(çhàptèr)kāpītēl 11

59 4 0
                                    

April yang sedang bermain dengan Toto iaitu burung peliharaan Beomgyu itu sesekali melirik kearah pejabat Beomgyu. Dia mencebik sedikit.

Sesampai mereka dirumah sebentar tadi di rumah beomgyu itu. Suaminya itu terus berkurung di dalam pejabat bersama dengan jeongin. "Dah tahu sibuk! Mengada lagi nak bawa aku pulang rumah dia! Baik aku duduk rumah aku!"gumam April geram.

Macam tiada fungsi pula dia pulang ke villa mereka ini. Sebab inilah dia tak suka duduk bersama beomgyu di villa ini. Pasti lelaki itu mengabaikan dirinya dan berkerja seperti tiada hari esok.

"Toto-ya!"seru April kepada Toto. Toto yang sedang bertenggek diatas tangan April terus memandang isteri tuannya. April senyum. "Eomma patut buat apa ya?"tanya April.

Jangan ingat April gila sebab bercakap dengan haiwan peliharaan Beomgyu itu. Sememangnya Toto pandai bercakap kerana telah dilatih oleh pelatih yang pakar.

"Makan!akh!makan!"balas Toto. April tertawa kecil. Dia terus mengusap kepala Toto dan memberinya sedikit makanan sebelum meletakkan ia kembali ke bilik khas.

"Arraseo! Kamu pun makanlah!"balas April lalu keluar dari bilik itu. Dia bergerak menuju ke dapur. Pembantu rumah Ryu menunduk hormat kepada April.

April pegang lengan pembantu rumah ryu. "Tak perlu hormat saya, ahjummah."ujar April berserta senyuman manis. Terus tersenyum pembantu rumah Ryu.

Dia sememangnya sangat menyenangi April. "Ahjummah boleh pulang awal... Biar saya yang buat kerja!"arah April. Pembantu rumah Ryu mengangguk faham.

Dia sudah biasa dengan arahan April itu. Kalau tiada April, pasti dia terpaksa membuat kerja dengan jarak jauh daripada tuan mereka. Nasib sahaja dia satu-satunya pekerja perempuan dirumah itu.

Nanti ada pula terpaksa menelefon April. "Semuanya dah siap!"ujar April apabila dia sudah siap memasak. Dia habiskan masa sebanyak 30 minit untuk siapkan makanan itu.

April terkejut apabila jeongin sedang duduk di meja makan dan memandang dirinya. "Sejak bila kau ada dekat sini?"tanya April sambil mengurut dadanya.

"Baru je... Banyaknya kau masak!"balas Jeongin. April mengangguk lalu duduk berdepan dengan jeongin. "Beomgyu mana?"tanya April.

Jeongin yang sedang menyenduk makanan memandang April. "Dia masih sibuk dengan dokumen... Apa kata kau makan dengan aku? Aku suap!"ujar jeongin berserta sengihan.

April berdecit tanda menyampah. "Tak perlu! Aku boleh suap isteri aku sendiri!"ujar Beomgyu yang tiba-tiba muncul di sebelah jeongin. April dan jeongin menoleh serentak.

"Sejak bila tuan cemburu saya dekat dengan Cik April?"soal jeongin dengan sengaja. Keningnya sengaja dinaikkan agar memancing kemarahan beomgyu. Tapi beomgyu langsung tidak melayan karenahnya.

"Meogo!"arah beomgyu lalu makan. April angguk lalu makan. Keadaan meja makan menjadi sunyi. Jeongin mula rasa pelik apabila untuk pertama kalinya meja makan itu sunyi.

Kebiasaanya apabila dia makan bersama pasangan itu pasti akan ada sahaja cerita yang keluar dari mulut masing-masing. Takkan masih malu dengan kejadian dalam kereta tengahari tadi?

"Esok ikut aku balik rumah eomma, wife!"ujar Beomgyu. April dan jeongin berbalas pandangan sebelum memandang Beomgyu. "Wae?"tanya mereka berdua serentak.

Beomgyu pandang mereka berdua sebelum mengeluh. "Don't know... Eomma yang suruh... Katanya ada tetamu nak jumpa kita berdua!"balas beomgyu dan mula makan semula.

April terus menunduk malu apabila beomgyu terus-terusan memandang dirinya. Pipinya juga memerah apabila kejadian tadi bermain dalam kepalanya.

"Apa kata kita meriahkan keluarga ni dengan 'budak-budak'?"tanya Beomgyu dan ianya berjaya membuatkan April tersedak dengan teruk. Terus jeongin bantu April minum air.

Mata beomgyu mencerlung memandang jeongin yang sibuk mengusap belakang isterinya. Sudu digenggam erat menandakan yang dia sedang menahan amarah.

"Kau sentuh dia lagi... Aku tak teragak-agak untuk buang kau dari kerja!". Jeongin terkejut apabila mendengar suara rendah dan dingin milik Beomgyu itu. Dia menelan liur. Begitu juga dengan April.

Jeongin terus jauhkan diri daripada dekat dengan April. "Beomgyu-ya!"seru April dengan lembut. Dia tahu beomgyu sedang marah. Jadi dia perlu buat sesuatu untuk buatkan amarah beomgyu reda.

"Kalau kau nak pujuk aku, wife.... Aku cuma nak satu! Anak!"balas beomgyu lalu bangun dari duduk dan pergi tinggalkan ruang makan. April mengeluh manakala jeongin sudah Tercengang.

"waeirae jjinja?"soal jeongin geram. April mengeluh. "Rasanya say faham kenapa dia bertindak macam ni..."ujar April lalu bangun daripada duduknya. Dia mulai mengemas meja makan. Dahi jeongin berkerut. Dia tak faham dengan situasi dan kata-kata April itu.

____

Beomgyu tersenyum memandang April yang sedang nyenyak tidur. Dia faham yang isterinya pasti penat dengan apa yang dia buat semalam. Beomgyu buat semua itu supaya April tak tinggalkan dia.

Entah kenapa kehadiran daehwi membuatkan dia rasa insecure. Dia cintakan April. Isterinya itu yang pertama dan terakhir untuk dia. Sehingga sekarang penyakitnya belum sembuh membuatkan dia agak sukar menjalani hidupan normal.

Tanpa April dia boleh mati. Sebab itu dia takut kehilangan April. Biarpun dia sudah mendengar luahan cinta April semalam. Tapi dia tetap takut. Dia takut jika Tuhan tarik April daripadanya atau daehwi berjaya mendapatkan hati isterinya.

Kelopak mata April bergerak menandakan yang dia bakal terjaga. Beomgyu berikan senyuman manis kepada April. April tersenyum kecil apabila wajah tampan Beomgyu yang dia nampak terlebih dahulu.

"Morning!"sapa Beomgyu lalu mencium dahi April. "Morning!"balas April dengan manja membuatkan beomgyu ketawa bahagia. "Bangun April sayang... Kita nak pergi rumah eomma lepas ni!"ujar beomgyu.

April mengangguk lalu bangun dari katil dengan bantuan beomgyu. Pagi itu April hanya tersenyum gembira kerana beomgyu melayannya seperti tuan puteri dan penuh cinta. Bahagia April dibuatnya.

Na bi pandang Yeonjun dan abangnya dengan pandangan tidak percaya. "Micheoseo Oppa?!!"jerit Na bi. Yeonjun pula tersengih. Na bi jeling yeonjun sebentar.

Mana tak gembira si yeonjun tu. Jisung berikan restu untuk dia berkahwin dengan Na bi dan membuatkan Na bi lebih terkejut adalah Jisung mahu dia dan yeonjun berkahwin secepat yang mungkin.

Mereka sudah gila agaknya. "Tak baik biarkan hubungan lama-lama... Sebaiknya kau kahwin macam April, dongsaeng!"ujar Jisung dengan wajah selamba.

Dia langsung tidak takut dengan muka naik angin Na bi itu. Ingat dia kesah sangat ke? Yang penting yeonjun cintakan na bi dan dia yakin adiknya juga cintakan yeonjun cuma jual mahal tak bertempat.

Na bi mencebik. "Oppa cakap senanglah! Bukan Oppa yang kahwin! Oppa ingat keluarga yeonjun nak ke terima kita ni yang miskin?anak yatim?!"bidas Na bi.

Yeonjun tersenyum. Dia sudah agak itu alasan kenapa na bi seperti ingin menjauhinya. "Geokjeongma, dear... Eomma tak kesah! Dia suruh saya bawa awak hari ni untuk cari dress!"jawab yeonjun.

Na bi sudah terlopong mendengar balasan yeonjun. Macam mana keluarga kaya seperti yeonjun boleh menerima dirinya yang serba kekurangan?eh, nanti! April juga sama seperti dirinya.

Boleh sahaja keluarga choi terima April. "Jangan tolaknya, dear... Nanti eomma sedih!"ujar Yeonjun tapi kedengaran seperti mengugut pula pada pendengaran Na bi.

"Tak perlu mengada... Kahwin ajelah!"ujar Jisung lalu bangun dari duduknya. Dia terlewat menuju ke tempat kerja kerana yeonjun dan Na bi. Nasib sahaja bosnya seorang yang memahami.

To be continued.

Done.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now