"ujar Soobin.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now