Memoir 5

45 4 4
                                    

Beomgyu yang sedang melakukan kerjanya tersentak apabila April datang lalu berbaring diatas pehanya. "Kau dah kenapa?"tanya Beomgyu sambil memandang April dengan pandangan tajam.

April mencebik. "Yah! Kau selalu baring pada pangkuan aku tak apa pula?!"balas April geram. Dia terus ingin bangkit daripada berbaring akan tetapi tindakan Beomgyu yang seterusnya mengejutkan dirinya.

"Aku tak halang kau baring dekat peha aku... Kau okay ke, Eunhyun?"soal Beomgyu seraya mengusap rambut April. April tergamam. Sebentar tadi, Beomgyu mencium dahinya untuk menghentikan dia daripada bangkit.

April terus memeluk pinggang Beomgyu membuatkan Beomgyu tersenyum kecil. Tangan Beomgyu mula menyentuh wajah April yang jelas sekali kepenatan.

"Aku penat!"luah April. Beomgyu fokus memandang wajah isterinya itu. Usia perkahwinan mereka sudah pun menginjak 8 bulan. Dan tak lama lagi April akan menamatkan pengajiannya.

"Sikit sahaja lagi, April. Aku yakin kau boleh!"pujuk Beomgyu. Hubungan Beomgyu dan April semakin erat sepanjang mereka bersama tinggal di rumah persendirian milik Beomgyu.

"Aku tahu!"balas April. Bauan khas milik Beomgyu hampir membuatkan April tertidur akibat selesa. "Kalau aku nak tinggal sendiri boleh tak, Beomgyu?"tanya April.

Dia menahan dirinya daripada tidur. Beomgyu tersentak. Dia kembali memandang April. "Wae?"soal Beomgyu dan tanpa dia sedar nada suaranya sedikit bergetar.

"Aku penat ulang-alik dari tempat belajar, hospital dan rumah ni!"jujur April. "Tapi aku kan ada... Aku boleh hantar kau pergi belajar dan sebagainya!"balas Beomgyu.

April tersenyum tipis. Dia ada alasan lain selain daripada rasa penat. Dia takut Beomgyu akan membencinya. Dia sudah mula ada perasaan pada suaminya itu.

Macam mana kalau suatu hari nanti Beomgyu sudah pulih dan lelaki itu mencintai perempuan lain. April tak sanggup menahan kecewa. Sejujurnya dia sudah jatuh cinta pada Beomgyu.

Tingkah laku suaminya itu walaupun kelihatan biasa tetapi ada kalanya tingkahnya itu membuatkan dadanya berdebar dengan sangat hebat. "Beomgyu.... Kau bukan selalu ada dengan aku!"ujar April.

April terus bangun daripada berbaring. Ada bagusnya dia pergi bilik tidur mereka sekarang. Tetapi perbuatannya terhenti apabila Beomgyu memegang lengannya.

"Apa maksud kau yang aku bukan selalu dengan kau, Eunhyun?"tanya Beomgyu. April mengeluh. Dia sentuh tangan Beomgyu. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan suaminya itu.

"Beomgyu... Kau seorang CEO. Tak mustahil yang kau perlu pergi outstation. Siapa nak hantar aku? Encik Han? Gyu, Encik Han dah tua... Sebolehnya aku mahu dia berehat!"ujar April lembut.

Beomgyu terdiam. April terus menyentuh bahu Beomgyu lalu mengusapnya lembut. "Kau buatlah kerja.. tapi pastikan jangan sampai lewat sangat!"pesan April sebelum bergerak ke bilik dia dan Beomgyu.

Beomgyu pejamkan matanya sebelum dia mengeluh. Dia tak terbayang sekiranya April tidak tinggal dengan dirinya. Bayangkan sahaja rumah besar ini tanpa April yang selalu menceriakan harinya tanpa gagal.

"Aku... Sayang kau, Eunhyun!"gumam Beomgyu perlahan. Beomgyu tahu kepenatan April. Dia faham gadis itu. Dia cuma perlukan masa untuk fikirkan cara untuk sentiasa bersama dengan isterinya itu.

Beomgyu letakkan dokumennya diatas meja. Dia bangun daripada duduk. Bilik tidur ditujui olehnya. Beomgyu terus tersengih apabila April sudah pun tidur dengan sangat nyenyak.

Pasti isterinya terlalu penat. Dia ada dengar daripada pensyarah April yang mengatakan isterinya itu terlalu bekerja keras berbanding dengan pelajar lain.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now