Memoir 2

27 3 0
                                    

Beomgyu pandang April dengan pandangan tajam sepanjang mereka di meja makan membuatkan Bitna sedikit bingung dengan perilaku adik lelakinya. April pula hanya membuat riak wajah selamba.

Tetapi hakikatnya dia cuba untuk menahan diri daripada meletuskan ketawa. Riak wajah Beomgyu sangat lucu bagi April dan semahunya April mahu menyebarkan video Beomgyu mengigau kepada ahli keluarga Beomgyu.

"Choi Beomgyu, kamu ni dah kenapa?"tanya Puan Choi sedikit rimas dengan perbuatan Beomgyu yang memandang April seperti ingin terkam. Beomgyu mencebik.

"Menantu eomma lah ni!"balas Beomgyu sambil menjeling April. April pula hanya ketawa kecil. Ada dia kesah Beomgyu merajuk dan marah? Tuan Choi tersenyum.

"Appa macam tak percaya je kamu berdua ni berkahwin untuk convenience... Nampak macam pasangan bercinta yang dah kenal lama!"ujar Tuan Choi.

Puan Choi terus ketawa kecil. Dia juga mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya. "Apa yang appa mengarut ni! Gyu cuma tak puas hati dengan April... Dia rakam Gyu mengigau semalam!!"luah Beomgyu tak puas hati.

"Pfft!"satu ketawa hampir terlepas dari mulut April tapi nasib sahaja sempat ditahan. Abang dan Kakak Beomgyu pula sudah ketawa terbahak-bahak. Pipi Beomgyu mula merona merah. Tuan Choi terus menggelengkan kepalanya.

"Kamu ni Beomgyu... macam budak-budak!"komen Tuan Choi. Puan Choi pula hanya tersenyum. "Macam awaklah masa kita mula-mula kahwin....takut sangat saya bagitahu appa awak yang awak cuba merokok!"ujar Puan Choi.

"Sayang!!"jerit Tuan Choi. Wajahnya sudah memerah sama seperti anak bongsunya. Puan Choi pula hanya ketawa sahaja. April tersenyum. "Jadi kamu akan pergi studio untuk ambil gambar jam berapa?"tanya Bitna.

Dia sengaja mahu mengubah topik perbicaraan mereka kerana dia tidak mahu mood bapanya dan Beomgyu semakin ke laut. Beomgyu berdehem. Dia mula memandang April semula. Memerhatikan isterinya yang sedang makan.

"Petang ni, noona!"jelas Beomgyu. Bitna mengangguk faham. "Kalau macam tu noona nak ikutlah... Noona nak ambil aura. Hehe!"ujar Bitna. Beomgyu tersenyum seraya mengangguk mengizinkan.

Lagipun apa salahnya kakaknya ikut serta. Sekurang-kurangnya tak bosan April nanti. "Beomgyu, kamu dah fikir nak bagi hadiah perkahwinan apa untuk isteri kamu?"tanya Puan Choi secara tiba-tiba. Minkyu yang sedang minum air terus tersedak.

Dia telan liurnya untuk seketika. Perasaan gelisah mula hadir. Dia mula bertukar pandangan dengan bapanya. Tuan Choi menggeleng menandakan yang Minkyu tidak perlu risau tentang Beomgyu yang bakal menjawab soalan Puan Choi.

"Choi Beomgyu!"seru Puan Choi. "Eomma!"tegur Bitna. Dia yakin yang Puan Choi pasti akan membebel pada Beomgyu sama seperti abangnya masa mula-mula kahwin. Ada sahaja tak kena di mata Puan Choi dalam bab memilih hadiah perkahwinan untuk menantunya.

Beomgyu terus memandang kakak iparnya sekilas. Dia terus tersenyum sinis. "Gyu dah fikir kan nya, eomma... Lepas Gyu habis mesyuarat pagi ni... Gyu akan belikan hadiah untuk April terus!"balas Beomgyu.

Senyuman sinis dibibirnya langsung tidak lekang membuatkan Minkyu dan Tuan Choi rasa sedikit seram. Mereka berdua harap sangat yang Beomgyu tak beli benda yang boleh buat Puan Choi membebel.

Nanti tak pasal-pasal mereka berdua sekali kena bebel. Puan Choi mengangguk faham. "Arraseo! Nanti bagi tengok eomma dulu... Takut-takut jadi macam abang kamu!"pesan Puan Choi.

April hanya senyap. Lagipun dia malas nak masuk campur. Lagi-lagi Puan Choi sangat tegas dalam hal ini. Sekali lagi, pandangan mata April dan Beomgyu bersatu. April terus berikan senyuman manis pada Beomgyu.

"Eomma, Gyu dan April naik atas dulu!"pamit Beomgyu sebaik sahaja dia dan April selesai makan. Dia terus menggapai tangan April dan memimpinnya menuju ke bilik mereka berdua. Mereka yang melihat tingkah Beomgyu itu mula tersenyum.

"Appa gembira tengok Beomgyu seperti lelaki normal!"ujar Tuan Choi. Mereka semua mengangguk setuju. Mereka juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Choi. Mereka juga gembira melihat Beomgyu seperti itu.

"Eunhyun!"seru Beomgyu yang sedang memperkemaskan diri dihadapan cermin. April telan liurnya. Dia rasa lain apabila Beomgyu memanggilnya Eunhyun bukannya April.

"Ne??"balas April. Buku yang sedang dia baca diletakkan semula diatas meja. "Mari sini!"panggil Beomgyu. April tanpa banyak bicara terus menghampiri Beomgyu. Suaminya itu terus menghulurkan satu tali leher kepada April.

Dahi April mula berkerut. Tetapi dia tetap menyambut huluran itu. "Tolong pakaikan aku tali leher tu!"pinta Beomgyu. "Aah! Arraseo!"jawab April. Dia terus dekatkan dirinya dengan tubuh Beomgyu.

"Tunduk sikit. Awak tu tinggi macam galah!"ujar April sambil mencebik. Beomgyu terus tertawa kecil. "Mian!"jawabnya seraya menyamakan ketinggian dirinya dengan April.

Wajah April diperhatikan oleh Beomgyu tanpa gadis itu sedar. Isterinya itu terlalu ralit memakaikan dirinya tali leher. "Kau pernah bercium, Eunhyun?"tanya Beomgyu dengan nada rendah.

April terus menelan liurnya apabila bulu romanya menegak sebaik sahaja mendengar suara rendah Beomgyu itu. "Aniyo!"balas April sebaik sahaja dia bertenang. "Jadi kalau kau cium aku itu bermaksud first kiss kau, betul tak?"tanya Beomgyu.

April mengangguk mengiyakan. Dia terus menepuk dada Beomgyu perlahan. Dia mula tersenyum apabila tali leher itu sudah tersemat cantik pada Beomgyu. "Jadi cium aku, Choi Eunhyun!"ujar Beomgyu.

April sedikit terkejut dengan permintaan Beomgyu yang agak tiba-tiba itu. Dia yang baru mahu melarikan diri terus kejung apabila Beomgyu memeluk pinggangnya. Yang membuatkan April lebih terkedu adalah Beomgyu mengurut sedikit pinggang nya membuatkan dia hampir terbuai.

"Jangan buat aku ulang dua kali, Choi Eunhyun... Sebaiknya kau yang cium aku sebab kalau aku yang cium kau..."Beomgyu sengaja menjedakan ayatnya sebentar. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

Dia dekatkan dirinya pada telinga April. "Aku takut aku tak lepaskan kau!"bisik Beomgyu. April terus menepuk dada Beomgyu dengan perasaan geram. "Jangan main-main lah, Choi Beomgyu! Nanti kau lambat pergi kerja!"bidas April.

Dia boleh rasa pipinya membahang. "Aku boleh je tak pergi kerja, Choi Eunhyun..."balas Beomgyu dengan nada mengugut. "Kesian dengan Jeongin sikit boleh tak?! Saya dengar awak dah banyak kali batalkan mesyuarat ni!"ujar April.

"Jadi? Kau tunggu apa lagi.. kiss aku, Eunhyun!"ujar Beomgyu seraya memuncungkan bibirnya. April gigit bibirnya. Dia mula terfikirkan Jeongin. Pembantu Beomgyu itu sedikit rapat dengan dirinya selepas dia bergelar isteri Beomgyu semalam.

Tangannya mula memegang bahu Beomgyu. Dengan wajah yang memerah, dia terus menempelkan bibirnya sebentar pada bibir Beomgyu. April yang baru sahaja mahu menjarakkan diri terkejut apabila Beomgyu menarik dirinya semula.

Beomgyu terus mencium April. April cuba untuk menolak Beomgyu tetapi Beomgyu hanya kekal berdiri tanpa ada kesan pergelutan daripada dirinya. Beomgyu yang rasa risau dengan posisi mereka terus mengangkat April.

"Yah!"marah April sebaik sahaja Beomgyu melepaskan ciumannya. Dia terus merehatkan wajahnya pada bahu Beomgyu dengan nafas sedikit tercungap-cungap. Beomgyu pula sudah tersenyum-senyum suka. Sekarang dia faham apa maksud Soobin.

Dia pernah mendengar Soobin bercerita tentang ciuman pertamanya dengan tunangnya. Dia kini faham apa maksud Soobin dengan dada rasa berdebar dan seolah-olah masa sekeliling terhenti.

"Aku akan sayangkan kau, Eunhyun!"janji Beomgyu lalu mencium bahu April. April yang sudah kepenatan oleh Beomgyu hanya diam sebelum dia perlahan-lahan tertidur dibahu Beomgyu.

Beomgyu terus meletakkan April diatas katil mereka. Dia terus mengusap rambut April. "Aku baru kiss kau... Kau dah tertidur, Choi Eunhyun. Belum lagi kita jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri!"gumam Beomgyu.

Tangannya menyentuh bibir April yang agak bengkak dan luka. "Maaf sebab buat bibir kau macam ni... Ni first kiss aku jadi aku tak tahu macam mana... Mianhae!"bisik Beomgyu sebelum berlalu pergi.

Tangannya mula mengemas semula pakaian dan tali lehernya. "Noona bangunkan April nanti sebelum jam 2!"pesan Beomgyu kepada Bitna sebelum dia mencium dahi ibu mereka. Bitna tersenyum seraya mengangguk.

To Be Continued.

Saya busy... Sebab tu xde update dekat mana-mana cerita saya minggu ni... Hopefully, kamu dapat bersabar. Thank you... Enjoy this chapter everyone.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now