(çhàptèr)kāpītēl 9

59 6 12
                                    

Daehwi menunggu dengan sabar dihadapan bilik bedah. Sejak semalam dia asyik datang ke sana kerana mahu bertemu dengan April. Dia sudah bertemu dengan Na Bi selepas gadis itu habis kerja semalam.

Hanya April sahaja lagi dia belum bertemu kerana April belum keluar dari dewan bedah sejak semalam. Mungkin pembedahan yang April lakukan terhadap pesakitnya terlalu berisiko.

"Rajinnya kau tunggu!"tegur seseorang. Daehwi menoleh. Dia tersenyum. "Haha... Aku rindu yuuri!"balas daehwi. Na Bi terus gulingkan matanya.

Kalau ikutkan hati memang dia mahu beritahu daehwi yang april dah berkahwin tetapi dia masih waras dan ingat kata-kata Beomgyu sebelum ini. Hubungan mereka tidak boleh didedahkan tanpa arahan dirinya.

"Nama dia April, daehwi!"tegur Na Bi sedikit tidak suka. Dia tak suka sekiranya daehwi masih memanggil April dengan nama palsu April itu. Daehwi tergelak.

"Mian! Aku dah terbiasa... Kalau aku panggil dia eunhyun? Okay tak?"tanya daehwi. Na bi senyum. Dia mengangguk. "Itukan nama asal April!"balas Na bi.

Eunhyun. April dapat tahu namanya yang itu kerana gelang dia semasa kecil. Nasib sahaja Beomgyu menegur gelang yang bergantung pada begnya. Kalau tidak sampai bila dia tak sedar yang itu adalah namanya.

"Aku gembira yang eunhyun dah terlepas daripada pegangan keluarga Kwon.."ujar daehwi secara tiba-tiba. Na Bi diam sebentar. Dia mengukirkan senyuman tipis.

"Aku pun gembira..."balas Na Bi tapi fikirannya melayang memikirkan hubungan April dan beomgyu. Dia harap sangat yang Beomgyu jatuh cinta dengan April dan April juga lakukan perkara yang sama.

Pintu dewan bedah akhirnya terbuka dan April keluar daripada situ. Baru sahaja daehwi mahu mendekati April tapi Na bi menahannya. "Bagi April habiskan kerja dia!"ujar Na bi.

April menghampiri ahli keluarga pesakit yang dia bedah sejak semalam. Mask dibuka dan melemparkan senyuman tipis. "Macam mana keadaan suami saya doktor?"tanya isteri pesakitnya.

"Seperti yang dimaklumkan semalam... Keadaan suami puan tiba-tiba merosot dan menyebabkan saya mengambil tindakan untuk bedah suami puan."jelas April dengan tenang.

Isteri pesakit itu berikan fokusnya kepada April. Serba sedikit timbul rasa kasihan kepada April apabila wajah April kelihatan sangat pucat dan sedikit tidak bermaya.

"Kami dapati ada pendarahan pada hulu hati suami puan dan kami berjaya berhentikannya... Kami juga dapati yang sel kanser pada perut suami puan sudah mula merebak. Ianya telah memasuki kawasan paru-paru!"ujar April lagi.

Isteri pesakit itu mula menutup mulutnya tanda yang dia terkejut dengan berita itu. Daehwi yang mendengar penjelasan April itu sedikit kagum dengan April. April tidak melepaskan satu pun maklumat yang perlu diketahui oleh keluarga pesakit.

April mula tersenyum manis dengan bibir pucatnya itu. "Tapi syukur kepada Tuhan kerana kami berjaya halang sel kanser daripada terus tersebar dan menghentikan pendarahan tersebut. Tahniah puan. Suami puan selamat dalam pembedahan yang kami lakukan. Puan boleh ikut nurse saya untuk memindahkan suami puan kedalam wad semula!"tambah April.

Isteri pesakit itu mula menjerit gembira. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada April dan juga tuhan. April senyum dan dia menoleh kearah kawannya.

"Kau okay, ril?"tanya Na bi risau. April gelengkan kepalanya. "Aku tak sempat sarapan semalam jadi kepala aku sakit sikit!"balas April. Na bi mengeluh. "Beomgyu tak bagi kau makan ke?"soal Na bi. April tertawa kecil.

Dahi daehwi berkerut apabila mendengar nama beomgyu. Dia tak pernah dengar nama itu sebelum ini. Dia mula rasa ingin tahu. Apa kaitan April dengan Beomgyu. "Hi, yuuri!"tegur daehwi.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now