열 다섯

1.5K 211 0
                                    

Sudah seminggu mereka tinggal dirumah baru itu . Seperti biasa , Jiyeon tetap dikurung . Lelaki itu tidak akan membenarkan gadis itu keluar , tidak kisah Jiyeon bosan atau tidak dia mahu gadis itu hanya duduk dirumah dan masak sahaja .

" Ah bosannya " Jiyeon duduk ditepi katil memandang langsir merah yang tidak berapa menarik itu . Seluruh bilik gelap . Taeyong benar - benar tidak benarkan gadis ini dipertemukan semula dengan keluarganya .

" Rindunya kat Omma . Hm .. Oppa " Jiyeon membuang pandang memandang lantai . Mahu sahaja dia menangis sekarang tapi dia tahu tiada guna untuk dia menangis . Taeyong tidak akan kasihankan dia .

" Kau cakap apa tu ? " Muncul Taeyong .

" Tak ada apa " Jawab Jiyeon ringkasn. Lelaki itu mengambil tempat bersebelahan Jiyeon .

" Kau pandang lantai tu buat apa ? tak ada yang menarik pun la "

" Dah bilik ni gelap awak nak saya pandang apa ? pandang muka sendiri dekat cermin , macam tu ? "

Taeyong hanya menahan sabar . Kadang - kadang Jiyeon benar - benar buat dia emosi .

" Apa - apa saja la . aku nak keluar kejap ada hal dan kau jangan buka pintu ! "

Pesan lelaki itu . Dia hanya mengangguk . Malas untuk berlawan dengan namja seperti dia , tiada guna . Taeyong keluar dari bilik lalu dikunci dari luar , biarkan gadis itu berseorangan di dalam bilik . Langsung tidak ada rasa kasihan pada Jiyeon , takut jika Jiyeon larikan diri sebab itu dikurungnya Jiyeon dalam bilik .

tbc .

Psycho . Lee Taeyong ✔️Where stories live. Discover now