(çhàptèr)kāpītēl 15

52 6 16
                                    

Beomgyu dan April memandang Yeonjun dan Na Bi. Yeonjun tersengih. "Tak salahkan Double date?"tanya Yeonjun. Na bi pula sudah tertunduk malu.

Fikirnya Yeonjun hanya akan bawa mereka keluar makan berdua tetapi sebaik sahaja Yeonjun ternampak April dan beomgyu yang sedang makan berdua terus diheret nya Na Bi ke situ.

Beomgyu gulingkan matanya. "Awak okay, Eun?"tanya Beomgyu. April tersenyum. "Gwaenchana!"balasnya lembut. Yeonjun terus tersenyum lebar.

"Gumawo, April!"ucapnya teruja. Dia memandang Na Bi pula. "Since my princess selalu malu bila berdua.. saya rasa makan berempat boleh buatkan dia rasa selesa!"ujar Yeonjun.

Na Bi ketap bibirnya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mengetuk kepala Yeonjun tapi dia sayangkan lelaki itu jadi dia batalkan niat. Na bi tak kesah makan berdua.

Tapi dia tak suka apabila mengacau ketenteraman orang lain. Yeonjun ni memang sengaja. "Semua persediaan dah lengkap?"tanya April sambil menikmati makanannya.

Na Bi tersenyum. "Nae!"balasnya. Yeonjun pula sudah tersengih. "Mestilah, April! Ini Choi Yeonjun. Petik jari je semua selesai!"ujar Yeonjun penuh bangga. April tersenyum kecil.

"Kalau kerja pejabat kau pun siap macam kau petik jari tak apa juga!"sindir Beomgyu. Na Bi terus tertawa mendengar sindiran Beomgyu itu. Yeonjun terus memandang tajam kearah Beomgyu.

"Kau!!"ujar Yeonjun tak puas hati. Beomgyu hanya mengangkat bahunya. Sengaja mahu memprovok Yeonjun. "Baguslah kalau semuanya dah selesai... Apa-apapun selamat mendirikan rumah tangga!"ujar April.

Yeonjun terus mengusap rambut April. Na bi mengetap bibirnya tanda cemburu. Dia tahu Yeonjun menganggap April seperti mendiang adik yeonjun sendiri tetapi dia tetap cemburu.

Beomgyu memukul tangan Yeonjun menggunakan sudu nya. "Jangan sentuh isteri aku!!"ujar Beomgyu memberikan amaran. Yeonjun muncung kan bibirnya seraya mengusap tangannya yang dipukul oleh Beomgyu tadi.

"Sayang~"ujar Yeonjun dengan nada gedik kepada Na Bi. Na Bi menjeling Yeonjun. "Padan muka!"ujar Na Bi dengan nada dingin. Yeonjun terus memeluk tubuh.

Merajuk dengan mereka semua. "Kau balik pergi tempat kerja ke, Hanna?"tanya April. Na Bi mengangguk mengiyakan. "Aku ada banyak kerja nak kena buat... Pesakit bertimbun!"balas Na Bi.

April tersenyum. "Biasalah tu... Lagi-lagi lepas ni kau akan cuti seminggu. Memang kerja akan jadi banyak!"pujuk April. Dia tahu Na Bi penat dengan semua itu.

Dia juga pernah merasainya juga walaupun bukan sebab perkahwinan dia dan beomgyu. Ianya disebabkan oleh kekurangan pekerja. April lah yang bertungkus lumus merawat pesakit.

Sebab itu dia dapat jawatan pakar lebih awal berbanding Na Bi. Dia adalah seorang workholic dulu. Sama seperti Beomgyu. Cuma bezanya sekarang dia mahu luangkan masa bersama Beomgyu.

"Susah-susah... Apa kata buka klinik sendiri?korang berdua kan dah jadi doktor pakar sekarang?"cadang Beomgyu. April terus memandang Beomgyu.

Na Bi juga berbuat perkara yang sama. "Kau tak kesah?"tanya Na Bi yang masih terkejut. Bukankah Beomgyu mahu mereka berdua kekal bekerja di hospital itu kalau mengikut perjanjian mereka dulu.

"Saya setuju dengan Beomgyu. Tak salahkan buka klinik sendiri?"ujar Yeonjun yang jelas sekali menyokong cadangan Beomgyu. Lagipun dia kesian kan bakal isterinya. April dan Na Bi berbalas pandangan.

"Kami akan fikirkannya. Gumawo sebab bagi cadangan!"balas Na Bi dengan senyuman. April juga tersenyum. Dia tersentak apabila Beomgyu menggenggam tangannya dibawah meja. Beomgyu tersenyum.

Tanpa mereka sedar, ada dua manusia memandang mereka berempat tidak puas hati. "Be happy sebelum aku dapat yang aku mahu!"gumam orang itu sebelum berlalu pergi.

_____

Taehyun yang sedang membuat kerja tersentak apabila ada seseorang masuk secara mengejut ke dalam pejabatnya. Taehyun mengeluh. "Soobin hyung, kau tak ada adab ke apa?"soalnya malas.

Dia terus bangkit dari duduk dan menghampiri yang sudahpun duduk diatas sofa dalam pejabatnya. "Aku dah selesaikan apa yang kau minta... Ini maklumat lelaki bernama Lee Daehwi tu!"ujar Soobin lalu menyerahkan satu sampul kepada Taehyun.

Taehyun tersenyum lalu mengambil sampul tersebut. "Gumawo, hyung... Beomgyu hyung dah dapat?"balas Taehyun. Soobin senyum seraya mengangguk. "Dah... aku rasa dia dah mula cakap dengan April!"ujar Soobin.

Taehyun buka sampul itu dan membaca isinya. Senyuman sinis akhirnya terukir dibibir Taehyun. "Wow... tak sangka yang lelaki ni psycho juga ya!"komen Taehyun lalu melemparkan maklumat itu keatas meja.

Kakinya disilangkan. Sekarang dia perlu fikirkan cara untuk elakkan lelaki bernama Lee Daehwi itu dari terus mendekati kakaknya. Nampaknya firasat Beomgyu betul tentang Daehwi.

"Hyung tak sabar nak tengok lelaki tak guna ni jatuh..."ujar Soobin. Semasa dia mencari maklumat tentang Daehwi. Dia menjumpai rahsia besar lelaki itu. Soobin betul-betul tak sangka diri Daehwi yang sebenar seperti itu.

Lelaki itu kelihatan baik. Taehyun dan Beomgyu jadi rapat pun terima kasih kepada April. Kalau April tak ikat mereka berdua mungkin Taehyun akan sangka yang Daehwi itu baik.

April yang sedang memeriksa fail pesakitnya tersentak apabila Daehwi muncul disebelahnya dengan senyuman manis. April menggenggam penumbuknya. Perbualan antara dia dan Beomgyu di dalam kereta mula terngiang-ngiang.

"Jangan terlalu rapat dengan dia... His obsession is you!"

April paksa dirinya untuk tersenyum. "Ada apa, Daehwi-shi?"tanya April. Daehwi tersenyum manis. "Saya ingat awak tak keluar makan tengahari tadi...tapi nurse cakap awak keluar lebih awal dari sepatutnya!"ujar Daehwi.

April tersentak. Dia memandang Daehwi dengan pandangan tajam. "Mind to tell me, beauty?"tanya Daehwi. April boleh rasa aura tidak baik. April berdehem. Dia tersenyum manis.

"Saya rasa saya tak perlu beritahu awak, Dr Lee Daehwi-shi... Awak patut fokus dengan tugas awak sekarang!"balas April lalu meninggalkan Daehwi. Daehwi mengetap bibirnya. Perasaan marah mula berkumpul.

Dia tak sukakan Beomgyu. Lelaki itu buatkan gadis yang dia cintai berubah. April kelihatan sedikit dingin daripada biasa. "Jangan sampai kau jadi mangsa aku, Choi Beomgyu!"gumam Daehwi penuh amarah.

Penumbuk yang dikepalnya terus dilepaskan lalu meninggalkan kawasan itu. "Perangai lama dia dah datang balik..."gumam seseorang daripada jauh. Dia perhatikan Daehwi sejak tadi memandangkan dia masih dikawasan hospital.

April duduk diatas kerusi kerjanya seraya menghembuskan nafas lega. "Aura dia...menakutkan!"ujar April sambil menggosok lengannya. Sumpah dia rasa takut sangat apabila berhadapan dengan Daehwi tadi.

Telefon yang berdering membuatkan April sedikit tersentak. Dia terus mencapai telefonnya. "Yeoboseyo?"sapa April. "Anak eomma!"balas Puan Ji di hujung talian.

Bibir April terus mengukirkan senyuman. "Eomma!"balas April teruja. "Kamu dekat tempat kerja ke, sayang?eomma mengganggu ke?"tanya Puan Ji. "Aniya, eomma... Eomma tengah buat apa?"balas April.

"Eomma tengah buat sup samgyetang. Eomma fikir nak bagi kamu... Itu yang eomma telefon!"ujar Puan Ji. "Keurae?boleh juga tu eomma... Eunhyun pun belum makan malam!"ujar April.

Puan Ji terus tersenyum lebar. "Keurae?arraseo! Eomma datang sana dengan adik kamu nanti. Kidarilkae!"pesan Puan Ji. April tergelak kecil. "Nae! Josimhaseyo!"balas April lalu menamatkan panggilan.

To Be Continued.

Percaya tak yang cerita ni cuma ada 22 chapter?

Actually saya nak minta maaf sebab cerita ni hambar... Saya tak ada idea. Thanks sebab sudi baca.

Ermm kalau sudi bacalah cerita saya yang lain...hehe

Thank you ❤️

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now